Qasey Honey. Powered by Blogger.

ACAR a.k.a JELATAH a.k.a PENCUK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu lagi untuk kesekian kalinya…apa khabar semua?? Diharap semua diberikan kesihatan yang baik2 saje…diharap juga semuanya dapat menjaga kesihatan diri masing2 waktu ni…maklum la sekarang ni…elok2 cuaca panas…tetapi bile terpandang semula keluar…hujan pula dengan selebatnya…begitu juga sebaliknya…

kalau di KL ni macam tu la keadaannya sekarang…sudah beberapa kali juga QH sendiri terkena…keluar lunch cuaca sangat2 elok memang tak sangka la akan hujan nanti…tapi bile tiba nak balik ke opis semula…diluar tu hujan dah mencurah2meyimbah ke bumi…mula la berlari2 anak…hampir kuyup jugak la…sebab takkan setiap kali hujan…setiap kali tu juga nak beli payungkan…jadinya sekarang kena la sediakan payung sebelum hujan kalau nak keluar tu…amat tepat sekalikan pepatah melayu tu…


Baik la seperti yang dijanjikan semalam…hari ni QH nak kongsikan lagi satu menu yang QH gandingkan bersama dengan Nasi Serai dan Ayam Laksamana untuk hidangan raya haji tempoh hari…sengaja QH mengasingkan menu2 tersebut…sebabnya ke semua menu tu tak semestinya akan digandingkan bersama jika mahu membuatnya…kita boleh cuba dan gandingkan jugak dengan menu yang lain serta sesuai dengan hidangan tersebut…semuanya terpulang kepada citarasa sendirikan…

Ok la…di sesetengah negeri mungkin panggilannya agak berbeza sedikit…walaupon ianya adalah makanan yang serupa sebenarnya…seperti juga dengan resepi pada hari ni…ade yang panggilnya acar timun…ada yang kata pencuk…tak lupa juga ada yang panggilnya jelatah…kalau di Johor ketiga2 nama tersebut tidak la begitu asing sebab di Johor pon terdapat pelbagai jenis bangsa…ade jawa, bugis, banjar dan melayu…


Acar/pencuk/jelatah ni sebenarnya sebagai makanan pelengkap bagi sesuatu hidangan…sesuai dimakan dengan ape jua jenis nasi sekali pon…nasi putih boleh, nasi minyak, nasi beriyani, nasi tomato dan yang lain2…

Tak susah untuk menyediakan acar ni…tak perlu dimasak pon…biase tengok mak QH atau pak mertua QH buat…cuma kali ni QH buat menggunakan timun jepun…timun jenis tak banyak biji dan tak perlu dibuang pon bijinya…ianya juga agak rangup bile dimakan serta kurang berair…krup krap2 jika mengunyahnya…tu la yang sedap…kalau nak buat acar ni sebenarnya takde sukatan yang tertentu pon…ianya main agak2 saje kalau tengok mak QH buat la dan dirasakan sesuai…jika ingin mencuba boleh la tengok resepi dan cara yang QH gunakan yea…


ACAR TIMUN/PENCUK/JELATAH

Bahan2
1 biji timun jepun – lebih pon boleh
1 biji lobak merah
1/2 biji nenas
11/2 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Air kapur secukup 


Caranya
Bawang besar dan lobak merah dimayang halus.
Hiris nipis timun secara bulat dan tak perlu buang bijinya sebab timun jenis ni tak banyak biji.
Hiris nenas dan pastikan buang bahagian tengahnya.
Bersihkan dan rendamkan bahan2 hirisan tadi ke dalam besen bersama dengan air kapur secukupnya. Lebih kurang 30minit. Tujuan untuk membuatkan sayur tu semua rangup bile dimakan.
Bersih dan tapiskan sehingga kering.
Gaulkan bersama gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Rasa dan jika dah ok sedia untuk dihidang.


Dibawah ni adalah link menu yang QH gandingkan bersama dengan ayam laksamana di atas:
Nasi Serai
Ayam Laksamana

14 comments

kasihredha said...

Akak panggil acar :)
Unik le mangkuk merah tu.

Choco Ani said...

Memang sedap jelatah tu.. pelengkap hidangan.. ;)

Marsita Yahya said...

acar...kalau makan tak leh berhenti...

asyifamustaffa said...

Selalu time kenduri kendara kat kg...menu nie msti ada....
Cntik la mangkuk merah tu....unik!

Norzie hany said...

Kalau pergi kenduri kahwin mesti ambil jelatah ni lebih2....sedap meratah.

yan's cottage said...

yan pun suka jelatah nie......tapi di sebelah utara kita tak pakai cuka tapi oren sunquik sebab tak semua orang tahan dengan cuka nie......

Anonymous said...

alamak terliur lah pulak, ktorg panggil jelatah, ada setengah org letak kacang tumbuk atas dia, pun sedap jugak, mcm terbayang2 nasi minyak dgn ayam masak merah kawan kan dgn jelatah, alahai tembam lah hihi

haa sekarang ni cuaca tak menentu, kekadang lunch pun tak dpt keluar sebab hujan kan, terpaksalah tahan perut kruk krak sebab tak dpt makan

JaSSNaNi said...

nani suka acar ni.. sbb ada nanas..
tapi skrg mak/mil/fil pesan jangan makan nenas lagi.. (mentah)
sooooo dah lebih 6 bulan tak sentuh nenas ni.. walaupun itu la
fev buah nani.. oooooo lambat lagi leh makan..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam qh
smln hujan lebat betul ka akak kena jg tempiasnya walau berpayung he he hari ni dah sol sek kepala pun denyut2 hu hu
sedap acar ni akak suker mkn dgn nasi tomato

Delima Zamrud said...

D5 suker nie ratah camtu aje pun sedap kan QH :D..

Nieda said...

best baca entry ni , tulisan besar2 senang nak baca.

Love2cook Malaysia said...

Pass me some dear...nak ratah! :)))

Join my Blog Event:~ DEEPAVALI DELIGHTS 2012

Wattie said...

Assalamualaikum QH,
Sebelah utara ni kita panggil jelatah, terkadang tu acar jeruk. Kalau kenduri kendara, jelatah ni la yg kerap digandingkan dengan nasi

Mas Sani said...

sedapnya makan acar nie dengan nasi minyak n ayam masak merah! sedap...sedap..sedapppp :)