Maggi Goreng ringkas...
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...
Kembali bertemu kita sekali lagi...
Hari ni malam baru QH dapat bersiaran...siang tadi agak sibuk sedikit...dengan macam2 program kat tempat kerja QH tadi...tak dapat nak curik masa seperti selalu...hehehe...(kan dah kantoiii)
Pagi tadi kat opis QH ade perbarisan dan perjumpaan dengan Pengarah...sempena tahun baru...pemakaian pangkat dan pengagihan SKT kepada pegawai2...majlis ni memang setiap tahun ade...selama QH berkhidmat disini...
Selepas majlis perbarisan tu tamat...ade majlis lain pula...majlis perpisahan untuk staf2 yang bertukar dan pencen...tapi sebelum makan2 tu...buat dulu doa selamat dan tahlil...dah alang2 buat majliskan...sebab ade 2-3 orang staf yang akan mengerjakan umrah dan mengikuti kursus diluar Negara...semoga selamat pergi dan selamat pulang la hendaknya...mudah2an segala urusan dipermudahkan Allah SWT…Amin…
Ok untuk resepi hari ni pula...QH nak kongsikan resepi yang amat mudah dan ringkas kot...Maggi Goreng...hihihi...QH buat menu ni pon sebab hari tu...ade sorang kawan QH ni dia bawak bekal maggi goreng...terasa terliur jugak tengok...tapi nak mintak sikit terasa segan la pulak...dah la benda tu sikit...nanti tak cukup lak empunya tu nak makan...so sebelum balik umah tu singgah jap Giant beli bahan2...pastu masak la...lega rasanya dapat jugak makan maggi goreng...hehehe...(camtu pon boleh ekkk)
Ok la jom tengok resepi yang QH cakapkan tadi....selamat mencuba...kalau sedap ke tak...bagi la komen yea...ehhh bukan...kalau sedap komen...kalau tak sedap...senyap2 tau...malu kalau orang tau...hihii
MAGGI GORENG ringkas
Bahan2
200 gm mee maggi instant – jenama cap 3 ayam – boleh dapatkn di Giant
2 keping dada ayam – dipotong dadu & digoreng
10 tangkai cili kering*
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
5 gm ikan bilis*
1 sudu makan udang kering* (*dikisar)
3 pokok sawi
2 sudu besar kicap lemak manis
2 biji telur
Garam dan gula secukup rasa
Caranya
Mula2 rebus maggi hingga lembut dan toskan.
Tumiskan bahan2 kisar dan biarkan garing dan harum. Masukkan kicap dan gula. Kacau rata.
Tumiskan bahan2 kisar dan biarkan garing dan harum. Masukkan kicap dan gula. Kacau rata.
Masukkan telur dan biarkan kaku sebentar.
Masukkan sawi dan ayam. Kacau rata.
Perasakan garam.
Biarkan maggi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.
Biarkan maggi sedikit kering.
Siap untuk hidangan.
Post a Comment