Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk
kembali bersiaran pada hari ni...
Hari ni QH nak kongsikan pula pengalaman dan resepi Chocolate
Macarons pula yer...ini merupakan kali kedua QH membuat macaron ni...kali
pertama QH buat boleh lihat di SINI yer...disebabkan konon2 kali pertama buat
tu menjadi...so untuk kali kedua ni agak OVER confident
la kali ni pon akan menjadi jugak...hehehe...semua tahukan buat macaron ni
memang agak rumit dan mencabar sikit...tapi agak hampeh tidak seperti yang
diharapkan...mungkin sebab terlalu OVER...tu la jadinya...padan muka sendiri...
Memula tu memang tak perasan lagi yang macaron QH ni
ade cacat sikit...bile nak letak filing tu yang baru nampak kelainannya...kelainannya
macaron yang QH buat ni TAK BERKAKI...entah kat mane la dia menyorok ekkk...hahaha...tak tahu la dimana silapnya...rupanya
dah ade...molek aje kalau kita tengok...sebab macaron yang sempurna mesti la
nampak kaki2nya tu...tu la cabaran kalau buat macaron ni...tapi takpe janji
rasanya tetap sedap dan manis...
Walaupon rasa macaron ni manis...tapi kita tetap
juga nak buatkan...mungkin rupanya yang comel tu kot dan ade macam2
color...tu yang buat kita terpengaruhkan...
Resepi macaron coklat ni QH ambil dari blog BileChah Ke Dapur...untuk filing pula QH ade ubah sikit dari resepi asal coklat
ganache tu...QH menggunakan pink coklat ganache...QH guna pink coklat yang
ditambah dengan strawberry emulco...pink coklat ganache ni QH buat awal
sehari...baru la sedap bile bahan2 tu dah sebati...pada sesiapa yang lebih
gemar menggunakan coklat ganache resepi boleh lihat di SINI yer...
Pada Chah...QH mohon untuk share resepi macaron ni
yer...jom tengok resepi ni....
CHOCOLATE
MACARONS
Bahan-bahan:
70 gram serbuk almond (saya
jemur tengah panas untuk pastikan
betul-betul kering)* dikisar halus –jika guna food processor alangkah baiknya
kan!
10 gram serbuk koko
140 gram gula icing
80 gram putih telur (room
temp)
65 gram gula halus
Cara-cara:
1. Ayak gula icing dengan serbuk koko. Masukkan serbuk
badam, gaul sekata dan ketepikan. Pukul putih telur dengan kelajuan
tinggi, masukkan gula halus dan pukul lagi hingga adunan menjadi glossy dan
soft peak*
* jika kita gunakan stand mixer, cabut beater-celup dalam adunan
dan bila diangkat akan kelihatan bertanduk
*Jika menggunakan hand mixer, cuba terbalikkan mangkuk, adunan stay
dan buih-buihnya sangat halus dan glossy.Bahagian ini akan menentukan adunan
kita licin dan macaron kita akan membentuk kaki yang sempurna.
2. Masukkan campuran serbuk badam tadi (3 kali) dan gaul secara
kaup balik dengan spatula. Semasa proses ini, adunan yang ok akan berkilat dan
licin. Sila cuba jatuhkan adunan ke dalam mangkuk dan ianya akan membentuk
simpulan riben yang besar.
3. Panaskan oven 20 minit lebih awal.
4. Sediakan tray yang dilapik dengan silpad/parchment paper. Masukkan dalam piping bag, dan pipekan
mengikut template atau saiz yang
dikehendaki. Rehatkan adunan kira-kira
30 minit. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150 deg
C.
5. Sandwichkan dengan filling kesukaan. Saya pencinta dan
penggemar tegar coklat, jadi apa lagi, pilihan saya sudah tentulah chocolate
ganache. QH guna pink coklat ganache.
PINK CHOCOLATE GANACHE
Bahan2
250
gm whipping cream
325 gm coklat
masakkan
1 tbsp strawberry
emulco
Caranya
Potong
coklat menjadi kepingan kecil. Masak whipping cream hingga didih. Tutup api,
masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan tambahkan strawberry emulco.
Biarkan
sejuk kemudian masukkan dlm peti ais sejukkan selama 1 jam atau hingga coklat
keras. Selepas itu dah boleh digunakan.
Post a Comment