Qasey Honey. Powered by Blogger.

EGGLESS FRUIT CAKE


 

Assalamualaikum…

Selamat pagi semua....
Semoga hari ni semua ceria2 yea...
Kalau ade yag perasan...dah lamakan QH tak berceloteh pepanjang macam dulu2 tu...
Bukan ape...saje nak tukar sikit corak persembahan...kalau sesekali berceloteh pon ok jugakkan...


QH pon ade bercadang nak tukar theme blog ni...tapi tak berkesempatan lagi...
Sebab QH ade dapat beberapa feedback dari kawan2 yang berkunjung ke blog QH ni mengatakan kadang2 blog ni lambat pula dia loading...
Jadi untuk menyenangkan semua QH kena la tukar design supaya orang tak jemu nak tunggu lelama...
silap2 bile dah selalu sangat jadi macam tu...takde sape lak yang nak berkunjung...itu la yang paling ditakuti...huhuhu
Sekarang masih tengah fikir2 dan tercari2 lagi design blog yang cantik2...tapi simple...
mesti la nak yang cantik...sebab tu juga menyumbang tarikan untuk orang berkunjung ke blog kita nanti...betul tak??


Hmmm ok la...cukup la celotehan QH untuk hari ni...kita sambuang di lain siaran yea...hahaha...
Kali ni QH nak sharekan lagi satu resepi kek yang sedap...dari hari tayangan kek ni lagi...QH memang tak sesabo nak mencubanya...
Resepi kek ni Qh ambil dari Kak DJ blog Dapurku Sayang...
Tapi agak lambat jugak la QH untuk mencubanya...sebab ade aje halangan...macam2...
Tapi akhirnya yang dinantikan terjadi juga...
Kalau tengok pada resepinya nampak macam rumit...tapi bile dah mencubanya...agak senang...dan berbaloi mencuba...
Kek ni pon nampak mewah dengan buah2an campuran...
cuma QH buat agak selekeh sikit..hehehe...
tapi rasanya tetap sedap tau dan pada QH agak manis sedikit...
Untuk kek ni QH ade tambahan parutan kulit oren...permintaan dari Mr. Hubby... 

Ok la jom kita tengok resepi ni...pada Kak DJ...QH minta izin untuk share resepi ni pula yea...


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis – optional –QH letak parutan kulit oren 2 biji
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional


Cara-cara :
1.     Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
2.  Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
3.   Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
4.  Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
5.   Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
6.   Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
7.   Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.


No comments