Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL TELUR PECAH DARAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Entri auto post lagi…hehehe

Sesambil menyiapkan entri…sesambil tu jugak QH melayan cerita hindustan di TV2…untuk melayan mata yang mengantuk ni…baru selesai berBW dan membalas komen di FB…best la pulak cite ni ade bab2 romantik, kelakar sikit2…hihihi…tapi tak tengok sampai habis la…siap saje tugasan…terus tido…sebab besok nak keje...nak tunggu cerita tu habis…boleh jadi terponteng pulak karang…hahaha…QH minat jugak tengok cerita bollywood ni…tapi tengok juga sape pelakonnya dulu dan jalan ceritanya jugak…kalau gaduh2 tu memang tak minat langsung…

Sekian mukadimah untuk hari ni yer…hehehe…


Hari ni QH nak kongsikan resepi yang simple saje…yang pastinya sangat berbaloi…sesekali melayan menu yang sempoi macam ni…boleh membuatkan kita sampai menjilat jari bile menikmatinyakan dan bertambah2 nasi dipinggan…lebih lagi bile tiba musim hujan macam ni…nak masak makanan yang sekejap disediakan dan sedap…pastu boleh la berehat dan bersantai…sesambil bermanja pula dengan selimut pula…hehehe…

Bile tiba musim hujan ni…dugaan juga kepada blogger masakan…kerana bile hujan…cabaran untuk mengambil gambar yang cantik kerana kurang pencahayaan…tu yang kena masak yang simple2…siapkan cepat2 sebelum hujan dan langit gelap boleh la buat photoshot…


Resepi ni QH ambil dari dapur Kak Ummi@Home Sweet Home…tak tahu la bile Kak Ummi akan pulang dari tanah suci Mekah…sebab tahun ni Kak Ummi dipanggil untuk menjadi tetamu Allah SWT bagi menjalani ibadah haji…diharapkan Kak Ummi dan suami akan selamat sampai ke tanah air nanti…semoga keadaannya pon sihat2 saje…

Ok la…mata pon dah sangat menggantuk saat ni…jom la kita tengok resepinya…lauk ni jugak boleh digandingkan bersama ikan atau ayam goreng pon dah cukup…^__^

Pada Kak Ummi…QH nak berkongsi dan memanjangkan resepi ni di sini yer…terima kasih kak…

Maaf jika entri ni agak tunggang terbalik bahasa dan jalan ceritanya...hehehe 


Sambal Telor Pecah Darat

Bahan:-
  • 4 biji telor
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dikisar
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/4 air asam jawa
  • 1/3 cawan air (agak2)
  • 1 keping gula melaka (agak2) - dikerat kecil2
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
1.     Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dengan api sederhana. Kacau dan masak hingga cili pecah minyak.
2.  Masukkan gula melaka dan kacau. Masukkan air asam jawa dan air.
3.   Biarkan mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
4.  Perlahan2 pecahkan kesemua telor. (jangan bertindih). Kecilkan api dan biarkan telor 3/4 masak. Kemudian baru balikkan sebelah lagi perlahan2.
5.   Bila kuah agak pekat, tutup api dan hidangkan.


14 comments

ibundo said...

simpel tapi mengancam. Anak bundo suka makan sambal telur pecah ni. Dah nama pun telur.. apa saja dibuat dengannya sedap..

Unknown said...

salam Qh..
menu yg tak pernah ditolak ni menu cepat dan sedap anak2 suka ni macam ni bak sepiring tkyah masak utk hari ni heeee cantik tu merah akak suka...

Kakcik Seroja said...

Cantik merah sambal tu. :)

Shiela said...

sedap betul nampak ni QH.. thanks for the idea darling.. :)

Marsita Yahya said...

Salam sayang Qasey , emm merah nyer...mesti pedas melaha ni org N9 kata...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum QH..

Wahhh sedapppp..sungguh membuka selera..

JaSSNaNi said...

adoiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!
terliur lah... tak tahan tengok sambal merah tu..
hmmmm macam mana ni? nak gak wat camni .. nak balik beli telo lah.. stok telo dah abis.. :D balik keje kang boleh dinner sambal telo.. :D

ucubakery said...

salam QH....
antara tamil n hindustan..ucu lebih suka cerita tamil sbb selalunye jln cerita dia best w/pun pelempag blm sampai pipi bunyi dah dengar...hahahaha...kalau hidustan kureng le...

w/pun x dpt rasa ucu dah tahu mesti sedap punya lah...kalau ucu mkn suka curah kicap...

yan's cottage said...

salam QH....
his...sambal telor pecah nie memang makanan kegemaran family yan nie......

Gee® said...

sedapnyaaaa...

kasihredha said...

Sedapss
Suka piring2 Kat atas tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kalau menu mcm ni memang sesuai time musim2 ujan kan... msk simple2 pastu leh rehat cepat2.. hehehe...

Mas Sani said...

kenapa namaya smbl telor pecah darat? nak tau gak ni... :)
tp kan mkn nasi dgn lauk smbl telor tu pun dh cukup sedap sgtttt... :))))

Jujue Ahmad said...

salam, sdp pulak tgk sambal telur tu dgn merah cmtu sedap je kn mkn..
jue suka ikuti blog akak nnti blh la akak melawat dan jd follower jue pulak ye.. tkasih..