Assalamualaikum..
Selamat petang semua...ni entri saya yg kedua utk hari ni...saya dh cakap kn pada entri sebelum ni...semalam lepas saya buat Black Bottom Banana Cake tu...saya cuba utk membuat Macaroon lak...ni kali kedua saya buat macaroon ni...1st saya buat xjadi semasa membakar dah pecah2 kt dalam oven tu...xtau la mane silapnye...takut sebenarnya nk mencuba lagi...takut xjadi lagi...tapi atas permintaan kawan2 gak...saya memberanikan gak la diri ni utk mecuba sekali lagi...Alhamdulillah hasilnya agak memuaskan la...
Macaroon ni boleh juga dibeli di Harrods KLCC tu tapi harga utk 6 keping lebih kurang RM24.00 siap ngn gov tax lg...baik buat sendiri la kn...lagi berbaloi-baloi...
Tapi ya ampun pnya la kena berhati-hati membuat macaroon ni...sebelum stat membuat saya ade gak buat research dulu step by step di youtube dan blog2 masakan lain....kt majalah2 pon ade gak...memang kena betul2 bg tumpuan ketika membuatnya...tersilap sikit jawapnya...sia2 la usaha anda tu...baik la xpyh bebel panjang2 lagi...skrg saya akan tunjukkn step by step cara membuat macaroon ni...
Utk resepi kali ni pulak...saya amik dari blog Masam Manis...saya nk mintak izin kat Kak Ita utk share kt blog saya yekk...sebelum stat membuat macaroon...kena pastikan peralatan dan bahan-bahan yg nk kita gunakan tu betul2 kering...sebab macaroon ni sensitif dgn air...
MACAROON 80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna
Sebelum kita mula...kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 50 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal.
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar sehingga adunan kental dan bertanduk seperti gambar 1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni saya bahagi kepada 4 bahagian. Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 3
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar.
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - saya cuma gunakan 130C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan! Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Saya letak Nutella sedap!
Post a Comment