Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebelum tu QH ingin mengucapkan terima kasih
bebanyak kepada sesiapa yang sudi singgah ke sini termasuk la teman2 yang sudi
meninggalkan komen di blog ini…QH jugak ingin memohon maaf kerana belum
berkesempatan lagi untuk menjenguk dan berjalan2 pula ke blog teman2…nanti QH
akan cuba usahakan juga untuk berkunjung balas yer…rindu rasanye pada semua teman2
blogger yang lain…entah berapa banyak la QH terlepas dengan resepi yang sedap2
tu…
Biase la bile berhijrah ke tempat baru ni…tak
semena2 kita akan jadi macam bodo2 gitu…hehehe…banyak benda baru kena belajar…kita
pon akan menjadi sebaik2 umat la…tak buat perkara2 seperti kebiasaan tu…hihihi…padahal
tangan ni dah gatal dah nak menekan blog dan FB…siap bawak bekal ipad lagi…tapi
tu la terpegang la pulak…tapi masih bersabar lagi…nak skodeng dulu…nanti bile
dah otai sikit…seminggu dua lagi ni…baru la nak naik toncang pula…hahaha…
Hari pertama ditempat baru memang agak membosankan…terasa
masa begitu panjang sekali…letih menunggu masa nak balik ke rumah…tak seperti
sebelum ni…masa amat berharga sekali…waktu rehat 1 jam tu pon…QH rasa macam 3
jam la pulak…hehehe…sempat lagi menyinggah ke KK Home Deco tu terletak dekat
sangat dengan opis…sempat menghabiskan jelajahan 1 kedai kat situ…kalau di opis
dulu…tak cukup masa rehat…hahaha…
Dah ade dah ternampak barang2 yang QH berkenan
disitu…cuma hari ni takde mood untuk membeli…tunggu la Jumaat ni…nak memborong
sikit kat situ…kebetulan QH pon memang dah lama tak membeli pinggan2 untuk blog
QH ni…jemu jugak asyik guna set yang sama aje…alasankan…hahaha…memang semakin
over bajet la dibuatnye setiap bulan…hehehe…
Ok la jom hari ni kita bersarapan dengan lempeng
pisang yang agak geseng tu sikit…hehehe…bukan hangus atau rentung yer…tapi
sedap tau…yang macam ni la lagi sedap…agak garing sikit2 tu…lempeng pisang ni
sedap di makan panas2 tu…baunya pon semerbak 1 dapur…wangi dan sedap…menjadikan
perut ni tak sabar untuk menikmatinye…
Resepi lempeng ni bukan ciptaan sendiri…hehehe…tapi
QH ambil dari blog Potret Kasih…berkenan sangat masa duk skodeng resepi dari
blog ni…banyak jugak resepi2 lain yang sedap2 dari pandangan mata QH ni…hihihi…tapi
tu nanti QH akan cuba…pada empunya resepi ni…QH mohon untuk kongsikan dan
panjangkan pula resepi ni di blog ini yer…terima kasih bebanyak…
Jom skodeng ape bahan2 yang diperlukan untuk lempeng
pisang ni…selamat menjamu mata yer…hihihi
Lempeng
Pisang
Bahan2
1 1/2 cawan tepung
gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek!
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong
sedikit butter atau minyak
secubit garam
Cara penyediaan
1. Satukan tepung,
telur, garam, air, gula dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2
kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
3. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
4. Balikkan. Masak seketika dan angkat!
Post a Comment