KARIPAP ROTI SARDIN
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia…
Bile dah lama tak muncul...hari ni QH nak bersiaran awal sikit...
Selamat pagi semua…
QH kembali bersiaran selepas 3 hari menyepi...tapi bukan QH terus menyepikan
diri...masih lagi berkunjung dan ade juga QH tinggalkan jejak di blog
kawan2...cuma tiada entri aje di blog QH yang usang ni...hehehe
Resepi memang banyak untuk diupdate dan aktiviti
memasak tetap berjalan seperti biase...cuma memberi ruang untuk diri sendiri untuk
berehat dan berjalan2 pula...hihihi...berjalan pon tak la jauh mane...cuma pergi
ke kedai2 bakery dan ke kedai2 yang berkaitan dan sewaktu dengannya...nak menambah
sedikit2 koleksi yang dah ade tu...
Satu tabiat QH kalau dah masuk ke kedai2 macam tu...memang berjam la dan rasa
macam taknak keluar atau balik aje dari kedai2 tu...walaupon dah berkali2
pergi...tak jemu2...memang suka sangat tengok barang2 tu semua...lebih2 lagi
bile hubby pon layan sama minat QH ni...jadi lagi la lama nak bertapa kat kedai
tu...
Kalau ke IKEA pula bahagian lain tak pergi jenguk pon takpe... biase QH akan
terus bahagian kitchen...memang akan pergi ke setiap sudut dan ruang yang ade
kat ruangan kitchen tu...hehehe...tak kisah kalau hubby nak berjalan ke
bahagian lain...yang penting tetap tunggu QH di kaunter...hahaha...sebab QH
bab2 memilih ni memang terer...tapi bab bayar2 ni tak reti la...hahaha...boleh
yea gitu...ok la tu...jom kita tengok resepi pula...
Kali ni QH nak kongsikan satu lagi resepi yang sedap dan ringkas...Karipap
Roti Sardin...sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang...untuk buat
bekalan dalam perjalanan jauh atau kalau nak pergi berkelah pon sesuai menu
ni...buat untuk bekalan anak2 ke sekolah pon boleh...kalau untuk bekalan ke
pejabat kena buat lebih sikit...nanti yang tukang bawak lak yang tak
merasa...hehehe...memang sedap menu ni...QH suka...
Resepi ni QH ambil dari blog Masam Manis...pada Kak Ita QH mintak izin
untuk letak resepi ni di blog QH pula yea...pada kawan2 yang lain...boleh la
mencubanya pula yea...
KARIPAP ROTI SARDIN
Bahan2
Roti sandwich
Telur
Secubit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit tepung
Sedikit air
Sedikit butter
Sedikit minyak
Roti sandwitch kita
canai nipis. Kemudian kita potong guna cutter bentuk bulat.
Tepung gandum kita
campurkan dengan sedikit air untuk di jadikan gam
Telur begantung pada
berapa banyak inti yang kita telah sediakan dan berapa keping roti yang ingin
kita celup.
Telur kita campurkan
secubit garam dan sedikit lada hitam atau lada sulah.
Kemudian kita pukul
sedikit.
Setelah siap
ketepikan dan kita sediakan inti sardin.
INTI
Bahan2
1 tin kecil sardine
1 ladu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang lada merah
1 biji air limau nipis
1 biji kentang – QH tambah
Secubit garam
Secubit lada hitam
Sedikit daun ketumbar
Caranya
Bawang besar di hiris
halus
Lada merah juga
dihiris halus
Bawang putih juga
dihiris halus
1 biji kentang dipotong
dadu kecil2
Halia juga dihiris
halus.
Begitu juga dengan
daun ketumbar
Sardin di buang
tulangnya dan dilecek bersama dengan sosnya sekali.
Panaskan sedikit
minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang besar dan halia.
Kemudian masukkan
sardin masak lagi hingga sedikit kering.
Masukkan perahan
limau atau boleh juga gantikan dgn sedikit air asam.
Masak lagi hingga
sedikit kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan lada dan
daun ketumbar.
Taburkan sedikit lada
hitam jika sukakan sedikit rasa pedas.
Gaul rata sehingga
kering.
Letakkan inti atas
sekeping roti yang telah dibulatkan
Letakkan bancuhan tepung di sekeliling roti
Rapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekat
Panaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.
Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.
Balik- balikkan roti.
Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towel
Kalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.
Sedia untuk dinikmati
Letakkan bancuhan tepung di sekeliling roti
Rapatkan, kemudian tekan dengan garfu supaya melekat
Panaskan sedikit buter bersama sedikit minyak dalam kuali yang leper.
Celupkan roti dalam telur dan goreng dalam kuali leper tadi.
Balik- balikkan roti.
Bila dah kuning keemasan keluarkan dan toskan atas kitchen towel
Kalau ada lebihan minyak cepat2 lapkan dengan kitchen towel.
Sedia untuk dinikmati
Post a Comment