TIPS MEMASAK KEK DAN BISKUT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Apa khabar semua?? Semoga semua dalam keadaan sihat2 saje hendaknya…sebelum tu selamat berhujung minggu yer…
Hari ni QH nak kongsikan sedikit tips memasak kek dan biskut…tips ni QH ambil dari blog Norzie@SentuhanNorzie Hany…terima kasih yer Norzie sebab sudi berkongsi tips yang berguna tu…ianya juga sebagai rujukan QH jika memerlukannya nanti...yang masih dalam proses pembelajaran dalam hal baking membaking ni...hehehe...pada Norzie...QH mohon untuk kongsikan pula tips tu di sini pula yer…
Ok jom la kita tengok dan baca satu persatu tips tu yer…zasss…
TIPS MEMASAK KEK DAN BISKUT
Berikut adalah senarai
info berguna lagi praktikal,boleh anda amalkan ketika proses penyediaan kek dan
biskut kelak.
1) Panaskan ketuhar
terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi
sebelum mula membakarnya.
2) Gunakan gula halus
apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup
diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik2 putih dipermukaan
kuih-muih.
3) Gunakan telur yang
besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul,akan mengembang daripada telur
sejuk.
-Telur besar
70-75gm
-Telur sederhana
60-65gm
-Telur kecil
55gm
4) Apabila memukul telur
dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan
putih.
5) Pastikan kuning dan
putih telur tidak bercampur ketika diasingkan.Sedikit kuning telur yang termasuk
kedalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit
telur.
6) Jangan campurkan telur
terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih.Walau bagaimana
pun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedikit tepung.
7) Apabila mencampurkan
tepung kedalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan
kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur.Gelembung
udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek.
8) Pastikan adunan di tepi
mangkuk di kikis dan di campurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak
sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang.
9) Untuk menyamakan tepung
biasa dengan tepung berserbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik
kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.
10) Jangan membuka pintu
ketuhar dalam masa 20 minit pertama semasa membakar kerana pertukaran udara yang
mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam).Suhu ketuhar yang terlalu
panas juga boleh menyebabkan kek tenggelam kerana adunan dipaksa naik terlalu
cepat.
11) Kek span yang tidak
cukup masak atau disejukkan dalam udara kering menyebabkan kek kecut dan
berkedut.
12) Pastikan kek betul2
masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar.Cara yang baik untuk memastikan kek sudah
masak,ialah dengan mencucuk pencucuk kuih di tengah2 kek.Jika alat penguji kek
ini bersih,ia menunjukkan kek boleh di keluarkan dari ketuhar.
13) Kek span elok di makan
pada hari ia di buat.Kek menggunakan mentega pula elok di simpan di dalam bekas
yang kedap udara untuk beberapa hari.Gingerbread atau kek buah-buahan yang
semakin sedap ialah apabila di simpan lebih lama.
14) Kek dan biskut tidak
boleh disimpan di dalam bekas yang sama kerana biskut akan lemau.
15) Yis basah mestilah
bewarna putih dan kekelabuan.Ia mesti naik dan berbuih apabila dimasukkan
kedalam susu atau air suam dalam masa 10-15 minit.Jika tidak,yis itu sudahpun
basi.
16) Akhir sekali,pastikan
air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus
kek.
Selamat Memasak (sumber
majalah rasa 2005)
Post a Comment