Qasey Honey. Powered by Blogger.

AGAR-AGAR BUAHAN SEGAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali di ruangan alam maya ini…semoga semua berada dalam keadaan sihat2 sahaja…QH masih dalam mood keletihan dan kurang rajin lagi…hihihi…rindunya QH pada kamu semua…adakah kamu juga begitu?? harapan…harap2 begitu la yea bukan sebaliknya tau…^__^…

Nampaknya beberapa hari lepas blog ini kembali sepi dan menyepi sekali lagi…itu semua sudah termaklumkan sebab tiada entri baru yang wujud untuk beberapa hari ni…balik2 bile buka blog ini resepi masih tidak berganti atau bertukar kepada yang lain…nak buat macam mane tuan rumah agak kesibukan kebelakangan ini…ke manakah agaknya menghilangnya tuan rumah ni yer??


Untuk pengetahuan semua beberapa hari yang lepas QH terlibat dengan tugasan diluar…bertugas diluar daerah dan negeri…bukan luar Negara yer…hihihi…QH berada di Ipoh, Perak selama 4 hari 3 malam…bermula dari hari Rabu hingga Sabtu yang lepas…kalau bercuti memang bestkan tapi sebaliknya kerja…selama berada disana QH dengan rakan2 pejabat yang lain berulang alik dari Ipoh ke Kuala Kangsar untuk membuat beberapa persiapan…bersempena majlis bersama Perdana Menteri…kalau rajin nanti QH akan buatkan entrinya yer…tapi rasa macam tak rajin la pulak…hehehe…


Selama berada di sana…memang sangat2 penat…bile hari2 berulang alik dari Ipoh ke Kuala Kangsar…tempat menginap di Ipoh tapi majlisnya di Kuala Kangsar…awal2 pagi lagi dah bergerak ke sana…bile sampai di hotel semula disebelah petangnya mula la nak cepat2 mencari bantal…nak berehat dan tido puas2…hehehe…kulit pon agak kegelapan sikit dah bile hari2 berjemur di tengah padang di bawah khemah yang sangat panas…tak rasa langsung angin bertiup dan lalu lalang ketika tu…^_^

Banyak lagi peristiwa2 yang berlaku dan terjadi ketika di sana…tapi nanti la kalau rajin akan bersambung semula cerita ni yer…hehehe


Jom kita sejukkan tekak kita pada hari ni dengan menu yang QH sediakan untuk hari ni…kali ni Agar-agar Buahan Segar menjadi pilihan QH pula…melihatnya saje agar2 ni kita dah terasa terliurkan…nak pula dinikmati ketika cuaca panas dan dimakan sejuk dicampur pula dengan buah2an segar…haiiii berdesup2 agar2 ni masuk ke mulut…seolah2 ianya menari2 di tekak…saje aje nak bagi kawan2 geram…sila terliur dan kecur yea…hehehe


Untuk resepi agar2 ni QH ikut seperti dibelakang bungkusan serbuk agar2 tersebut…penyediaannya pon senang…jika mengikut dan membaca arahan dengan betul…pasti akan menjadi agar2 ni…pastu boleh la nak tambah ape yang patut mengikut selera masing2…anggaran untuk sebungkus agar2 ni dan menggunakan acuan seperti QH ni…boleh dapat dalam 10 ketul…nak banyak boleh gandakan adunan tu yea…pasti berbaloi dan akan teringat2 akan rasanya yang sedap tu…tak percaya boleh cuba…hihihi…

Ianya juga sesuai jika nak dijadikan dessert untuk diletakkan di meja makan pengantin atau ape2 saje majlis yang bersesuaian…cuma perlu letakkan di dalam gelas ataupon botol…pasti ianya menjadi rebutan tau…resepi agar2 ni QH sediakan di bawah ni yer…


AGAR-AGAR BUAHAN SEGAR

Bahan2
10gm Konnyaku Jelly
250gm gula
950ml air
1 sudu jus lemon
Buah Strawberry
Buah Kiwi
Limau mandarin dalam tin – Brand Hosen
Nata de Coco

Caranya
1.   Campurkan serbuk Konnyaku Jelly bersama gula. Ketepikan.
2.   Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan campuran serbuk jelly tadi sedikit semi sedikit ke dalamnya hingga rata selama 8 minit. Jika mahu tambahkan warna atau perasa.
3.   Masukkan potongan buah-buahan ke dalam acuan dan tuangkan konnyaku jelly ke dalamnya.
4.   Biarkan seketika di luar sehingga wap hilang. Masukkan acuan tadi ke dalam peti sejuk selama 1 – 2jam atau sehingga beku dan sejuk sebelum disajikan. 


22 comments

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pasti segar je kan bila masuk tekak...
wahh.. jauhnya import petugas dari sini ye... takde ke org kepercayaan di ipoh sana utk siapkan tugasan? hehe...

Shiela said...

Assalam.. Good Morning adeq maniss.. nyaman jer tekak kalau dapat agar agar buah tu.

Anonymous said...

morning qh

lately byk blog yg tak berupdate, nak bw pun tak tau nak jalan ke mana

sedapnya agar2 tu, eh nak tanya mould tu guna mould cmana ye, mcm comel je tgk bentuk agar2 tu

Gee® said...

slrupppp... yummeh!!

Unknown said...

alahai comey dan menarikss sangat akak baru habis kerja luar jugak sapu dan mop hahaha tengok agar2 macam nk telan je semua tu nak buat jugak lah sbb serbuk agar2 ada rasanya dlm lemari tu,,

asyifamustaffa said...

Sedap ni mkn time cuaca pnas2.....
Tp klau da tringin....x kira cuaca sejuk atau panas.....makan aje.....:-)
Simpel je resepinya ya....

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum...
lawa nya agar2... sayang nak makan dah cantek camni.. tapi berselera sungguh la.. wane wani buah2 tu..

Mas Sani said...

Yelah kalo buat pencuci mulut tuk pengantin memang sesuai sgt...sedap pun sedap, lepas tu sejuk je tekak hehehe...
nak 4 ketul boleh?
patut ler tuan rumah senyap upenya kerja luar negeri ye hehehe...

hazila said...

Memang cantik kejadian agar agar buahan segar ni. Terasa nyaman je tekak kalau dapat merasa seketul dua...

asmahyusof said...

Salam cyg QH....
sedap jer kalau mkn petang2 nie...terus laju msk dlm mulut :)

yan's cottage said...

salam QH...
bila tengok buah2 segar tu...kat dalam jely mmmmm....segar dan nyaman je...rasanya..

Si Matatajam said...

Sejuk ja tekak kl mkn agar2 ni yek QH.. Unik la pict agar2 dicucuk paku tu....

Unknown said...

QH kalau masak, sape boleh lawan? Gitu juga foto2 ni, menarik sgt....

Rohah said...

ceria akak tgk agar2 QH ni..kaya ngan buah2an segar..

Hasidah Bt Awang said...

emm kecur liurku..heheh

ibh_sue said...

Kreatif tau..(^_^)

dZana said...

aslmkum QH.. dessert cam ni mmg mnyegarkan.. boleh mkn byk2 .. hihihi.. sibuk dgn majlis persatuan bekas prajurit ke masa tu..

Love2cook Malaysia said...

My favourite Konnyaku Jelly with fresh fruits! Selalu buat...cepat habis...hehe!

Cantik QH buat!

ogyep yummy mellow said...

very d colourful gitu... tapi kan, tang screw & paku tu... look so ganas tau.. macam x nak kasi orang makan aje.. sabor je la..

Unknown said...

cantik la..
nak cuba lah agar-agar ni..mesti anak-anak suka

rahel said...

Cantek sangat agar buahan segar ni Qasey...bole nampak buah2an tu..menyegarkan mata...

Leen Loyangkuih.com said...

cantik..menyelerakan..:)