Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHOCOLATE BREAD CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Sesambil menyiapkan entri ni…kebetulan QH menonton jugak rancangan Junior Masterchef Australia 2…season finale…QH tak pernah tengok sebelum ni…memang tak melanggan pakej tu…sebab pakej yang sedia ade ni pon kadang2 tak sempat nak tengok…bile Astro bagi free ni…dapatla menonton rancangan JMA2 tu…hehehe…tak tahu la adakah ni musim terbaru atau QH yang ketinggalan…hehehe…

Memang kagum sesangat dengan kebolehan budak2 ni…kebolehan seperti orang dewasa dan ideanya pon sangat kreatif…QH sendiri pon tak boleh terfikir sampai macam tu…agaknya kalau bertanding dengan budak2 tu…agaknya senang2 aje kot diaorang kalahkan QH ni…hahaha…masak tak perlu tengok resepi pon…QH ni…dekat beratus kali tengok resepi pon kadang2 ade jugak yang silapnya…hihihi…malu dengan bebudak tu…

Malaysia bile pula yer nak buat rancangan macam tu khas untuk kanak2 pula…nak tengok jugak kebolehan bebudak rakyat Malaysia pula yang bertanding…mesti mak bapaknye yang tak senang duduk kan…hehehe…

Tapi kalau dulu masa kita kecik2 mana mak bagi kita menyibuk kat dapur tu kan…disuruhnya kita ke depan…tak suka bersepah kat dapur…hihihi…berlainan pula dengan omputih…memang diaorang suka masak bersama…biar 1 dapur bersepah janji anak2 dapat bersama2 menyediakan hidangan…dari kecil dah terlatih…jadi pada sesiapa yang ade anak yang rajin nak menolong kat dapur tu…biarkan aje…lagipon masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama mereka kan…bile bersama2…ianya akan menimbulkan minat dah anak tu akan rasa dihargai…lebih2 lagi bile kita memberi pujian tentang masakannye…betul tak???



Ok la panjang pula mukadimahnya…ok hari ni QH nak kongsikan resepi yang dah lama terperam dan hampir2 terlupa akan resepi ni…buat dah lama dah…saing2 dengan entri sebelum ni…

Lagi sekali resepi kali ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis..jangan ade yang berkecil hati yer…banyak lagi resepi yang QH ambil dari blog teman2 yang lain jugak…cuma masanya aje belum tiba…kebetulan masa ambil resepi dari Kak Ita…QH ambilnye secara pukal…termasuk la jugak pada blog teman2 yang lain…bile nampk tu sedap ni sedap tu la jadinya…hehehe…

Semasa QH buat resepi ni…ade jugak dugaannya…cabarannya bile QH tersilap melihat kuantiti bahan2…tu silap sendiri yer…sampai 2kali QH buat adunan untuk kek ni…tak tahu macam mane masa tu boleh tersilap…perasan bile semua bahan2 dah dicampurkan…1 bahan aje yang menjadi puncanya…iaitu tepung…QH tersilap semasa menyukat tepung kek tu…kuantiti yang nak digunakan hanya 110gm aje…tapi QH boleh sukat 300gm kalau tak silap…tengok la betapa banyak bezanya tu…terpaksa buang sebab tak tahu nak diapakan…akhirnya jadi jugak la…Chocolate Bread Cake ni…

Bile dah menempuh dugaan tu…perasaan berdebar2 tetap ade…tapi  agak tidak mengecewakan bile keluarkannya dari oven kejadiannya agak sempurna…rasanya pon memang sedap…1 kombinasi yang sangat menarik…cukup rasa…jadi boleh la anda semua mencubanya pula yer…oh yer…QH buat dalam bekas aluminium foil tu…saiz QH tak ingat…tapi rasanya standard macam orang yang jual menggunakan bekas yang sama tu…dapat 4 bekas kalau buat macam cara QH tu…kalau rasa banyak boleh la buat separuh…tapi cukup ker??? hehehe…

Pada Kak Ita…QH mohon sekali lagi keizinan untuk memanjang dan berkongsi resepi ni untuk diletakkan di blog QH pula yer…terima kasih bebanyak…


CHOCOLATE BREAD CAKE
Olahan: Kak Azlita@Masam Manis
By:  Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
Sumber: Naz Rinn Chan

Bahan A
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

Bahan B
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

Bahan C
15gm butter
15gm shortening
kismis - ita tambah - QH xletak



Caranya - QH ikut cara Kak Ita
Untuk buat doh roti ita gunakan bread maker.  Di bawah ni pula adalah cara2 menguli menggunakan tangan.

Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika.
Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A.
Adun sehingga menjadi doh.
Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
Boleh uli guna tangan atau bread maker.
Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit. 

Tumbuk doh untuk membuang udara.
Kalau nak letak kismis masa ni boleh gaulkan doh dengan kismis atau coklat chip pun boleh
Bahagikan doh kepada dua bahagian.
Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan.
Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6".
Ita guna loyang 5 inc x 9 inc dan tinggi 3 inc
Masukkan satu doh yang telah digulung tadi.
Biarkan doh naik dua kali ganda.

Ita bulat-bulatkan doh sebesar guli dan susun dalam loyang
Peringatan jika gunakan loyang yang kecil kena bahagikan doh pada 3 bahagian kerana doh roti yg mengembang akak mengembang lagi bila di bakar dan besar kemungkinan akan menolak adunan kek di atas dan membuatkan kek tertumpah. Berhati2 ye! Pastikan doh roti di bulatkan atau di gulung kecil aje anggaran 1 - 1 1/2 cm  aje tingginya
Bila dah siap rehatkan semula doh dalam 10 minit
Ok kita buat pula kek


FRENCH SPONGE CAKE
by : Chef Alex Goh
Sumber : Buku Masakan Fruity Cake

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula

Bahan C
110 gm tepung - ita guna tepung kek
 70 gm mentega cair - ita guna minyak Mazola



Caranya
Bahan A - Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Bahan B - Dalam bekas lain putar pula putih telur hingga kembang, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku, kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.
 
Masukkan  adunan meringue ( bahan B) kedalam adunan bahan A. Kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga rata.
Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan kaedah kaup balik juga.
Masukkan minyak atau butter cair dan kacau rata guna kaedah kaup balik juga.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg di sukai.
Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
Ikutlah cara bagaimana nak corakkan adunan kek tu
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.


24 comments

adda syuhada said...

wowww pagi2 dah tayang kek...santikkk plk tu keknya...bak la 3keping..nk wat breakfast ni..

Chik Mimi said...

cantiknyaaaaa kalerpulll

norhidana said...

aduhla rajin nyer akak nih... nmpak sedap kaler pu n cantik...
dana pun mmg selalu tgk junior masterchef tuh... mmg kagum sgt2...

FnF Simple Life said...

roti lagi...siap kek pula tu...rajinnya kak QH

ibh_sue said...

Aslmkum QH. Salam kenal jg. Thanks sudi singgah gobok buruk sue tu. Heee. . Cantik kek tu. Ni kira tahap rajin betul n kuat semangat nak buat kek tu. Sue x bp kuat. Takut keciwa dgn hasilnya nnti. Lg pun la ni,mood nak membaking dah sejuk2 dah. . Tp mood nak jamu mata still panas lagi. Heeee

Rohah said...

Dah terasa lembut2 enak dalam mulut ni..merling2 pulak tu warna2 anggunnya.

hazila said...

Cantiknya colour. Ceria....

Unknown said...

sedapnya nampak kaler2 gitu lagi banyak ni rasa nak makan kan QH..

ucubakery said...

sesekali tersalah akan selamanya ingatkan QH...ucu pun selalu mcm tu..yg penting bila tak menjadi jgn terus give up...

norhanim md zain said...

salam Qasey..cantik kombinasi warna ..nampak menyelerakan...minta sepotong...

tun_telani said...

chopp!!! 1 bekas tu yg tun!!!

Nieda said...

Cantik berseri kombinasi warna kek ni.
Salam kenal juga.

rahel said...

QH,cantek kaler2 roti tu..bak mai satu slice..nak rasa gak..hehe..

Liza said...

meriah kaler kek tu...cantikkk

Kamsiah yusoff said...

kalau dekat..dah mintak 1 bekas hehe...kalerful...gebu...

Kamsiah yusoff said...

datang kali kedua dgn harapan dapat la sepotong bread cake hehe...akak follow sini..thanks follow blog akak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

waduhhh... tak tahan tgk warnanya yg sgt menarik! actually akak pun dah lama simpan resepi ni sejak dari kak rinnchan dok tayang kat fotopages nya lagi.. tp sampai skrg belum sampai lg seru & kerajinan nak membuatnya.. adeeiii.. list dah panjang 5 meter ni.. entah bila nak abis pun taktaulah.. hehehe..

zila norazila said...

salam qh cyg
dah petang2 baru bole berBW..harinie teramatlh sibuk..td dh jeling2 kt fb..cuma nk terjah blog jer x sempat..he hehe color menawan sgt..ceria jer..ada lg x sepotong..?

Wana Yusuf said...

salam QH...

Salam kenal n follow sekali ya...

menarik lah roti ni... BM akak dah lama rehat kat lemari tu... boleh lah bagi dia kerja sikit!! hihi... kita masuk list dulu ya... thanks!!!

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
Nampak sedap dan menarik kaler2nya
dah terliur ni he he

anymz said...

meriah betul kaler kek ni..akak mesti nak cuba lepas tgk dapur qaseh ni.hehe

Kek Kawin said...

Salam QH..2 dalam satu gitu.cantik colour...meriah gitu..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum QH..
wah !! mmg cantik n menarik warnanya tu QH... sukanya akak tgk.. cantik!!

dapurCikWan said...

cikwan save dulu resepi ye.. =)