Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Alhamdulillah…setelah hampir 2 minggu menyepi dan tidak bersua…akhirnya
kita dipertemukan pada hari ni…rindu pula rasanya…apa khabar yer semua?? Semoga
semua dalam keadaan sihat dan ceria2 selalu serta persahabatan yang terjalin di
alam maya ni akan kekal terjalin mesra dan berpanjangan juga…moga lepas ni juga
dapur QH akan kembali riuh rendah seperti dulu ^__^
Bile dihitung sudah lama jugakan QH tidak mengepos resepi baru disinikan…maaf
la yer semua…maklum la sejak kebelakangan ni masa agak terbatas untuk berbuat
demikian…banyak perkara yang terjadi dan pelbagai kerja yang harus dibereskan…bile
berada di rumah QH manfaatkan masa tersebut untuk berehat saje…sedia maklumkan
bile badan dah penat ni mula la kesihatan juga sering terganggu…kejap ok dan
tidak…
Baikla…setelah sekian lama menunggu…akhirnya muncul juga resepi kek di
blog QH ni…kali ni QH mulakan episod kek ni dengan cupcake dulu…masa terhadkan
jadi bile buat cupcake ni tidak memerlukan masa yang lama untuk mendeco…jika
suka boleh la letakkan buttercream di atas cupcake tersebut…jika tidak boleh
dimakan begitu saje…
Resepi ni QH perolehi dari majalah Sedap…QH tertarik untuk mencuba resepi
ni sebab ditengah2 kek tu ade filing jem lagi…macam apam polka dot tu…tapi yang
ni kek yer…resepi asal kek ni menggunakan jem nenas tapi QH tukarkan dengan jem raspberry...mengikut selera dan stok barang di rumah...bahan2 yang digunakan pon simple sahaje…mungkin bahan2 tersebut
sudah tersedia ada di rumah kawan2 juga…rasanya kek ni memang sedap…penuh rasa
coklat…pulak tu rasanya tidak la terlalu manis…jadi tak perlu untuk
mengurangkan kandungan gula tersebut…
Untuk buttercream pula…QH mencuba resepi dari Chef Azli…buttercream ni
pon tidak terlalu manis juga…pada QH tidak muak pula buttercream ni…jadi boleh
la cuba yer nanti…kepada sumber resepi pada kali ni QH ucapkan terima kasih
banyak2 kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni…selamat mencuba semua…insyaAllah
kita akan bertemu lagi di lain hari dan masa…
KEK CAWAN COKLAT RASPBERRY
Sumber: Malajah Sedap
Resepi asal: Kek Cawan Coklat Nenas
Bahan2
75 ml susu cair
150 gm coklat masak hitam – dipotong-potong
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
100 gm gula pasir
75 gm mentega tawar
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
1/2 sudu makan serbuk penaik
110 gm jem raspberry atau secukupnya – untuk inti
Hiasan – coklat rice, hundred thousand, sprinkle, coklat cincang
Caranya
1. Panaskan susu cair. Matikan api. Masukkan potongan coklat masak hitam. Kacau sehingga coklat larut. Biarkan sejuk.
2. Pukul ringan telur, garam dan gula pasir menggunakan pemutar. Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran susu cair sambil dikacau rata. Ketepikan.
3. Campurkan mentega tawar, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik. Kacau sambil dikacau sehingga berbutir.
4. Masukkan campuran susu cair. Kacau rata.
5. Tuangkan setengah bahagian adunan dalam acuan muffin yang dialas dengan cawan kertas. Isikan jem raspberry. Lapiskan lagi adunan.
6. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180°C atau mengikut tahap kepanasan oven masing-masing sehingga masak. Sejukkan.
7. Hiaskan dengan krim mentega dan taburan hiasan yang sesuai.
BUTTERCREAM
60 gm gula
50 ml air
180 gm mentega
70 gm krimwell
Caranya
1. Masakan air dan gula sehingga likat seperti membuat air gula yang pekat untuk minuman. Tetapi lebih pekat sedikit.
2. Kemudian, biarkan sejuk sedikit dan keputihan dan bolehlah dipukul dengan mentega dan krimwell sehingga kembang dan putih.
Post a Comment