Qasey Honey. Powered by Blogger.

BUAH MELAKA aka ONDE-ONDE


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah bertemu lagi kita sekali lagi...
Ade yang masih menyambung cuti lagi ker hari ni???


 


Hari ni QH nak kongsikan lagi satu resepi yang sedap...kuih ni merupakan feveret QH jugak tau...Buah Melaka aka Onde-Onde...biase kalau di Johor kuih ni dipanggil Buah Melaka...paling suka kuih ni kalau isi kat dalam tu penuh...bile mengunyah tu melimpah isi gula merah kat dalam tu...kuih ni tak boleh nak gigit sikit2 yea...nanti meleleh pula inti gula melaka yang dah cair tu...masukkan terus seketul tu ke dalam mulut...hehehe


Resepi kuih ni pon banyak terdapat di majalah2, internet dan juga blog2...pening jugak masa nak memilih resepi ni...sebab banyak versi dari segi bahan2 dan cara menbuatnya...akhirnya terjumpa satu resepi yang betul2 menambat hati QH untuk mencuba...resepi ni QH ambil dari resepi dari My Resepi@Ibufarzana...sedap dan mudah resepi ni...resepi ni QH tengok memang dah ramai yang mencuba...masing2 komen kuih ni sedap...memang diakui kesedapannya kuih ni...



Kuih ni kena buat dengan comel secomelnya...mudah nak dimakan nanti...sebab semasa kita merebus tu kuih ni akan mengembang sedikit...kuih ni QH buat dalam 4 warna berlainan...dah buat sendirikan jadi buat pon ikut kreativiti sendiri la...nak buat cantik2...saje nak buat macam tu...terajin sikit pon yea jugak dan sebagai tarikan supaya untuk makan, makan dan makan lagi...hahaha...



Ok la pada sesiapa yang nak mencubanya pula...resepi ade kat bawah ni...pada My Resepi@Ibufarzana...QH mintak izin yea untuk letak pula resepi yang sedap ni disini...selamat mencuba...

 

Buah Melaka aka Onde-onde

Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1.     Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba




2 comments

Azlita Aziz said...

Salam QH
ni fav anak akak Dalili ni.. tapi dia kalau akak buat kena buat warna hijau.. hihi kalau warna lain nanti dia kata ni kuih lain.. haha ada2 aje anak akak tu..

tapi mmg menarik kan kalau buat warna warni ni nampak comel..

E-na Zarina said...

Salam...fav juga ni, menarik lagi dgn warna warni...
E-na dah update resepi rainbow roll cake..jemput la ke LK..:))
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2012/02/rainbow-roll-cake.html