Qasey Honey. Powered by Blogger.

ASAM PEDAS AYAM BERSANTAN

Assalamualaikum…

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua…

Haa pepagi dah kat depan computer…sedang elok la tu...bukan ape kalau melambat2kan nanti dah tergendala dah buat macam2…memang akan terlupa nak mengupdate…sementara tengah fresh ni…baik diteruskan…hahaha




Kali ni QH nak kongsikan resepi dari mak QH pula…Asam Pedas Ayam Bersantan…kalau di Johor asam pedas ayam ni dah terlalu biase dah…orang Johor mesti tau punya menu ni…berbeza dengan negeri2 lain…kalau kita cakap mengenai menu ni…ade yang rasa pelik pula…biase dengar dan terkenal pon asam pedas ikan aje kan…

Tu gunanya blog2 masakan ni…tempat untuk berkongsi2 resepi di setiap negeri dan boleh mencuba pelbagai masakan2 dari negeri2 lain pula kan…


Cara memasak asam pedas ni…sama saje macam masak kuah asam pedas ikan tu…bezanya kita letak ayam saje…pada yang tak pernah mencuba tu…boleh la mencuba…baru tau macam mane rasanya…pasti nak lagi…dan lagi tau…tapi untuk resepi asam pedas ni…mak QH tambahkan santan…biar bagi berlemak sikit…

Jadi…pada yang nak mencuba…boleh la menjenguk resepi kat bawah ni…jom…dan selamat mencuba yea…


ASAM PEDAS AYAM BERSANTAN

Bahan2
1 ekor ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 pokok daun kesum – boleh tambah ikut suka
1/2 biji kelapa – ambil santannya
5 sudu lada boh
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang serai

Caranya
Ayam dibuang kulit, cuci bersih. Rendamkan ayam seketika dengan limau kasturi dan sedikit tepung untuk buang hanyir ayam. Kemudian toskan.

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum.
Tambah cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan ayam dan gaul rata dan masak hingga ayam kecut.
Masukkan santan dan kacau.
Masak hingga ayam empuk.
Masukkan daun kesum, perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan gula dan serbuk perasa (jika guna).
Masak sehingga kuah pekat.   
Rasa dan jika ok, matikan api. 

2 comments

Melly Octaviana said...

hmm sedap nya di makan dengan nasi hangat.. nyam..nyam

Qasey Honey said...

hhehe...nyum2...