Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Kembali bertemu pada hari ni…
Nampaknya dari kelmarin sehingga la semalam…ramai
rakan2 blogger yang menghadapi masalah untuk mengupload gambar di blog kerana
sudah memenuhi kuota yang diberikan…
QH berharap hasil perkongsian mengenai Tutorial BilePicasa Album Penuh (boleh klik link tersebut)…dapat membantu rakan2 yang
mengalami masalah tersebut yer…
Pada yang berjaya Alhamdulillah…sekarang masalah
anda sudah selesaikan…percuma pula tu…hehehe…tapi bagaimana pula yang kurang berjaya
atau gagal tu pula?? banyak jugak QH mendapat feedback dari blog dan juga FB
mengenai masalah tersebut…
Bile dah diajukan dengan pelbagai soalan kenapa
masih tidak boleh tu…QH memikirkan jugak kenapa boleh jadi begitu…rasanya macam
nak datang dekat dengan anda semua dan kita buat sesama aje…timbul perasaan
bersalah la pula bile ade rakan yang gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut…
Pada QH...yang tak berjaya untuk menyelesaikan
masalah tersebut…QH berharap supaya cuba lagi…jangan putus asa…insyaAllah ianya
akan berjaya juga nanti jika anda bersabar dan mengikut langkah tersebut satu
persatu…
Tanye la QH jika ade ape2…insyaAllah QH akan
menjawab pertanyaan tersebut…QH pon tak la pandai mane pon bab2 ni…tapi boleh la
menjawab berdasarkan dari pengalaman yang QH ada dan telah QH hadapi tu dulu…jangan
bersedih yer…
Mungkin kalau dengan cara QH tak berjaya…mungkin ade
juga tutorial yang lain dari mana2 blogger…yang tu kena minta Si GOOGLE tolong
carikan la…hihihi…
Baikla…tinggalkan sebentar masalah di atas tu yer…jom
kita tengok resepi yang QH kongsikan untuk hari ni…
Kali ni QH nak kongsikan resepi olahan daripada
resepi asal…tak ubah banyak pon…cuma dari segi warnanya saje…resepi asal untuk
kek lapis ni QH ambil resepi Kak DJ@Dapurku Sayang…iaitu Kek Lapis 4 Rasa yang
pernah QH buat sebelum ni…kali ni QH menrainbowkan pula warna kek lapis ni…
Sesaje jer nak mengubahnya sedikit…sebab dah jatuh
cinta dengan resepi asal kek lapis ni…pula tu pertama kali buat kek ni ianya
menjadi…hehehe…sebab lain pula adalah bahan2 untuk kek ni memang sudah tersedia
di rumah…tak perlu la lagi membeli bahan2 yang lain kalau mencuba resepi yang
berlainan…target QH hanya satu…sekarang ni adalah masa untuk menghabiskan stok
bahan2 yang sudah tersedia tu aje…takut sampai tarikh luput dah jadi membazir
la kan…hihihi…
QH pon ade juga sedikit tips untuk dikongsikan untuk
memastikan supaya setiap lapisan kek tu sama rata ketebalannya dan juga lapisan
tu akan sama rata atau sebaris garisan lapisan kek lapis tu…
Untuk kek lapis ni QH buat 6 kaler…jadi setiap kaler
tu QH bahagikan pula kepada 2 pula…selepas tu tuangkan adunan tersebut
ditengah2 loyang…selepas tu baru la diratakan dan ketepikan adunan dengan
menggunakan spatula…insyaAllah lapisan kek tu akan rata…berbanding jika kita
menggunakan sudu…
Pada yang ingin mencuba dipersilakan yer…sangat
berbaloi tau…puas nak menghabiskannya…hehehe…kalau nak buat ½ adunan pon boleh
jika sebagai permulaan untuk belajar nak melapis kek ni…jadi tidak la membazir
jika tidak menjadi…pastu guna loyang yang sesuai…
Tapi QH berani jamin la…anda semua mesti boleh dan
menjadi la jika buat kek lapis tu nanti…yang penting bersabar ketika proses
membakar kek ni…selapis demi selapis sampai siap…setiap lapisan kek ni QH
sapukan secara selang seli antara butter dan filing oren…jangan takut kek tidak
manis pon…buat sampai siap…atas sekali kek ni QH sapukan butter bagi permukaan
tu berkilat dan lembab…
Terima kasih bebanyak yer kak DJ kerana sudi
berkongsi resepi kek lapis ni…QH mohon untuk meletakkan resepi ni di sini pula
yer…
Jom tengok resepi…
Kek Lapis 4 Rasa
By: DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan : loyang 8" x 8"
10 biji
telur gred A
500 g
mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) – QH guna
SCS
300 g
tepung hongkong/tepung gandum (diayak) – QH guna tepung gandum
150 g
gula kastor
100 g
serbuk horlicks
150 g
serikaya
300 g
susu pekat manis
1 sudu
besar ovalette
1 sudu
kecil esen vanilla
1 sudu
besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) – kalau
buat kaler rainbow yang ni tak perlu
1 1/2
sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan
coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan
pewarna coklat atau browning sugar – yang ini juga
1 sudu
kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu – yang ini
juga
Filing
oren secukupnya – yang ni QH tambah
Color
rainbow atau pelangi
Merah
Oren
Kuning
Hijau
Biru
Ungu
Cara-cara :
1.
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
2.
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat
hingga putih berkrim.
3.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
4.
Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
5.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati.
6.
Bahagikan adunan kepada 4 (6)
bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian
lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan
nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. (adunan
dikalerkan mengikut warna pelangi)
7.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya.
Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau
ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas
(suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). (Untuk
cara ni bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. Untuk setiap warna tersebut
QH bahagikan kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu yer..)
8.
Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai
habis.
9.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas
sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
10. Setelah
masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk
lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu
berkilat)
11. Cara-cara
menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap
dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
NOTA :
- Gunakan
mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap.
- Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan
sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan
butter dan jem secara berselang seli pada setiap lapisan. Contoh jem, butter,
jem, butter sampai habis)
- Boleh
juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek
terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2.
- Suhu
bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri.
- Sukatan
gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri.
- Untuk
menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan
sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH
ikut cara ni)
Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan
bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum
dan menyelerakan.
Ringkasan cara penyediaan yang QH gunakan:
1. Memula sekali bile adunan kek ni dah siap diadun, timbang
keseluruhan adunan tersebut.
2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian atau
kaler yang kita nak. QH buat 6 kaler dan bahagian.
3. Warnakan adunan tersebut satu persatu.
4. Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH bahagikan pula
adunan tersebut kepada 2.
5. Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang kita nak
gunakan. Ratakan.
6. Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar selama 20 minit
dengan suhu oven 150C. Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman sedikit
untuk menampakkan garisan lapisan kek tu nanti.
7. Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan jem atau filing
perasa oren secara berselang seli. Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua
pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga habis.
8. Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan butter untuk
menampakkan kek tu berkilat dan dan lembab. Siap.
Post a Comment