Selamat
pagi semua dan salam manis kepada semua pengunjung blog QH ni …semoga sihat dan
ceria selalu.
Hari
Jumaat bertemu kembali...begitu pantaskan masa berlalu...rasanya macam baru semalam
aje kita semua bercuti panjang sempena perayaan tahun baru cina...besok pon
kita semua akan bercuti lagi selama 4 hari...yahooo...sempena cuti Maulidur
Rasul dan Thaipusam...pasti ade yang dah merancang untuk pergi bercuti bersama
keluarga kan...
Ok
la kali ni QH nak kongsikan resepi Popia Goreng pula...tapi rasanya kat luar
sana atau diblog2 dah banyak kot resepi popia goreng ni...lagi sedap2
agaknya...popia goreng ni QH buat untuk menu sarapan pagi kami hari tu...untuk
menu petang pon sesuai...sebenarnya tak kira waktu sesuainya...kalau rasa2 nak
makan tu...boleh la buatkan...
Kalau
nak buat popia ni...kita kena buat intinya dulu...baru la boleh buat proses
mengulung pula...pastu mengoreng...senangkan...tapi proses mengulung ni pon
penting juga tau...nampak macam senangkan
nak gulung popia ni...tapi kalau salah step...popia yang kita goreng tu akan
berminyak, lembik dan rupanya pon tak cantik...kat bawah ni QH ade tunjukkan
step by step cara mengulung yang betul...tak berminyak dan rangup...ni pon dulu
ade kawan yang mengajar QH...dah buat sendiri ni...inti kena la letak banyak2
baru sedap...baru la terasa bile kita mengigitnya...
POPIA GORENG
Bahan2
Inti popiah
Kulit popiah
Tepung gandum + air –
untuk lekatkan popiah
Inti
Bahan2
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang –
saiz sederhana
1/2 biji timun –
dibuang biji
Garam secukup rasa
Caranya
Keluarkan kulit
popiah dari peti sejuk beku dan dibalut kain tuala basah(supaya tidak kering).
Lobak merah, timun
dan sengkuang dipotong memanjang dan halus.
Semua
bahan inti ditumis seketika dan ditambah sedikit garam. Angkat.
Bila inti sudah sejuk boleh la mula mengulung.
CARA-CARA MENGULUNG POPIA
Setelah siap mengulung popia, boleh la mengoreng pula...
Cara mengoreng
Pastikan
minyak dipanaskan terlebih dahulu…lagi satu pastikan minyak banyak dan biarkan popia
tu berenang2 kat dalam kuali…kemudian baru masukkan popia satu persatu…tapi
jangan masukkan terlalu banyak...nanti lambat masak dan minyak akan menyejuk
pula…goreng macam biase dengan api sederhana…rajin balik2 kan untuk warna yang
sekata…bile dah agak kekuningan atau keemasan…angkat dan toskan…
Sos
Bahan2
10 batang cili merah*
- dibuang biji
2 ulas bawang putih *
(*dikisar)
Sedikit cuka makan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Caranya
Semua bahan dimasak
didalam periuk tanpa minyak. Bahan sentiasa dikacau sampai cili masak supaya
tidak hangit dan perasakan. Bile sos sudah pekat matikan api. Siap.
Post a Comment