Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT CAPPUCINO SLICE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Ape khabar semua…kembali bersiaran pada hari ni di Ramadhan yang ke -27…nampaknya tinggal lebih kurang 2 hari saje kita dah nak berayakan…macam mane dengan persiapan dah lengkap ker belum…harap tiada yang tertinggal la yer untuk disediakan…hehehe…

Masih ade lagi ker yang sedang sibuk untuk menyiapkan biskut raya…dah berapa jenis la agaknya tu yer…QH pon diam tak diam 10 jenis jugak biskut raya yang dapat dihasilkan untuk tahun ni…hihihi…sungguh tidak percaya bile melihat hasilnya…betul ker kukis2 tu semua QH yang buat…hehehe…semoga ape yang QH kongsikan dapat dimanfaat dan dicuba oleh kawan2 yang lain yer…sekurang2nya dengan perkongsian tersebut dapatla memberi idea kepada kawan2 yang buntu untuk memilih biskut raya ape yang ingin disediakan dan dihidangkan kepada tetamu nanti…QH izinkan kepada sesiapa yang yang ingin mengambil resepi2 tu semua…empunya resepi asal pon dah lama mengizinkan resepi2nye diambil dan untuk dicuba oleh kita semua…


QH jugak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi mencuba resepi biskut raya dari blog QH ni yer…nampaknya lagi cantik dan comel2 biskut raya kawan2 dari yang QH buat tu…jeles u bile tengok hasilnye tu..hehehe

Oh yer…sekarang ni mesti mood balik kampong pon tak kurang hebatnyakan…sama la macam QH…mungkin malam ni atau besok pagi lepas bersahur tu QH akan berangkat untuk pulang ke kampong di Kluang, Johor…tapi sebelum tu kena pastikan kenderaan kita tu dah diservice dan berkeadaan baik…terutama bagi sesiapa yang memandu dalam perjalanan yang jauh2 tu…ianya penting bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan kita tu tiada ape2 masalah kelak…

Sebelum keluar ke rumah pula kena pastikan suiz2 yang tak digunakan tu perlu la ditutup dan plug2 dicabut…tingkap2 ditutup rapat dan dikunci betul2…bile rumah ditinggalkan lama gas tu hendaklah ditanggalkan saje kepala gasnya…kalau yang menggunakan dapur elektrik senang aje…tanggalkan saje plugnye tu…bagi mengelak sebarang kebocoran atau kejadian yang tak diingini…peringatan2 ni pon untuk diri sendiri jugak…mane tahukan dalam sibuk2 ke barang2 yang ade takut tertinggal la ape…tapi benda2 yang penting di atas tu lupa pula kita nak buat…


Baik la hari ni QH nak kongsikan Biskut Cappucino Slice…ini merupakan biskut terakhir dari QH untuk hari raya ni…hihihi…setakat tu saje yang mampu QH sediakan…resepi ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan…nampaknye tahun ni banyak betul resepi dari Kak Wan yang QH ambil…kebanyakkan resepi2 tu semua dah lama QH simpan sebelum zaman berblog lagi…hehehe…

Kalau nak mudah boleh tengok step by step dari blog Kak Wan tu yer…klik di SINI…QH tak dapat nak sediakan…sebab masa tak mengizinkan…untuk resepi ni jugak QH ikut saje macam mane cara Kak Wan keseluruhannya…pertama kali membuat biskut dengan cara ni jadi tak berani la nak diolah ape2…hihihi…agak mudah jugak buat biskut ni dan tak payah susah2 untuk menerap bagai tu…senang menggunakan loyang cutter tu…sekejap je dah boleh dapat dalam 60 biji kukis ni…hihihi…

Ok la jom tengok resepinye…pada Kak Wan…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada akak sebab sudi berkongsi resepi biskut2 raya ni yang sedap2 dan mudah jugak untuk QH cuba…jika ade yang terlebih atau terkurang tu harap dimaafkan yer kak…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini yer…selamat mencuba semua…


BISKUT CAPPUCINO SLICE

Bahan A
210gm mentega
100gm gula perang
1 sudu teh cappuccino emulco

Bahan B (di ayak bersama)
250gm tepung gandum
90gm tepung jagung
50gm susu tepung
60gm serbuk kacang tanah

Topping coklat
230gm coklat masakan
10gm cocoa butter
(dicairkan secara double boiler)

Hiasan : Jumbo Heart, Croquant

Loyang 10’ x 10’ x 2 dengan cutter – Cara Memasang Cutter

Caranya
1.     Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2.  Alas loyang 10x10 dan alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1” keluar dari loyang.
3.   Ambil doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang. Cucuk permukaan doh dengan garpu.
4.  Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140C selama 40 minit atau sampai kekuningan.
5.   Setelah biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan, ratakan.
6.   Letakkan kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya (jika nak buat marble, lakukan ketika coklat masih cair baru diletakkan cutter).
7.   Masukkan balik cutter ke dalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat membeku.
8.   Setelah coklat beku bolehlah dibuka cutter.


8 comments

ibundo said...

sedapnya nampak!!
selamat hari raya Q

Unknown said...

salam QH
amboii cantik bangat biskut tu macam sayang je nak makan meriah betul kat atas nye colourful gitu tapi macam besar ek nak makan mesti kena bagi dua orang tu kot kan..

Norzie hany said...

Cantik dan kemas aje rupa biskut ni.Selamat hari raya QH.

Mas Sani said...

Salam qh....mas dtg beraya rumah qh boleh? Tak tahan wooo nengoj sekut qh yg sgttttttt cntik...sgtttt menggirukn dan sgtttt menggoda tekak....alahai rajin sungguh qh mcm2 sekut ada hah....

Selamat hari raya maaf zahir dan batin ye, selamat bergumbira bsama kluarga tsayang...
Terima kasih ats pesanan keselamatn didalam rumah :-)

Nur-nba said...

Wah banyak juga kuih raya QH.. Biskut ni sangat cantik.. Nak rasa boleh tak?
Kak Nur pun beraya di Kluang.. hati2 ye memandu.. Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin.

Unknown said...

Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...

kak ina kl said...

salam ziarah
aduhai menarik sungguh kukis ini.

Deesha said...

As Salam.
Nampak sedap dan sungguh menarik biskut ini.
Mohon share ya.
TQ Sis.