Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua…
Salam sayang semanis
gula jugak dari QH untuk pengunjung blog ni yer…
Nampaknye semalam banyak
lagi blog yang tak sempat QH nak terjah…bile punya masa sesambil tu nak jugak
la edit gambar pon tergendala …semuanya gara2 komputer di pejabat buat ragam
pulak…kejap2 ‘hang’…dah bape kali restart macam tu jugak jadinya…nak
disumbatkan ke wad agaknya…hihihi…
terasa jugak geramnya
bile computer tu buat hal..melambatkan kerja yang tertangguh…tapi computer tu
banyak juga jasanya pada QH…hehehe…agaknya penat sangat kot…hari2 QH godek2
setiap saat tanpa henti…kecuali hari bercuti la…hehehe…merajuk la tu…terasa la
pulak kesusahannya…nak mengangkut lappy ke opis…aduhhh malasnya nak diangkut ke
sana sini…nak dijaga lagi…kat opis QH barang2 berharga kena jaga2 sikit…banyak
kes dah hilang barang berlaku…
Dirumah ni pulak…tak tahu
la…2-3 menjak ni line broadband problem memanjang…line tenet macam siput yang
semput…nak loading blog sikit la punya lama…upload gambar lagi la…sempat tidur
bangun balik pon tak siap2 lagi uploadnya…dah macam episode lepas geram la
pulak entri kali ni…hehehe…tapi rasanya bile ade yang merasakan masalah yang
sama…mesti akan rasa ape yang QH rasakan sekarang ni kan…ok la tak perlu la nak
berasa sedih dan geram sangat…(^_^)
Untuk hari ni QH nak
kongsikan resepi yang simple dan senang…tapi sedap tau…Mini Pizza Waffles…ilham
resepi ni QH ambil dari blog K.Kida@1001 Resepi…sangat berkenan dengan resepi
ni semasa K.Kida buat tayangan tempoh hari…dan sangat kagum dengan idea kreatif
K.Kida ni…mempelbagaikan resepi…
Tapi resepi ni QH telah
olah sedikit mengikut selera sendiri…takde sukatan khas untuk bahan yang nak
digunakan…semua ikut cukup rasa…boleh letak ape saje bahan2 yang diinginkan
mengikut selera masing2…senangkan tak perlu tension2 bile nak cuba sesuatu
masakan tu…tension pon bile asyik memikirkan jadi ker tak kan…resepi ni untuk
happy2 saje…
Kat bawah tu jugak QH
ade sediakan cara2nya dan gambar setiap langkah yang dah QH buat…sama macam K.Kida…senang
sikit bile kita nak menirunyakan…sebelum terlupa mini pizza ni sedap dimakan
panas2 tau…sebab waffles masa tu sangat lembut…bile dah sejuk tu agak keras
sikit wafflesnye…hihihi
Ok la pada K.Kida…QH
mohon untuk berkongsikan pula idea, resepi dan kreativiti akak diblog QH pulak yer…untuk dikongsikan
bersama2 teman yang lain…terima kasih bebanyak yer…jom tengok ke bawah…
PIZZA MINI WAFFLES
Olahan: Qasey Honey
Bahan2
4 keping instant waffles
– boleh tgk di SINI
1 tin kecil sardine - dibuang sosnye
2 sb sos cili*
2 sb sos tomato*
disatukan
Sedikit dry pizza
seasoning
Lada capsicum merah
Daun ketumbar
Mozarella cheese
Caranya
1. Sediakan instant
waffles secukupnya.
2. Sapukan campuran sos
cili dan sos tomato tadi
3. Taburkan sedikit dry
pizza seasoning (jika tiada boleh skip yer) ikut suka jugak yer
4. Contoh dry pizza
seasoning. Boleh dibeli di bakery shop.
5. Selepas tu letakkan
ikan sardine yang telah dihancur kasar. QH buang sosnya. Jika suka nak letak
pon boleh – ikut selera.
6. Taburkan hirisan lada
capsicum merah, hijau atau kuning secukupnya.
7. Taburkan pula hirisan
dau ketumbar secukupnya.
8. Akhir sekali taburkan
mozzarella cheese untuk toppingnya.
9. Boleh la dibakar
dalam oven pada suhu 200C selama 5 – 7 minit.
10. Bile dah masak
keluarkan dari oven dan hidangkan. Sedap di makan panas. Siap dan senangkan.
Post a Comment