Qasey Honey. Powered by Blogger.

ASAM PEDAS IKAN KERISI BERSAMA SAWI JERUK ASIN




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Aduhhh broadband buat hal yea dia…entah ape la nasib bile kedua2 broadband tidak berfungsi dengan setimpalnya…langsung takde connection…seharian hari ahad tak dapat nak online…sepatutnya entri ni nak ditayangkan semalam lagi…tapi terpaksa ditangguhkan sehingga ke hari ni…

semalam nak guna line tenet di opis…line disekat2 la pula…FB masih ok lagi itupon harus berkali2 refresh…blog2 pon ade yang nasib2 aje dapat dibuka…yang kelakar blog sendiri pon tak berjaya untuk ditembus yea…sedeyyyynya…malam tadi try lagi…baru la ok si celcom tu…dah pukul 10 lebih dah masa tu…mata pon dah mengantuk...maxis aje tak tahu ape masalahnya…sampai sekarang tak ok2…




Hari ni nak kongsikan resepi masak2 pula…takde kek2 yer…tunggu hujung tahun nanti kot kalau ade…hihihi…dah dekat 2 minggu sebenarnya QH tak memasak…entah la jugak ke mane la mood nak memasak atau membaking tu pergi…nak makan QH beli aje atau makan saje diluar…senang…hehehe…

Draft dalam blog banyak lagi himpunan resepi yang QH belum kongsikan…jadi QH nak habiskan dulu draft2 yang ade tu…stok cukup sampai hujung tahun ni tau…bayangkan bertapa banyaknya resepi2 tu…silap leh sampai ke awal tahun depan kot…jika QH ade miss untuk bersiaran…




Resepi kali ni Asam Pedas Ikan Kerisi bersama Sawi Jeruk Asin…resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…dimana resepi asalnya adalah Telur Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Sawi Jeruk Asin…QH tak makan dan tak pernah makan telur ikan…hubby QH makan kot…jadinya QH tukarkan telur ikan tu ke ikan kerisi…ikan kerisi adalah ikan kegemaran QH…isinya sedap…kalau beli ikan ni…QH tak pernah siang dirumah…siap2 minta penjual tu siangkan…

Sedap tau kuah asam pedas ni…kena la dengan selera kami…bile dah rasa tu akan nak rasa lagi…dulu QH tak berapa suka pon lauk asam pedas ni…kalau mak QH masak dulu macam tak berapa nak makan la lauk tu masa tu…tapi sejak kawin pak mertua QH rajin masak asam pedas…mungkin takde pilihan kot…hihihi…sejak tu la tahu akan keenakkannya…puas rasanya bile dimakan dengan nasi panas2…perghhhh boleh bertambah la makan…hehehe…
Kalau nak tahu bagaimana rasanya…sila la mencuba resepi di bawah ni yer…terima kasih pada kak Ita sudi berkongsi resepi ni…memang sedap…QH nak kongsikan resepi ni di sini pula yer…jom skodeng resepi… 




asam pedas ikan kerisi bersama sawi jeruk asin
Resepi asal: Telur Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas Sawi Jeruk Asin

Bahan2
Telur ikan secukupnya ~ dicuci bersih dan toskan airnya – QH guna ikan kerisi
1 pokok sawi jeruk ~ di hiris dan rendam sekejap, toskan

8 batang cili merah ~ dikisar
8 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 inci kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar kisar
1/2 inci lengkuas ~ dikisar
1/2 inci belacan ~ dikisar

3/4 cawan jus air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 kiub ikan bilis ~ jika suka




Caranya
1. Pijarkan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga garing, harum dan terbit minyak.
2. Tuangnkan air asam jawa dan masak hingga didih. Jika kuahnya pekat tambahkan air secukupnya.
3. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan dan sawi jeruk asin.
5. Masak hingga telur empuk, siap di hidangkan.



25 comments

Kakcik Seroja said...

Kakcik tak pernah makan sayur jeruk tu. Nanti bolehlah kakcik cuba. :)

rahel said...

Selamat pagi Qasey...sungguh menyelerakan asam pedas ikan kerisi tu...ada lagi tak?

Izwa Kamaruddin said...

aaaaa..terliur!!!

Gee® said...

Wow! asam pedas my fav... kalau ada baki esoknya boleh cicah lempeng nyior pulak... sedappp

Marsita Yahya said...

Salam Qasey, ngancam nya asam pedas ni..

ucubakery said...

as salam QH...
dah lama berangan nk buat asam pedas taruk sawi jeruk...takut rakyat kt rmh x mkn pulak. masa kecik2 pernah juga mkn..mmg sedapppp...

Unknown said...

alamak QH sedap nya asam pedas ni, tuuuuu sayur asin tu yg buat ngancam habis nak kena cari bahan jugak ni sini masih hujan sedap lah makan ni

asmahyusof said...

Selamat pagi QH cyggg...
sedapnya asam pedasnya...even asz org melaka xpnh lg try asam pedas ltk sawi jeruk tue...mcm kn try resepi nie nnti...

mayangbakingmadness said...

sedapnyer makan panas2... lama dah x makan sawi jeruk..... ngan asam pedas lagi tu... wehhh meleleh air lioq...

ibh_sue said...

Asslmkum QH.
Aduihh sedapnya. Hirup mcm tu ja pun ok dah. Sawi jeruk asin? Sue tak pernah nampak lg. hee

Anonymous said...

aduh dugaan2 hehe, kita pun lama tak baking2 ni, mood ke lautan dlm chewah

sedapnya asam pedas, tapi kan, sawi jeruk ni nak beli kat mana ye qh, kalau kat pasar tu belah mana, rasa mcm penah tgk yg cina punya je

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya asam pedas..memang peberat akak ni... yummy ^__^

zila norazila said...

salam qh,
fav akk ikan asam pedas..x kesahlah ikan apa asal asam pedas bertambah2 nasi kami makan..sedapnya jeruk tue:)

Mori Said said...

Salam kenal qasey .... nmpk menyelerakan asam pedas nie....mmg suka asam pedas...

Azlita Aziz said...

Salam Qh
Lauk kegemaran akak ni..
lagi pula ikan kerisi.. suka sangat..
Ikan kerisi goreng pon sedap!!

Terima kasih QH kerana sudi mencuba! ^_^

Mas said...

mas tak pernah makan lagi sayur jeruk tu. Nanti bolehlah cuba...
sedapnya tengok..

Evelyn Gemina said...

Memang membangkit selera ni kak QH, ikan kerisi d best : )

Rohah said...

salam..
akak selalu masak asam pedas, tapi belum pernah rasa yang guna sawi jeruk ..

Nur-nba said...

Sedapnya.. suka sangat makan ikan kerisi..

Memang internet sangat slow sejak akhir2 ni..Memang menguji kesabaran betul...

Nadz Nazharzan said...

QH, akk suka lauk asam pedas tau. Apa2 lauk pun boleh...

Hasidah Bt Awang said...

bestnya..lama dah x mkn asam pedas ni..bleh try buat ni..semua nak try buat...hahaha x terbuat aje..

norhanim md zain said...

QH ..akak pun pernah makan jeruk asin tu...bolehla cuba nanti..nampak sedap tu :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ini feberet akak.. tp hubby akak kurang suka sawi jeruk tu.. huhu..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. sheila nak cuba lah. terima kasih kak kongsi resepi :)

Mylesung said...

salam QH..nampak sungguh sedap! asam pedas ni mmg peberet sy tak kiralah dimasak mcm mana cara pun..siap blh hirup2 kuah dia ja..klu mkn dengan bihun goreng pun sedap instead of mkn dgn nasi.. :)