BISKUT OREN MAMA CADBURY
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Kembali bersiaran hari ni di Ramadhan yang ke-26…alahai tak habis2 lagi
QH ni dengan biskut rayanyakan… ade lagi ke lepas ni??? yang tu kena tunggu la
yer…hihihi…memang agak penat sebenarnya buat kukis ni…lagi la QH buatnya
sorang2 takde pembantu…segala2nya kena buat sendiri…bab memunggah barang memang
best sangat2 la…satu persatu keluar peralatan yang diperlukan tu…tapi bile bab
mengemas tu…aduyai…berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikulnya…hehehe…QH tak kisah takde pembantu…lebih suka buat sorang2 kukis tu…sebab
nanti tak puashati pulak bile tengok hasil kerja tangan orang lain yang
membuatnya ala kadar saje…tak seperti yang kita mahukan…hihihi…
Dalam membuat kukis2 tu semua…cara yang QH gunakan adalah…di siang hari
tu waktu petang biasenya QH akan mengadunkan terlebih dahulu beberapa jenis
kukis yang ingin dibuat…di sebelah malamnye pula lepas waktu berbuka tu baru la
QH akan mencetak dan bakar kukis tu pula…kalau bakar diwaktu siang tak boleh
nak merasa pula nanti…hehehe…mesti kena rasa entah ape rasanya tu kan…lagi satu
masa tu la yang sedap…dapat rasa kukis yang panas2 kuar dari oven…hehehe…mesti
jiran2 QH rumk dendam hatinya bile terbau2 kukis yang semerbak tu dari rumah QH
malam2…hahaha…
Dengan cara yang QH gunakan tu…rasanya masa lebih jimat dan dapat
menyiapkannye dengan cepat…bile dah siap tu semua baru la fikir cara nak deco
kukis2 tu pula…QH akan siapkan deco kukis tu sedikit dulu untuk di buh ke blog
sahaja… yang selebihnya tu boleh dibuat di waktu lapang2 nanti…QH pon akan
mengukis pada hari cuti saje…Sabtu dan Ahad…tu la cara kaedah yang QH buat…tahun
depan kalau ade yang rajin boleh tiru macam cara QH ni yer…hehehe
Untuk resepi ni QH nak kongsikan pula Biskut Oren Mama Cadbury pula…resepinye
pula QH ambil dari Zack@Aku.Zack...pertama melihat kukis ni hati dah ditawan…tahun
lepas lagi QH dah pernah tengok kukis ni di FB kalau tak silap…tahun ni pula
bile QH sedang mengepos link blog ke FB group masak2…sekali lagi terpandang
kukis ni…terus saje QH cari empunya resepi tu dan follow blognye terus…hihihi…
Menurut Zack resepi ni telah diderhakakan oleh beliau dengan mengolah
biskut tu…resepi asal biskut cheese…tapi telah diolah dengan kukis mama Kak Wan…lagi
sekali kukis ni telah diderhakakan oleh QH pula…hehehe…QH tambah perasa oren pada
kukis ni…bile oren dan coklat bersatu…wahhh lagi sedap tau…hehehe…maaf sila
jangan kecur yer ketika membacanya…hahaha…
Cara yang QH gunakan untuk kukis ni pon berbeza sedikit…dimana QH
membakar kukis tu menggunkab kaedah yang biase…bakar sehingga masak…lepas tu
bile kukis tu dah sejuk…baru la QH letakkan coklat Cadbury diatasnya…gam untuk
melekatkan coklat tu dengan kukis…QH gunakan coklat masakan…buh sedikit diatas
kukis tu lepas tu lekatkan coklat Cadbury pula…siap…tu yang cantik aje coklat cadbury
kat atas kukis tu…derhaka sekali lagi ke atas kukis tu…ikut pada cara masing2
yang mane senangkan…hihihi…
Ape2 pon pada Zack…mohon untuk meletakkan resepi kukis ni di blog QH pula…untuk
dikongsikan pula kepada pengunjung2 blog ni…terima kasih banyak2 atas
perkongsian resepi tersebut yer…maaf sebab terderhakakan kukis ni…hehehe…jom
tengok resepi dan selamat mencuba yer jika punya waktu untuk mengukis lagi….^___^
Biskut
Mama Cadbury
By:
Aku.Zack@zachoes.blogspot.com
Diedit dari Biskut Mama Carrey Citarasawan
50 biji+-
Bahan:
A:
100g butter
50g gula kastor
½ bj kuning telur Gred A @ 1 kuning gred C/D
1/2st esen vanila
1 st perasa oren
sedikit pewarna oren
B:
130g tepung gandum
25g tepung jagung
25g susu tepung
***Ayak dan ketepikan.
Hiasan:
50 biji coklat cadbury (suku daru botol besar tu)
Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut. Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit atau hingga mudah diterap.
4. Canai atas permukaan tak melekat (ku guna marble slab bersih) dan terap bentuk sama saiz dengan coklat. Simpan kembali dalam peti sejuk 10-15 minit.
5. Sementara itu panaskan oven 160C. Bakar adunan 10-15 minit api atas-bawah, rak tengah, hingga separuh masak.
6. Keluarkan tray, sapu putih telur atas biskut. Susun coklat cadbury di atasnya. Bakar lagi 5-10 minit menggunakan suhu atas-bawah, rak paling bawah, hingga biskut kelihatan masak. (See NOTE below) (Cara no. 5 dan 6 QH tak buat...QH bakar biskut tu seperti biase hingga masak...bile biskut tu dah sejuk...baru la QH lekatkan pula coklat Cadbury diatasnya dengan menggunakan coklat masakan yang dicairkan sebagai gam)
7. Sejukkan atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
Note:
- Biskut ini rangup.
- Cadbury memang menggerutu sikit time habis bakar.
- Resepi asal guna cream cheese.
- Oven Elba saya ada 5 tingkat. Pembakaran pertama rak tengah, pembakaran terakhir sy guna rak ke-2 dari bawah. Masih guna api-atas bawah tapi sebab tray jauh dari api jadi cadbury tak cair.
- Sapu putih telur untuk cadbury melekat kat biskut.

Sesiapa nak try yang cream cheese, dipersilakan:
Resepi Biskut Cheese Cadbury
Sumber: Eryna Bizkit
Bahan A
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese
Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung
Bahan C
1 botol coklat Cadbury
Cara membuatnya :
180gm mentega
80gm shortening
90gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu makan esen vanila
70gm cream cheese
Bahan B
400gm tepung gandum
80gm tepung jagung
Bahan C
1 botol coklat Cadbury
Cara membuatnya :
1.
Pukul
Bahan A hingga sebati selama 4 minit
2. Masukkan Bahan B. Gaul rata
3.
Rehatkan
selama 15 minit di dalam peti sejuk
4. Potong mengikut saiz coklat
Cadbury dan susun coklat di atasnya
5.
Bakar
selama 20 minit dgn suhu 40 celcius. Guna api bawah sahaja
Post a Comment