Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Baikla hari ni sambung untuk mengupdate set Nasi Dagang yang QH dah
tayangkan dahulu sebelum ni…saje nak membanyakkan kerja…agaknya la kot…hehehe…ye
la kadang ade yang nak makan nasi dagang ni dengan lauk yang berbezakan…maklum la
selera kita juga pon berbeza…ade yang lebih gemar makan nasi dagang ni dengan
lauk kari atau gulai ayam, telur pon boleh…QH pernah jumpa dengan kari daging
pon ade…tapi kebiasaannya dengan lauk ikan tongkol la kan…tu yang bila
mengupdate blog ni QH mengasingkan nasi dengan lauknya…gandingan lauknya boleh
pilih ikut pilihan sendiri…kebiasaanya pon kalau QH membeli nasi dagang lebih
gemar makan dengan lauk kari ayam…hihihi…
Tapi bila dah masak sendiri ni…teringin la pula makan dengan Gulai Ikan
Tongkol…resepinya QH ambil dari blog yang sama juga iaitu blog Kak Madihaa aka Kak Ratna…terima kasih sekali lagi yer kak…nampak sangat menyelerakan gulai
ikan tu…lagi satu sebab teringat semasa ke Terengganu dulu makan nasi dagang ni
dengan kari ikan tongkol alahai sedapnya…tapi gulai ni versi Kelantan yer…kalau
versi Kelantan ade sambal keringnya tu tapi QH tak buat…sebab pada QH dah cukup
dah setakat gulai ikan dan acar timun sebagai lauknya…ni versi tak berape nak
lengkap la ni…nak tengok set lengkapnya sila singgah ke blog Kak Madihaa tu yer…
GULAI IKAN NASI
DAGANG (versi Kelantan)
Bahan2
9 ekor ikan
kembung/tongkol yang telah direbus semalaman (MaDiHaA
guna ikan tongkol anggaran 1.3 kg seekor.. rebus dengan 2 sudu kecil garam
& 6 keping asam gelugur & 1 cawan air)
santan pekat RM 1 + 3 cawan air (anggaran aje) (MaDiHaA
guna anggaran 5 cawan santan)
2 biji cili merah dibelah dua (MaDiHaA
ganti dengan 10 biji cili padi hijau)
2 biji tomato dipotong 4
2 biji timun dipotong ikut suka (QH tak letak)
1 keping asam keping
garam secukup rasa (sesuaikan dengan ikan rebus~dah sedia masin)
MaDiHAa
tambah 1 cawan air rebus ikan rebus (jadi garam perlu dikurangkan) (QH tak
letak)
MaDiHAa
tambah 1 sudu besar gula merah
Bahan kisar
2
ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
1 1/2 inci lengkuas
15 biji cili kering
2 sudu serbuk kunyit
segenggam kelapa parut dikisar berasingan dengan sedikit air
Cara:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar, asam keping dan garam ke dalam
periuk. Panaskan dan dikacau selalu
2. Bila kuah sudah cukup mendidih, masukkan ikan rebus dan biarkan reneh
seketika.
3. Masukkan hirisan timun, cili merah dan kelapa parut. Kecilkan api.
Renehkan selama 20 minit/ sehingga kuah pekat dan naik minyak
4. Masukkan tomato, usik2 kejap kuah dan angkat.
Untuk acar timun ni
pula QH ikut cara yang biase QH buat dan QH pernah kongsikan resepi ni di blog
tak lama dulu…
ACAR TIMUN
Bahan2
1
biji timun jepun – lebih pon boleh
1/2 biji lobak merah
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 biji lada merah
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Air kapur secukup
Caranya
Bawang
besar dan lobak merah dimayang halus.
Hiris
nipis timun secara bulat dan tak perlu buang bijinya sebab timun jenis ni tak
banyak biji.
Hiris
nenas dan pastikan buang bahagian tengahnya.
Bersihkan
dan rendamkan bahan2 hirisan tadi ke dalam besen bersama dengan air kapur
secukupnya.
Lebih kurang 30minit. Tujuan untuk membuatkan sayur tu semua rangup
bile dimakan.
Bersih
dan tapiskan sehingga kering.
Gaulkan
bersama gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Rasa dan jika dah ok sedia untuk dihidang.
Post a Comment