DURIAN CREPE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Bile dah terpaksa…oppsss terpaksa lak…hihihi…pergi kerja juga semalam…dah satu halnya…bile asyik menghitung jam nak balik…dah macam2 bebudak dah perangai…hehehe…ape nak buat dah begitu perangainya…haishhh lambat pula rasanya masa tu bergerak semalam…padahal ade kerja yang perlu dibuat tapi tulah…bile menghadap aje muka ni depan komputer…macam rasa disuapkan ubat batuk aje…punya la menggantuk sangat2…huhuhu…bagaikan tak boleh ditahan2 lagi dah…dahsyat tak dahsyat la kan…hihihi…
Ahlamdulillah hari ni tak sebegitu perangainya…mungkin badan pon dah cukup rehat kot…maklum la QH kan baru balik dari Bagan Datoh, Perak jumaat hari tu…jadi penatnya tu berhari2 la…hehehe…tapi minggu ni nasib baik QH dapat area KL saje…jadi boleh la meneruskan projek untuk blog yang dah berhari2 tertangguh tu…hihihi…syukur sangat2…jangan last minute berubah dah la…tak sanggup tiap2 minggu nak ‘outstation’ saje…
Baikla bile mood rajin dah kembali dan mood meng‘crepe’ pon tetiba hadir…jadi minggu ni…QH meng‘crepe’ la dengan penuh semangat di dapur ahad lepas…walaupon rasanya ade yang dah jemu kot untuk melihat crepe ni ke udara…pepagi lagi dah kat dapur…bukan satu tapi dua crepe yang QH buat…yang tu kena tunggu ehh…hihihi… meng‘crepe’ ni pon atas permintaan bff QH…dari minggu lepas lagi dia nak…tapi masa tu sibuk…jadi minggu ni la dapat tunaikan permintaannya…
Untuk resepi crepe ni QH ambil resepinya dari blog Kak Zila@zila4ever...dah banyak kali cuba dah resepi ni sebenarnya…sebab yang banyak kali tu tak sempat QH nak snap gambarnya…yang paling suka mak dan adik2 QH…tu yang banyak kali ulang resepi crepenya tu…resepinya simple dah senang nak ingat…resepi ni menggunakan 4 jenis tepung…kulitnye pon nampak gebu saje…tapi bukan versi QH ni la…versi kak Zila…tak percaya sila tengok ehh nanti…dalam resepi ni QH tak ubah banyak pon…ikut sebiji macam resepi asal…cuma QH tak menggunakan susu cair…QH gantikan dengan santan…malas nak buka tebuk tin susu yang baru…hihihi…boleh tahan jugak tau rasanya…terima kasih yea kak Zila dan empunya resepi atas perkongsian resepi tersebut…
dicuba oleh : Kak Zila@zila4ever
bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair - QH gantikan dengan santan
-150ml air
-pwrna kuning – pewarna hijau
-perisa durian
cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.
filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental
(boleh mix sekali dengan 2sdb isi durian)
-isi durian
-letakkan fresh cream letak isi durian dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.
-siap
Post a Comment