Qasey Honey. Powered by Blogger.

SIAKAP BAKAR TOMYAM



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Setelah 2 hari berlalu…hari ni kita bersua kembali…terima kasih kepada yang sudi singgah ke dapur alam maya ini…terima kasih juga sudi meninggalkan komen2 yang indah2 buat QH…semoga hubungan yang terjalin sesame kita akan terus terjalin dan berkekalan sampai bile2…


Sedang entri ni bersiaran…QH sebenarnya tengah bersiap2 untuk persiapan untuk ‘outstation’ yang pertama bagi tahun 2013…rasanya penat yang lepas tak hilang lagi…dah kembali berpenat lagi hari ni sehingga esok…kali ni tak lama cuma 2hari 1malam saje…tahap kepenatannya dah boleh dibayangkan…sebab majlisnya akan berlangsung esok pagi…jadi petang ni mungkin meninjau tempat dan menyiapkan ape yang patut…


Mengikut taklimat semalam... ‘majlis’ ini akan berlangsung sehingga bulan Februari nanti…tak tahu lagi giliran QH bile pula seterusnya selepas ni…diharapkan nanti ianya tidak mengganggu kelancaran perjalanan blog ni yang baru kembali pulih dan aktif dalam meneruskan perkongsian resepi alam maya ini buat semua…


Bile sebut saje dapur alam maya ni…resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah Ikan Bakar Tomyam…resepinya QH ambil dari blog Kak DJ@DapurKu Sayang…memang sangat berbaloi mencuba resepi ni…memenuhi citarasa QH terutamanya…sebab QH memang peminat ikan bakar!! Jadi dengan terhidangnya ikan bakar tomyam ni dengan nasi panas dah cukup membuka selera…tak perlu lain bagai dah…ini pon sudah mencukupi…pada yang belum dan ingin merasai nikmatnya masakan ni sila la mencuba yea…terima kasih Kak DJ dan empunya resepi ni Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi ni…izinkan QH mengabadikan resepi ni di sini…


Siakap Bakar Tomyam
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan A :
  • 1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • Aluminium foil

Bahan B : (semua bahan ini DJ kisar halus bersama 2 helai daun limau purut)
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 biji cili api - nak pedas letak lebih
  • 3 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit gula dan fish sos

Cara membuatnya :
1.Gaulkan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin.
2.Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit atau sehingga masak.. Boleh juga di bakar di dalam oven.
4.Perahkan limau semasa menghidang.

***DJ tumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu sebelum digaul-gaulkan bersama ikan. (QH tak buat yang ni..bahan2 tu semua QH lumurkan terus pada ikan dan bakar)


17 comments

Unknown said...

salam QH pagi2 tengok ni aduii dah terlioq2 ni mesti wangi kan ikan bakar tomyam ni sbb ada limau purut huh...boleh try lepas ni sbb dah tak makan macam ni esuk nak gi pasarrrrrr heee

Kakcik Seroja said...

Mesti berpeluh2 kalau makan masa panas2. :)

Amie said...

Hmmmm... pagi2 lagi sudah terbau harum siakap bakar tomyam....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Sedapnya kalau makan dengan nasi panas-panas, tak ada lauk lain pun tak pe ni...

Gee® said...

Aduh mak aiii..!!! rasa nak angkut bw balik ikan yang sepotong lagi tu... mengancam !!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya. nanti sheila nak cuba ye :)

Delima Zamrud said...

Isk isk isk pagi2 tgk menu QH nie kan perut terus lapo hehehheh :D... thanks kongsi resepi ek QH..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam QH...

biasalah kan QH.. kewajipan sebagai seorang pekerja haruslah diutamakan & dipatuhi walau penat mcmana sekali pun.. harap2 tugas QH di sana berjalan lancar ye..

bab ikan bakar tu.. phewww! mmg buat akak terliur aje. akak ni memang peminat ikan no. 1 dalam rumah. masak apa saja memang suka. tp ada jugalah certain2 ikan yang akak tak boleh atau tak suka... adeeii.. nak buat mcmana kan.. citarasa berbeza.. hihi.. tp kalau bagi akak ikan siakap ni.. mmg licinlah akak kerjakan siap leh meratah lagi.. memang ikut sangat perangai arwah ayah akak.. hihi..

suka betul akak tgk gambar2 QH ni.. cantik2 belaka.. suka dgn props buah tomato yg ada tangkai tu... beli kat manalah tu ye? kalau kedai2 runcit ni biasa tomato dah tak bertangkai... hihi..

yan's cottage said...

salam QH...
sedapnya....lepas nie....yan nak cuba pula ikan siakap ada stok kat peti ais...tq untuk resepi nie....

cahayahidupku.blogspot.my said...

perghhh tergoda akak QH... dah meleleh air liur akak... tolong lah bagi sikit hehhehe :D

faa.rosli said...

waaaaaa...mcm kat kedai laa rupa dia.... :)

Rohah said...

harum samapai ke sini QH bau lauknya..
buzy sngguh cik puan kita ni, moga sukses ye..

Melly Octaviana said...

sedapnya ikan bakar nih..aihh owner nya lagi out station kan.melly bawa pulang ahh ikan bakar nya..hehe

rahel said...

Ikan bakar memang enak skali....bole laju meter....

Shiela said...

perghh.. terbaek adeqku.. terbau bau akak ni.. :b

Ayu said...

assalam QH, sedap ni ikan bakar tomyam..makan dgn nasi dgn ni aje dah cukup tak toleh kiri kanan depan belakang..haha

Kamalia said...

MasyaAllah kak Q, tetiap kali masuk sini mesti asyik terliur je.gambar semua cantik2 tau! suka saya.
p/s: aritu saya ada ikut tutorial dr sini pasal masalah gamabr dr akaun gugel tu. thanks tau!semoga Allah sentiasa memberkati hidaup kak Q:))