Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua….
Tak
sempat nak bermarathon update blog malam tadi…hehehe…banyak benda pulak yang
harus dibuat dan dibereskan…mata pon tak berapa nak gagah duduk di depan pc
lelama malam tadi…nak mula menaip aje…mula mata ni mengantuk2 manja gitu…hehehe…sudahnya
sampai ke sudah tak siap jugak entrinya…
Mungkin
semalam penat sangat kot…sebab tengah hari semalam QH masih menjalankan misi
untuk last minute shopping…hihihi…tujuan asal nak cari tudung…tapi lain pula
yang dapat…sorang2 aje QH menjayakan misi tersebut…senangkan mane hala tuju
ikut kaki ni aje mane nak pergi…di kawasan Jalan TAR semalam dah mulai sesak
dan semakin meriah…tapi QH tak pergi bazar2 yang ade tu…pergi ke deret2 kedai
yang ade di situ…mane2 kedai yang menjadi tumpuan saban tahun...agak susah
jugak nak menembusinya sebab ramai orang di dalamnye…pelayan2 pon QH tengok dah
tak menang tangan dah melayan customer2 yang ade dengan bermacam ragam tu…
Kalau
dah ade kat Jalan TAR tu ikutkan hati macam2 yang kita kaut bawak balikkan…semuanya
kita nampak menarik aje…pergi la beratus kali pon…mesti ade la yang tersangkut
kat situ…semalam tak nampak barang2 tu tetiba hari ni ade pulak…tu la alasan yang
biasa QH gunakan kalau hubby bising2 atau merungut…hehehe…rasa2nya alasan
setiap orang pompuan kot…
Kalau
berada di JB pulak…QH suka jugak pergi ke Plaza Angsana…memang sangat popular
tempat shopping tu…time nak raya gini kalau tak singgah ke sana macam tak sah
aje…hehehe…macam2 jenis kuih raya ade kat situ…cantik2 dan comei2 biskut
rayanya…memang sangat geram bile tengok…berbeza sedikit biskut raya yang ade di
KL ni…kat JB lagi nampak pelbagai rupa biskut rayanya…kalau tak percaya boleh
la tengok kat sana…dah la pulak tu nama setiap biskut raya tu berbagai2…sampai
yang QH rasa takde kena mengena pon…pasal nak melariskan jualan biskut raya
masing2…hihihi…untuk tahun entah sempat ke tidak untuk sampai ke Plaza Angsana
tu…kat situ jugak kelengkapan hari raya pon boleh tahan jugak tau…macam2 ade…cuma
harganya tu agak lebih sedikit la berbanding dengan KL ni…
Baik
la untuk resepi hari ni QH nak kongsikan pula Munchi Buah-Buahan…resepi ni QH
ambil dari kotak Nestle Cornflakes tu…kalau setiap musim raya kat belakang
kotak cornflakes tu ade pelbagai jenis biskut rayakan…jadi masa membelek2 kotak
cornflakes tu…berkenan dan tertarik sangat tengok biskut tu…nampak sedap…kebetulan
bahan2 yang lain memang dah tersedia ade kat rumah tu…jadi tinggal beli
cornflakesnya saje…raya kalau takde biskut cornflakes kat rumah rasanya macam
tak lengkap aje kan…mesti nak kena selitkan biskut cornflakes kat situ…baru la
nampak sempurna…hihihi…
Jika
ade yang berkenan dengan biskut ni boleh la mencubanya yer…biskut nip on tak
susah atau rumit pon nak buatnya…cuma rasanya tu agak manis sedikit sebab QH
menggunakan mix fruit…selain tu QH tambahkan hirisan badam sedikit…yang tu takde
sukatan…ikut suka nak letak banyak mane…hihihi…biase la QH ni kala tak menderhakakan
resepi orang memang tak sah…hahaha…ade aje yang nak ditokok tambahkan…untuk
biskut ni QH masukkan dalam cup…kalau ikutkan resepi asal tak perlu pon buat
macam tu…jom la kita tengok ape bahan2nya yang diperlukan tu…selamat mencuba…terima
kasih Nestle Cornflakes ke atas resepi tu yer…
FRUIT CLUSTERS / MUNCHI
BUAH-BUAHAN
By:
Nestle Cornflakes
Bahan A
100
gm mentega
4
tbsp golden syrup
50
gm gula kaster
1
biji telur
1/2
tsp esen vanilla
Bahan B
120
gm tepung gandum
3/4
Nestle Cornflakes yang dikisar halus
25
gm kismis
25
gm kurma, dicincang – QH guna mix fruit
2
cawan Nestle Cornflakes yang dikisar kasar
4
buah ceri merah, dipotong kecil – guna mix fruit
Hirisan
badam – ni QH tambah ikut suka
Caranya
1.
Gaul bahan A sehingga sebati
menggunakan mesin pengadun.
2.
Kemudian
gaul dan uli campuran B sehingga sebati.
3.
Campurkan
Nestle Cornflakes yang dikisar ke dalam adunan.
4.
Sapukan
1 camca teh mentega di atas dulang, letakkan adunan dan hiaskan dengan buah
ceri.
5.
Bakar
di dalam ketuhar bersuhu 180C selama 15 hingga 20 minit.
Post a Comment