Qasey Honey. Powered by Blogger.

LOLIPOP COKLAT OREO



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bersua kembali pada hari ni…diam2 tak rupanya kita sudah berada di minggu kedua bulan November…cepatnya masa berlalu…hari ni juga merupakan hari terakhir bagi sesi persekolahan untuk tahun 2012 ni kan…tentu anak2 yang paling gembira di saat ini…dapat bercuti panjangkan sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan…mesti mereka juga dah mempunyai agenda yang tersendiri…tak lain tak bukan untuk mengajak ibubapanya bercuti dan berjalan2 la kan…hehehe…

Tak dilupakan juga buat adik2 yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan bakal menduduki STPM…semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan apa yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan pada peperiksaan ni…sebelum menjawab soalan tu baca la doa terlebih dahulu dan semak dahulu soalan2nya…bile dah habis exam nanti boleh la awak tu semua enjoy…^__^


Hari ni merupakan entri terakhir dari QH…bukan merajuk atau nak berhenti berblog…tetapi ingin berehat sebentar…QH perlu menyiapkan beberapa projek minggu depan dan disampaing itu juga QH bercuti panjang sikit untuk pulang ke kampong di Kluang…insyaAllah yang itu nanti QH akan kongsikan di sini yer…jika ade masa dan kesempatan QH akan berlegar2 jugak di ruangan internet ni dalam tempoh tersebut…diharap anda semua masih sudi singgah ke sini walaupon tiada resepi baru yang dapat QH sediakan yer…

Sempena entri terakhir ni QH sediakan Lolipop Coklat Orea untuk tatapan semua…coklat ni dah lama dah QH buat…hampir sebulan yang lepas…semasa besday anak bff QH tempoh hari…boleh lihat di SINI yer entri tersebut…disamping buat rainbow kek…kebetulan edible image yang QH tempah tu ade lebih QH buatkan lolipop coklat ni untuk anak2 bff QH tu…

Edible image yang QH tempah tu memang pakejnya begitu…tempah 1 yang besar dan free 8 pcs saiz cupcake atau coklat oreo…kalau berminat boleh la tempah di Edibleimage Printing…ade terdapat banyak design2 yang cantik disitu…sampai tak tahu nak pilih yang mana 1…sudahnya QH minta empunya ni memilihkan 1 design untuk QH tempah…hehehe…harga berpatutan…jika nak tempah design sendiri pon boleh...


Bile lama QH perapkan resepi ni dalam draft di blog…tak disangka2 rupanya Kak Azlita dari Masam Manis pon ade buat jugak…lega…sebabnya macam biase QH tak dapat nak sediakan dan tunjukkan step by step penyediaan lolipop coklat oreo ni…masa amat terhad hari tu…dalam masa yang sama perlu menyiapkan kek yang ditempah oleh bff QH tu…

Jadi pada yang ingin mencuba resepi dan caranya ade QH sediakan dibawah ni…kalau nak melihat step by stepnya boleh la melawat ke blog Masam Manis…terima kasih kak Ita kerana secara tak sengaja dapat menyelamatkan QH…hehehe…jadi tak perlu lagi QH nak buat coklat ni semula untuk menunjukkan caranya satu persatu…^__^…

Ok la…insyaAllah semoga kita dapat bertemu kembali di lain hari dan waktu…salam sayang dan semanis gula buat semua pengunjung blog Qasey Honey…muahhhh

Kemain lagi si budak Ranea ni tengok lolipop coklat oreo dari aunty QH dia...hehehe...banyak buat hal sendiri semasa besday abangnya Reza...^__^


LOLIPOP COKLAT OREO

Bahan2
Coklat compound secukupnya – QH guna jenama Beryl’s
Biskut Oreo secukupnya
Edible image secukupnya
Stick lolipop secukupnya
Boleh tambah cocoa butter jika nak coklat tu nampak berkilat 



Caranya
Coklat dipotong kecil dan cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
Tambahkan cocoa butter jika mahukan coklat nampak berkilat. (QH tak letak)

Setelah coklat benar2 cair masukkan coklat tadi ke dalam piping bag. Ketepikan.

Sediakan acuan untuk coklat lolipop tersebut. Pastikan acuan tadi bersih dan kering.

Kemudian buka biskut oreo tadi dan letakkan stick lolipop di bahagian tengah dan tutup.


Paipkan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam acuan lebih kurang 1/3 sahaja.
Letakkan biskut oreo yang telah diletakkan lolipop stick tadi. Tekankan sedikit.
Letakkan semula coklat cair tadi sehingga menutupi permukaan biskut oreo tersebut.

Kemudian hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar dan ratakan permukaan coklat tersebut.

Simpan di dalam peti ais sehingga mengeras.
Setelah keras keluarkan coklat dari acuan.
Ratakan lebihan coklat tersebut jika ade dengan menggunakan pisau yang tajam.

Sediakan edible image.
Sapukan sedikit coklat cair untuk dijadikan sebagai gam di atas permukaan coklat oreo tadi.
Kemudian lekatkan edible image tersebut dengan kemas. Siap.



18 comments

Marsita Yahya said...

Salam sayang dik,
emm cuti yer..rindu lah nanti. apa2 pun selamat bercuti dan hati-hati di jalanraya ya..sukanya baby tu dapat cokelat..

Gee® said...

Waaa...rajinnya QH mencoklat yer... cantek pulak tu...

Mas Sani said...

bebudak kalo dpt cekelat...hamboi kemain riang! lg2 cekelat yg ada gambor mcm tu...memang seronok la kan hihihi...

selamat bercuti dan beristirehat ye... :)

Rohah said...

cantek coklat..
nak cuti lama ye...selamat bercuti erkk

Unknown said...

rajinnya QH buat ni akak dok berangan je nak buat sejak tengok kt blog masam manis dulu sampai skrg belum jugak jadi nya heee kena kuat azam ni baru jadi kan

Kakcik Seroja said...

Cantiknya coklat tu. :)

JaSSNaNi said...

Jangan kata budak2 suka.. mak budak pun suka kalau coklat gini,, dok gigit2 sikit2 sambil tengok tv.. :) hehehehe.. penah gak wat.. tapi oreo tu saya hancurkan.. jadi campurkan dlm coklat cair, baru letak dlm acuan.. :)

Anonymous said...

alamk spidermen lah, peberet emir ni, coklat oreo ni makan sedap kan, tapi nak buatnya yg malas tu

cocoa butter tu cmana ye qh

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Qh
bercuti panjang..ooppps mesti rindu dgn menu2 QH nanti h hu
akak pun bln 12 baru nk cuti panjang he he
sesuai utk besday anak2 kan, mesti suker ni

Mamasya said...

Aslmkum QH.coklat dg gambar spiderman ni pasti kegemaran kanak2.....
slmt bercuti QH.... nanti kongsi pula cerita2 sepjg percutian.
re; t.kasih atas doa dan ucapan QH

Shiela said...

wahhh.. chomey chomey ceklat tu..

mama leen said...

memang sedap.. mak ranea pun makan gak.. hehe

tun_telani said...

wahh!! cantik!!

kasihredha said...

cantikkkkk
sayang nak makan

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum QH..

Wahhh...rajinnnnn...cantikkkkkk.....

mayangbakingmadness said...

comeinyer lolipop tu Qh..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam QH....
cantik lolipop coklat tu... sesuai buat buah tangan utk budak2 kan...
kemanakah menghilang... lama tak update.. bercuti ye?

Anonymous said...

I think this is among the most important information for me.
And i am glad reading your article. But want to remark on
few general things, The site style is great, the articles is really nice : D.
Good job, cheers
Also see my page > lorenzetti