Qasey Honey. Powered by Blogger.

KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ni QH tak boleh nak berceloteh pepanjang macam biase...huhuhu...banyak kerja yang perlu dibereskan...QH tinggal seseorang saje kat pejabat bahagian QH ni...yang lain bercuti sempena cuti sekolah ni kan...

Ok...resepi kali ni Kari Ikan Bawal Hitam Stail India...resepi ni QH ambil dari blog Kak Jee...Dunia Dari Dapur Kak Jee...semua bahan2 dibawah QH dah gandakan sebab masak untuk 2 ekor ikan...dan QH buat agak pekat sedikit kuahnya...memang suka yang macam tu...resepi asal boleh lihat di SINI yer...pada Kak Jee...QH mohon untuk letakkan resepi ni di sini yer...

Jom tengok resepi.......


KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA

BAHAN2:
2 ekor ikan bawal hitam (dibersihkan dan rendam seketika dalam air asam jawa)
1 cawan rempah kari Babas
3 sudu besar serbuk cili babas (atau cili kering kisar pun boleh)
2 sudu kecik rempah menumis
2 inci halia* – QH tambah
1 batang serai* – QH tambah
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih* (*yang ni QH kisar)
1 cawan santan
bendi (ikut suka banyak mana)
1 tangkai daun kari (kalau ada)
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya


CARA:
Bersih ikan, potong ikut suka. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, daun kari dan rempah tumis hingga wangi.


Masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili dan kacau2 seketika hingga terbit minyak. Guna api perlahan.


Pastu masukkan kira-kira 1 cawan air. Kacau pantas dan  biarkan rempah hingga betul2 masak. Kalau terlalu kering, tambah air lagi. Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap.


Kemudian masukkan santan. Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan tunggu hingga mendidih lagi lepas itu masukkan bendi.


Hujung bendi (tip) jangan dipotong nanti keluar lendirnya. Bahagian pangkalnya pun Kjee potong sedikit sahaja dan tidak kena pada badannya.


Masak lagi hingga bendi agak lembut baru masukkan air asam jawa (kira-kira ½ cawan).


Rasa, dan biarkan mendidih sepenuhnya, periksa samada ikan sudah cukup masak, kemudian padam api. Boleh diganti santan dengan susu segar/cair.



16 comments

rahel said...

Sedapnya kalau ada kari ikan..laju jer makan..hehe..

izahdaut said...

wahhh sedapnyer lauk. makan dengan nasi putih ni mmg besttt. ada lak kacang bendi tu.. ala bestnyeee

dapurCikWan said...

sedap2..last makan kari,..tahun lepas..tahun ni belum makan lagi.. =)

Qasey Honey said...

@rahel
mmg betuiii tu...mkn xtoleh kiri kanan dh lagi...hehehe

Qasey Honey said...

@izahdaut
mekacihhh....mmg sedap dimkn dgn nsi panas....menu ni 2 in 1...ade ikan ade sayur...siap...ngappp

Qasey Honey said...

@dapurCikWan
amboi cik kak...lamanya amik masa nk mkn kari ni...kita kt sni...bleh dikatakan hari2 kari...spi xtkawal kejadian badan kita skrg ni...hehehe

Amie said...

Salam kenal Qasey....:)

hazila said...

Ada org setahun boleh kira berapa kali makan kari. Kat rumah saya, tak boleh kira. Tak cukup jari tangan dan kaki nak kira... hehehehe....

Qasey Honey said...
This comment has been removed by the author.
Qasey Honey said...

@Amie
slm kenal jugak dr sya...tima kasih sudi singgah ke sini...

Qasey Honey said...

@hazila
tau xpe...mmg xleh dikira2...xkisah kt umah ker...kt luar pon bantai kari jugak...kihkih

zila norazila said...

QH..sy pun suka kuah pekat2 nie..sedap..:)

Qasey Honey said...

@zila4ever
ye ker...cmtu sma la kita yer...

quinnie said...

kita kan..kalau kari memang tak tolak..sedapnya..lama tak msak kari...daun pun tak dek..huhuhu

Qasey Honey said...

@quinnie
sma la mmg kompom xtolak kari ni...hihihi

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam QH...
pekat kari QH msk.. kat rumah sini kalau msk kari tak laku so kalau nk mkn kena msk 2 lauk..aduh ngences betul tgk kari QH...