Qasey Honey. Powered by Blogger.

LONTONG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Berakhir sudah hari2 sibuk QH…hihihi…lega rasanya bile semua sudah selesai…rasa2nya dalam tempoh terdekat ni…takde ape2 aktiviti kot yang QH terlibat…jadi boleh la QH beri perhatian semula ke blog kesayangan QH ni…

Semalam bersempena 16 Mei iaitu hari guru…ianya jugak merupakan tarikh yang bermakna buat QH…tarikh tu jugak la QH melaporkan diri berkhidmat dengan kerajaan…genap 6 tahun semalam dan tarikh tu jugak la QH mendapat pengiktirafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 (APC)…Alhamdulillah…siapa sangkakan…pada tarikh tersebut banyak perkara yang manis berlaku dan amat senang untuk diingati…

Kesibukan yang QH maksudkan tadi tu sebenarnya sibuk untuk buat persiapan untuk majlis APC tersebut…hehehe…biase la sibuk dan kalut sendiri…maklumla pertama kali dapat…ntah mungkin berpeluang lagi atau tidak untuk dapat lagi…hahaha…tu yang cukup cerewet la pulak kali ni untuk memilih baju yang sesuai…hehehe…merata juga pegi tapi takde satu yang berkenan dihati…ade aje yang tak kena…nak tempah kat designer2 yang ade tu…rasanya belum mampu lagi dan tak berbaloi pon…hihihi…tapi setelah penat dah ke sana ke mari akhirnya jumpa juga la yang berkenan…bolehla dari takde kan…hehehe…

Biase la orang pompuan macam kita ni kan…memang macam tu perangainya…ade ape2 sikit…semuanya nak yang baru…hihihi…semuanya nak nampak cantik…tapi tadi bile tengok yang lain agak bersederhana saje…cuma 2-3 orang aje yang agak vogue…QH terasa malu sendiri pon ade…hahaha…nasib baik tak bape nak over…hahaha…

Ade satu kisah yang kelakar juga tadi terjadi…masih atas stage tu…semasa KSU nak sampaikan sijil…dia adelah ucapkan tahniah…seperti biase kita ucap la balik terima kasih kan…pastu terus QH cari kamera…siap2 posing lagi dengan sijil tu…hahaha…entah2 ape agaknya kan KSU tu berkata dalam hati…hehehe…gambar tu pulak macam mane la agaknya hasilnye…hihihi…InsyaAllah bile dah dapat nanti…QH akan tunjukkan yer…



Ok la cukup dulu la cerita di atas tu tadi…walaupon rasanya banyak lagi yang QH nak kongsikan bersama2…tapi ade yang meluat pulak…hehehe…

Untuk resepi hari ni…QH nak kongsikan pula resepi Lontong…kalau di Johor…lontong ni merupakan makanan yang popular juga tau...bukan tunggu raya aje menu ni dihidangkan…tapi sebagai sarapan pagi jugak…QH memang pengemar lontong ni…nasib baik la kat KL ni banyak juga gerai2 yang menjual…bile rasa teringin tu senang sikit nak pegi cari…tapi tak sama la dengan lontong yang ade di negeri Johor tu…hehehe

Sebenarnya ni la pertama kali QH buat lontong sendiri…hihihi…terasa jugak nak merasa air tangan sediri pula macam mane kan…asyik rasa orang lain buat aje…pastu tak berpuashati la pulak…hihihi…bab makan ni QH memang agak cerewet jugak…tapi tak ketara sangat la…

Tapi ok la…hasilnye tak la mengecewakan sangat…hubby pon cakap sedap…berani dia cakap tak sedap…hahaha…kena telan jugak…tapi serius sedap…cukup rasanya…resepi ni QH ambil dari blog Kak Nieza@Our Journey Begins…masa ditayang tu…memang QH tak boleh sabar lagi untuk mencuba pulak…kecur dan terliur tengok…dah la gambar2nye semua cantik…salah satu pengaruh tu…hehehe…memang nampak menyelerakan…

Lagi satu rupanya senang aje nak masak kuah lodeh tu…hehehe…semudahnya ABCDEF aje…tapi agak kecoh jugak bile masak bersama hubby…masing2 nak dengan cara dan skill sendiri…hehehe…tapi seronok sebenarnya…

Ok la…pada Kak Nieza dan pada empunya resepi ni…QH mohon untuk berkongsi pula resepi ni di sini pula yer…terima kasih…pada yang belum cuba tu…boleh la mencubanya pula yer…jangan takut2…memasak ni sebenarnya seronok dan perlu berani mencuba…jadi atau tak tu cerita lain pula…hihihi…jom tengok ape resepinya…


Resipi oleh : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan 
Source: Kak Diana

Bhn²
1 biji kelapa, diparut – QH guna santan kotak
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat – QH xletak
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Lengkuas ~ CMG lupa tulis.. Jadi Diana bubuh 1 inci lengkuas_ d hiris (Nieza ikut bubuh juga)

Bahan2 Sayuran
1/4 biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan rendam – QH xletak
2 keping tempe, dipotong kecil 
1/4 ketul sawi bunga, dipotong kecil – QH xletak
2 biji cili merah _ d hiris menyerong ( Diana tambah ) Nieza ikut kak Diana

 
 

Cara²
1.                 Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.

2.              Dalam periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai, bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.

3.               Masukkan sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.

4.              Akhir sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis.


SAMBAL TUMIS – QH ambil dr SINI

Bahan²
*15 tangkai cili kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
 segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris 
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam

Cara² Penyediaan Sambal Tumis
1. Blend bahan bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.  
3. Masukkan juga ikan bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)


Bahan Lain
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu (optional)
Sambal tumis
Serunding kelapa (optional)


25 comments

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Qh cmel.. wahh Tahniahhh!!! sebab dapat khidmat cemerlang! Tahniah! tahniah!

Haiyaa itu lontong buat akak kecur datang pepagi ke sini.. huaaaaa

IntaNBerliaN said...

tahniah.. dpt APC.. :-)

sy gak yg xkeje pun.. duk umah je.. jg alisha.. hihi

dulu2 tingin gak nak keje tp lama2 makin seronok duk umah jaga anak.. kiranya kalu skrg ni org offer suh keje, dah xnak.. heheh

Norzie hany said...

Salam QH.
Tahniah...dapat pengiktirafan APC 2011.
Sedapnya lontong QH ni...betul2 buat perut saya lapar.

norhanim md zain said...

As salam QH..tahniah ya atas anugerah tu..kena kerja extra kuat la ye nanti...Lontong feberat my hubby tu..

hazila said...

Lamanya tak makan lontong. Buat sendiri lagi lah lamanya...

Nina Mirza said...

As'salam QH ...

Tahniah di atas pengiktirafan APC 2011. Moga lepas ini memberi lebih semangat utk QH terus menjadi lebih baik lagi.

Sedappp nyer Lontong !!! Nak mintak semangkuk buat breakfast nie ~~~
hehehe

rahel said...

QH,kalau kat umah kite kan..memang suka betul makan kuah lontong dengan nasi impit atau pun nasi pulut..sedap sangat..terasa lemaknya...tapi yg paling bestnya kalau pagi2 dah alas perut dg lontong..perghhh..ambo tak tahannnn..

rahel said...

Opsss...satu lagi...TAHNIAH BUAT QH kerana dapat APC...betul2 cemerlang luar dan dalam..hehe,,

Unknown said...

sedapnya nampak lontong tu tapi akak tak pernah lah pulak se umur hidup ni buat lontong,makan je pernah sbb bukan orang Johor hahaha selalu jugak dok makan yg orang Johor disini buat sedapppp sangat tapi macam banyak songeh kan mesti lama kat dapur ni..

Mas Sani said...

Salam QH
tahniah dpt APC ye...semoga terus cermerlang dan cermelang :-)

Alahai...tgk lontong xsbr nk rayalh pulak. Ini menu wjb mama buat..sedapnyaaaaaa.... Nakkkkk semangkuk!

mayangbakingmadness said...

wah sedap nyer QH... terliur sudah..

Melly Octaviana said...

Congrat yah QH dapat APC. All the Best.. ngeces lah lihat lontong sayur nya, ini menu makan pagi fav, sayang di sini tak ada yg jual, kayanya mesti buat sendiri yah.. ;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Tahniah QH dpt APC... wahh.. tak sbar ni nk tgk gambar2 atas stage tu.. mesti QH bergaya habis kan.. hehe.. akak suka tgk orang yg bergaya & melawa.. tp bila tiba kat diri sendiri tak reti nak bergaya.. balik2 ngan baju kurung & tudung biasa2.. tak reti nak eksesori bagai pun.. bibir pun dah lama tak beroles lipstik.. very the simple.. hehehe...

ehh.. nampak lontong tu terus buat akak kecur tau... salah satu kegemaran akak juga.. nak plak kalau yg ma akak masak time raya mmg selalu rindu lontong ma lebih2 bila giliran beraya umah mertua mmg jarang berjumpa lontong.. ma akak masak kuah lontong campur rempah kari sikit & rencahnya (yg dikisar) ditumis dulu masa masak.. hehe..

Asmara said...

Tahniah! rezeki.. ;D Sedapnya lontong, lama x mkn, nak buat tak terbuat2 pun padahal senang je kan. hehe..

tun_telani said...

tahniah ^^
sedap nmpk lontong ni. lama tun xmakan.

atie @ ejay said...

sedapnya!nak semangkuk hihi

Anonymous said...

salam qh

sedapnya lontong, alahai nak tunggu raya lambat lg hehe, aritu nampak kat rumah nieza, ni kat sini lah pulak, terliur dah ni

Rohah said...

waduh2,,,
tergugat keinginan,
sedapnyeeeeeeeeeeeeeerr,
tp malas nk buat..

dapurCikWan said...

Assalam kak QH..tahniah kak =) cikwan baru 2 kali merasa lontong..jarang2 jumpa kat terengganu ni..

Unknown said...

sedapnye...saya suka makan tp tak reti nk masak...hihi

Unknown said...

Alhamdulillah tahniah QH dapt APC tu..mana gambar melaram baju lawa tu?..nak juga tgk..hehe bestla akak bila nk dapat tak taula..mimpi jer kot sebab dok cuti panjang jer kejanya..hehe

sedap kan lontong ni...akak pun suka memula dulu ingat susah nak buat tu tapi bila dah cuba buat baru tau senang jer..:)

zila norazila said...

salam QH cyg..wahhh tahniah jgk dr kita yer..smoga lps ne leh dapat lg..lontong tu my fav jgk..org johor klu x der lontong x sah..ha haha:)

Amie said...

Tahniah Qasey.... dapat APC & Selamat Hari Guru.
Kuah lodeh tu penuh seperiuk... meh kami datang bagi habis! Lengkap set lontong dia....sedapnya!

Ummi said...

Assalam dan Tahniahh atas APC tu yea QH....sori la akak ketinggalan kete api sikit...hehe.. Moga terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa dan mendapat ganjaran sebaiknya... Terliuuuqqq tgk lontong tu tauuu...akak pun penah 2x dah buat resepi CMG ni...mmg best..

Nur-nba said...

Tahniah utk QH kerana menerima APC. Teruskan kecemerlangan pada tahun2 akan datang.. Sedapnya lontong ni, saya memang peminat setia lontong.. :)