Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua…
Sedar tak
sedar hari ni dah Jumaat rupanya…alahai cepatnye minggu ni berlalu pergi…keadaan
jalan pon dah mulai sesak sekarang…baik pagi mahupon petang…lebih2 lagi
disekitar tempat2 tumpuan untuk bershopping…opis QH berdekatan dengan kawasan
tu semua…jadi hari2 dengar bunyi kenderaan yang lalu lalang di luar tu…dengan
bunyi honnya lagi…di Kuala Lumpur ni tempat tumpuan yang selalu menjadi pilihan
untuk bershopping sempena hari raya ni dah tentu la Jalan TAR dan SOGO…QH pon baru sekali jer menjejakkan kaki di
sekitar Jalan TAR tu…tak larat pula nak berjalan lama2 dan bersesak kat situ
tahun ni…

Tidak seperti di tahun2
sebelumnye…kalau Sabtu dan Ahad aje setiap minggu di bulan puasa ni mesti nak
ke sana jugak…pagi2 lagi dah keluar sampai la ke petang baru teringgat
rumah…hahaha…memang berbeza pada tahun ni…berjalan sikit mesti nak cari tempat
duduk lepas tu…mungkin factor usia kot atau ngada2…hihihi…pilihan QH sekarang
nak tempat yang beraircond aje…macam puteri lilin la pulak kan tak boleh nak
kena panas sikit…hehehe…bukan berlagak tak tentu pasal tapi tak tahan panas...lagi satu dah nak dekat raya ni kesihatan perlu dijaga...takut nanti demam la pula masa raya tu nanti...dah nanti tak best la kan...tempat beraircond yang menjadi pilihan tu dah tentu la SOGO…yang tu
pon paling dekat…boleh la buat cuci2 mata ni kan dan memanfaatkan masa rehat yang ade tu…

Ok la…masa agak tidak
mengizinkan pula untuk berceloteh lagi panjang lagi…hari ni QH nak kongsikan
resepi Biskut Aiskrim Oreo pula…resepi ni QH ambil dari blog CikWan@DapurCikWan…resepi ni juga ade termasuk dalam majalah Aroma Edisi Ogos 2012 juga tau…boleh
klik kat link tu yer…awal2 lagi masa CW tayang biskut ni hati memang dah
berkenan sangat nak menyuntingnye…sedap dan rangup biskut ni…lagi 1 sebab ade
oreokan tu yang buatkannya lagi sedap…untuk biskut ni QH ikut keseluruhannya
macam yang CW buat…bab deco pandai sendiri yer…lagi kalau ade yang berminat nak
acuan macam yang QH gunakan tu boleh la klik link ni yer…Loyang Kuih…QH beli
online di FB…
Baik la pada CW…tahniah yer
QH ucapkan sebab berjaya muncul di Majalah Aroma Edisi Ogos 2012…semoga CW akan
lebih sukses dan berjaya lagi…dan semoga lepas ni akan muncul di majalah2 lain
pula yer…dapat la tengok dan kenal gerangannye rupa CW ni…comel loteh dan putih
gebus orangnya…QH mohon untuk tepekkan resepi biskut yang sedap ni di sini yer…jom
tengok ape bahan2 yang diperlukan tu…selamat mencuba tau…
BISKUT AISKRIM OREO
Bahan-bahan;
170 gm
tepung gandum
20 gm
tepung ubi
20 gm
tepung jagung
¼ sudu teh
serbuk penaik
110 gm
mentega
70 gm gula
aising
6 keping
biskut oreo
20 gm lemak
sayuran
1 sudu teh
esen vanila
250 gm
coklat putih
Manik gula
warna-warni
Cara-cara;
1.
Kisar halus
biskut oreo.
2.
Ayakkan
semua jenis tepung bersama serbuk penaik.
3.
Pukul
mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan
gebu.
4.
Masukkan
adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan mentega tadi.
5.
Adunkan dan
uli sehingga menjadi doh.
6.
Canai doh
dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim
7.
Bakar pada
suhu 180°c selama 15-20 minit.
8.
Setelah
sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan.
9.
Taburkan
manik gula warna-warni.
10. Keringkan dan simpan di
dalam bekas kedap udara
Post a Comment