Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Nak buat pengumuman sedikit…hehehe…dengan rasminya
QH ingin umumkan…untuk tahun 2013 ni QH dah bersedia untuk menerima tempahan
jika ade yang berminat…sudi2kan la yea…insyaAllah QH akan buat dengan sebaiknya…harga
boleh dirunding dan bersesuaian dengan kos serta bahan2 yang digunakan…semuanya
berkualiti dan bersih…yang paling penting sekali HALAL…QH akan mengambil
tempahan cuma dihari cuti sahaja iaitu Sabtu dan Ahad…termasuk jugak cuti umum
jika tiada ape2…
Seperti tajuk entri di atas…kali ni QH ingin siarkan
kek yang telah ditempah oleh salah seorang kenalan di FB…kek yang diminta adalah
Red Velvet Cake bersama coklat ganache…untuk si puterinya Keysha yang berusia 2
tahun…
Sebenarnya…bile dilihat dan diteliti berkali2…QH
agak kurang berpuashati dengan hasilnya tu…masih terdapat cacat celanya disana
sini…QH akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa…diharapkan Azura
berpuashati dan tak serik yea untuk menempah lagi…hehehe
Untuk kek red velvet ni…QH melapiskan setiap lapisan
dan keseluruhan kek ni dengan freshcream coklat jenama Rich…pastu baru la
disalutkan dengan coklat ganache…untuk deconya pula di atas tu edible image dan
dikeliling edible image tu QH letakkan gula2 pelbagai bentuk dari famous amos…disamping
belon2 comel tu…pada QH sesuai la untuk budak berusia 2 tahun kan…di bahagian
bawah sekeliling kek tu QH lekatkan dengan coklat Cadbury…simple ajekan deconya
tu…berat kek ni lebih kurang 2kg++…
Resepi kek ni QH masih gunakan resepi yang seperti
sebelum ni…dah serasi dengan resepi tersebut…terima kasih kepada empunya resepi
ni…untuk kek ni QH gandakan adunannya…
|
gambar ni QH ambil dari FB Azura |
RED
VELVET CAKE
Bahan2
1
1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2
sudu kecil baking powder
1/2
sudu kecil garam
1
sudu besar serbuk koko
1
sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil
57
gm butter tampa garam
3/4
cawan gula - guna gula kastor
1
biji telur - guna gred A
1/2
sudu kecil esen vanila
1/2
cwn buttermilk – jika tiada (boleh guna susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2
sudu kecil cuka masakan
1/2
sudu kecil baking soda
Caranya
Panaskan
oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna 160C.
Dalam
satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau
rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan
menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.
Masukkan
telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan
esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga
sebati.
Masukkan
tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn
tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam
satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke
dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
QH
bahagikan adunan kepada 3 dan dibakar berasingan.
Tuangkan
adunan tadi ke dalam loyang. QH guna loyang bersaiz 8”
Bakar
pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. QH guna api atas bawah
Setelah
kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Chocolate Ganache
Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam,
kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.
Cara mendeco kek
Permukaan
setiap kek hendaklah diratakan.
Ambil kek
pertama dan disapukan frech cream di atasnya.
Lapiskan
dengan kek yang kedua. Ikut seperti proses yang pertama tadi.
Lapiskan
kek yang ketiga dan lepa kek seperti biase sehingga selesai. Simpan di dalam
peti sejuk semalaman.
Selepas
itu salutkan kek dengan coklat ganache dan deco mengikut kreativiti. Simpan
dalam peti sejuk semula.
Post a Comment