Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Tengah hari semalam QH berkesempatan untuk pergi ke Pameran Buku
Antarabangsa 2012 yang berlangsung di PWTC tu…ingat tak pada entri yang lepas2…QH
ade bagitahukan nak ke sana pada hari Jumaat lepas…tapi tak jadi nak ke sana bile
memikirkan pasti jalan akan jem sangat2 masa tu dan takut jugak…maklum la kebetulan
masa tu jugak sibuk dengan hal BERSIH2 tu kan…jadi rancangan terpaksa
dibatalkan…walaupon hal tu berlaku keesokkan harinye…
Pada sesiapa yang masih belum pergi lagi ke pameran buku tersebut…masih sempat
lagi kalau nak ke sana…pameran tu akan berakhir pada Ahad ni tau…banyak buku2
latihan untuk anak2 di sana…masa QH pergi semalam tu…memang ramai budak2
sekolah yang pergi bersama guru2 mereka…jadi agak meriah jugak la semalam...tapi
QH takde la nk membeli sangat semalam…setakat sekeping dua majalah aje…selebihnya
beli cenderahati yang comel2…memang rambang jugak mata dibuatnya…hehehe…
Tapi tadi bile QH singgah sebentar ke blog Kak Sha@Masterchef Malaysia tu…rupanya
pada Sabtu ni…beliau jugak akan berada di sana untuk promosikan 2 buah buku
hasil karyanya sendiri…1 buku masak2...1 lagi novel…tengok cover novel tu macam
menarik aje…QH pon suka jugak baca novel ni…kalau meminjam tu…mesti 8 buah buku
sekali…jangan jeles…sekarang ni kat opis QH banyak novel2 dan buku masak2 yang
terbaru tau…sampai tak tahu nak amik yang mane satu dulu…semuanya best belaka…hehehe…kadang
tu bile koata untuk meminjam dah penuh…QH akan curik2 bawak balik buku2 tu…hahaha…Kak
Sha…kalau berkesempatan nanti boleh la kita bertemu di PWTC tu nanti yer Sabtu
ni…akan pon nk demo masakan sekali kan…boleh la nak merasa airtangan nanti…
Ok la untuk resepi kali…QH nak kongsikan resepi yang agak lama jugak duk
terperam kat lappy…terlepas pandang la pulak resepi ni…roti ni QH buat dah lama
dah…masa tu QH bercuti dikampung…Checkered Bun Strawberry Coklat…alamak coklatnye bahasa melayu la pulak…hehehe…aduhhhh
dah malas dah nak edit lagi…takpe la buat2 tak nampak aje la ehhh…hahaha…seperti
biase resepi ni adelah terdapat sedikit olahan dari QH…tapi tengok macam agak
huduhhh la pulak rupanya…hehehe
Resepi ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis jugak…dah pendam lama
dah resepi ni…masa tu takde lagi bibik robot BM…jadi terpaksa sabar menunggu
untuk membuatnya…huhuhu…roti ni QH buat dua perasa iaitu strawberry dan coklat…konon
nak kelainan dan mengikut selera sendiri la tu…tapi bile dah jadi dan siap…nampak
macam tak sesuai aje pemilihan kaler pink tu…masa duk uli tu cantik la kaler
pink tu …tapi rasanye sedap tau…pada yang nak mencuba pula lepas ni…jangan tiru
tau…buat la kaler yang bersesuaian…tak pon ikut aje la macam cara Kak Ita tu
aje…hehehe…lagi molek kejadiannya…nak makannya pon tak perlu berasa ragu2 dah…hehehe…
Rasa roti ni agak tawar sedikit…sedap dimakan dengan jem atau dicicah
dengan air teh O atau kopi O la…hehehe...perghhh terbayang2 dah akan kesedapannye…buat
orang terliur aje kan…jom la tengok resepinya yer…pada Kak Ita…mohon lagi
sekali untuk memanjang dan berkongsi pula resepi roti ni di blog QH pula yer…terima
kasih bebanyak…jugak kepada empunya resepi ni…
Di adaptasi dari resepi: BUN
PANDAN
By : Ros
Rujukan : Bukan
Sekadar Masakan
250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco
Kalau ade breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila
dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua ,
dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak
melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye...
Tips
untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam
plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit,
keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik
dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila – QH letak strawberry emulco
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata
Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali
ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit, atau sehingga permukaan
bun perang.
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan
di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.
WATER
ROUX
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak
digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.
Post a Comment