Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua….
Alahai rindu serindu2nya
kat blog kesayangan ni…hampir 5 hari tak bersiaran dan menjenguk ke dapur
teman2 yang lain…minta maaf yer semua…sempat melihat di FB aje…tupon setakat
klik LIKE!!!. Nasib baik la tak bersawang blog ni…kalau tak penat jugak nak
BERSIHkannye nanti…hehehe…dalam tempoh tersebut ade perkara yang tak terduga
telah berlaku di kampong…
Kebetulan cuti panjang
hari tu pak mertua QH kemalangan dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat
Subuh…pak mertua terjatuh motor sebab tak perasan dan nak mengelak dari
terlanggar anjing mati ditengah jalan…memang lalu ke masjid tu agak gelap sebab
tiada lampu jalan…walaupon jalan yang di lalui tu adalah jalan besar…nasib baik
pak mertua terjatuh ke tepi jalan dan tak banyak lagi kenderaan yang lalu…kalau
sebaliknya tak tau la nak kata ape…
Macam mane pon kecederaan
yang pak mertua alami agak teruk jugak…kakinya patah dan sekarang ni tengah
bersimen kakinya tu…tapi tak di tahan wad…bile dah siap rawatan tu…terus dapat
balik rumah…makan masa jugak untuk baik…agak terbatas jugak la pergerakan pak
mertua QH tu…tapi yang tak sangka tu…keesokkan harinye…semangat nak memasak tu
masih menebal…dah ditegah tapi nak jugak turun ke dapur nak masak sendiri untuk
anak2nye…agaknya kebetulan hari tu semuanya ade berkumpul…memang pak mertua QH
ni terer bab masak2…hehehe…dapat la merasa airtangan dia…pembantunye mak mertua
dan menantu2nye la…hihihi…semoga abah cepat sembuh dan berkeadaan seperti
sediakala…
Ok jom masuk bab reasepi
pula yer…untuk resepi kali ni QH nak kongsikan resepi kek…kek ni QH buat
bersempena hari lahir hubby pada 28 April hari tu…ingatkan nak update entri kek
tersebut tu pada hari yang sama tapi tak dapat berbuat demikian…buat kali
pertamanya buat sendiri kek hari lahir untuk hubby…sangat seronok dan dapat
merasa kepuasannya bile terhasilnye sebuku kek ni…walaupon kejadiannya tidak
seperti yang diharapkan…huhuhu…yang penting airtangan sendirikan dan resepi
dari orang lain…hahaha…
Resepi kek Chocolate
Orange Roulade Torte ni QH ambil dari blog Kak Ita@Masam Manis…memang dah lama
sangat dah simpan resepi kek ni…duk terperap dalam list yang sepanjang 4 meter
tu…hehehe…cuma tunggu waktu yang sesuai aje…dah tiba dah waktu tu…hehehe…memang
sangat berkenan dengan kejadian kek ni…lain dari yang lain…untuk resepi kek ni
adalah QH olahkan sikit2 ikut pada selera si pembuatnya…hihihi…
Agak rumit juga untuk
buat kek ni…tapi QH tak kisah sebab dah minatnya ke situ kan…bile baru2 belajar
buat kek yang susah macam ni kan…seharian jugak la untuk menyiapkan kek ni
sepenuhnya…kek span dari resepi ni memang sedap tau…dan kejadiannya juga sangat
sempurna…boleh tngok kat gambar yang QH letak tu yer…kalah macam kek yang kita
beli kat kedai tu…termasuk la secret recipes tu…hehehe…
cuma…ade cuma jugak tu…untuk
kek span oren tu patutnya buat nipis sedikit atau bahagikan adunan kepada 2…guna
loyang 8x8…tapi QH buat seloyang saje…guna loyang 10x10…jadi keknye agak tebal…agak
payah jugak nak gulung sebab semasa proses mengulung tu…keknya jadi patah2…tak
seperti ape yang dimpikan…yang tu QH akan cuba untuk eksperimen kali kedua
nanti…tapi tak tahu bile la…hahaha
Untuk deco kek ni QH
buat yang simple2 aje…memang itu aje yang mampu dan setakat itu aje kepandaian
bab deco2 kek ni…berangan kononnye nak deco kat atas kek tu logo Harley Davison…
tapi tak menjadi…hikhik…tu yang memilih kaler oren dan hitam…lagi satu tu kaler
kesukaan hubby QH jugak…ade jugak tengok sample deco2 kek di internet tapi
entah macam susah aje…kena pergi kelas jugak la lepas ni…belajar cara2 nak
mendeco pulak…hihihi…
Ok la rasanya dah
panjang dah celotehan untuk entri kali ni…cukup la ehhh…kita berjumpa disiaran
akan datang pula yer…hehehe…
Resepi yang ade kat bawah
ni adalah cara yang QH gunakan untuk kek ni…kalau nak tengok cara Kak Ita pula
boleh tengok di SINI…QH mohon pada akak untuk berkongsi dan memanjang resepi
kek ni di sini pula yer…terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kek ni dan
idea2 yang diberikan…jom tengok resepi…
By: Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Kek Fruity Cakes
ORANGE
SPONGE CAKE
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula
30 gm jus oren ~ ita gantikan dgn orange suncquick
1 biji parutan kulit oren
pewarna oren - QH tambah
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
100 gm tepung gandum
70 gm mentega cair
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang 40 X 25 X 3 cm
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang. Tambahkan 100 gm gula castor dan putar lagi
hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
~ bila mengaul adunan jangan kuat2 supaya kek gebu dan tidak turun bila dah
masak nanti
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar adunan dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit
Keluarkan kek dari
loyang setelah masak
Buangkan lapisan atas kek yang berkerak
Potong kek span oren kepada
kepingan selebar 4 cm ~ ita buat lebar sikit iaitu 6 cm oleh itu ita perlukan 2
keping kek span oren ni. Ita cadangkan buat 4 cm aje jadi hanya perlukan 1 aje
kek span.
Sapukan ganache ~ rujuk
resepi – QH guna Coklat Nutella
Ita tak guna ganache , ita gantikan dengan bluberry filling.
Gulungkan kek menjadi bulatan berdiameter 15 cm
Balut dengan wraping plastic dan simpan dalam peti ais sekejap
Sekarang kita sediakan Chocolate Sponge Cake
CHOCOLATE
SPONGE CAKE
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula castor
95 gm tepung
15 gm cocoa powder
70 gm butter dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sedikan loyang 8 inc
Griskan loyang dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
Putar putih telur hingga kembang.
Masukkan 100 gm gula castor dan putar lagi hingga kental dan kaku
Kaup dan balikkan putih telur dalam bahan A hingga sebati.
Ayakkan tepung bersama koko dan kaup balik kedalam adunan tadi hingga sempurna
Kemudian tuangkan mentega dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inc
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit
Potong kek span coklat
kepada 2 kepingan. Buangkan bahagian atasnya yang keras.
Sekarang kita sediakan topping.
Ok sekarang kita mulakan
proses untuk melapis kek
Letakkan pastri manis
atas lapik kek dan sapukan jem oren di atasnya ~ proses yang ni ita tak buat – Ikut
Kak Ita
Letakkan kek span coklat di atasnya
Sapukan Stabilised Whipped Cream di atas kek span coklat dan ratakan – QH guna
Buttercream aje..resepi dibawah
Kemudian letakkan
roulade bluberry di atasnya
Ulang semula langkah yang sama
Sapukan semula cream dan letakkan selapis lagi kek span coklat
Sapukan keseluruhan kek dengan cream
Hias kek mengikut creativiti masing-masing.
BUTTERCREAM
Olahan: Qasey Honey
Bahan2 ( sebiji kek )
- 125 gm butter
- 125 gm shortening
- 125 gm krimwell
- 100 gm gula aising
Cara-cara
1. Pukul
butter dan shortening hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam
butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan
kek.
2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.
Post a Comment