Qasey Honey. Powered by Blogger.

TEMPAHAN KEK BESDAY MINION


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Rindunya pada blog
Rindunya pada semua kawan2…
Rindu pada QH tak?? Sila jawap…hehehe
Ape khabar semua??
QH ahlamdulillah…bertambah bambam sekarang ^_^…sekarang dalam proses nak berdiet la konon…tapi berharap sangat2 turun la sikit kilo di badan ni…hihihi

Sebelum terlupa…rasanya belum terlambat lagi QH nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua kawan2…semoga tahun ni akan menjadi lebih baik lagi daripada tahun lepas…mudah2an rezeki kita semua juga akan bertambah…diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta…semoga ape yang diimpikan akan menjadi kenyataan…insyaallah 


Lamakan QH meninggalkan blog kali ni…lebih kurang 4 bulan jugakkan…pergi begitu saje pulak tu tanpa meninggalkan sebarang pesanan…hihihi…buat ape la agaknye ye QH ni terperam lama diam2…hehehe…bile sudah lama tinggalkan blog pasti terlalu banyak resepi2 terkini yang QH sudah ketinggalan sekarang ni… bukan itu saje nak menyinggah ke dapur kawan2 pon tak sempat…

Oh yer sebelum tu...bila QH sudah mula berblog semula ni...bermakna QH sudah kembali ke dunia blogging...insyaallah lepas ni QH akan terus berblog seperti biase...azam tahun baru la katakan!!! tapi kalau termenyepi lagi...tak boleh nak kata ape2 la yer...hehehe

Lamakan QH meninggalkan blog kali ni…lebih kurang 4 bulan jugakkan…pergi begitu saje pulak tu tanpa meninggalkan sebarang pesanan…hihihi…buat ape la agaknye ye QH ni terperam lama diam2…hehehe…bile sudah lama tinggalkan blog pasti terlalu banyak resepi2 terkini yang QH sudah ketinggalan sekarang ni… bukan itu saje nak menyinggah ke dapur kawan2 pon tak sempat…


Oh yer sebelum tu…bila QH sudah mula berblog semula ni…bermakna QH sudah kembali ke alam blogging…insyaallah pasni QH akan berblog seperti biase…azam tahun baru!!! tapi kalau termenyepi lagi…tak boleh nak kata ape2 la yer…hehehe

Lama tak berkarya di sini jadi macam kekok lak nak berceletoh…macam tak reti la pulak nak bercerita…padahal macam banyak aje cerita yang QH nak kongsikan bersama…rasa macam2…yang penting…idea tu ketandusan…hihihi…nasib la kalau ayat kali ni tunggang terbalik…hahaha…jangan pening arrr…

Kali ni QH bukan sesaje menghilang begitu saje…tapi QH memberi laluan pada kerja yang memerlukan perhatian sepenuhnya...dalam tempoh tersebut…QH memang tak sempat nak beronline selalu…mohon maaf pada yang bertanya…jika ade pertanyaan yang QH belum sempat nak jawab lagi…nanti QH semula satu persatu yer…


Dikesempatan ini juga QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 yang sudi mencuba resepi dari blog QH ni…walaupon resepi tu semua bukan dari QH sendiri…tapi bila membaca komen dan tengok sendiri hasil yang kawan2 cuba dari resepi di sini…itu sudah cukup megembirakan QH…pasti empunya resepi sendiri pon turut gembira dan berbangga bila resepinya dapat diterima oleh kawan2 yang lain…terima kasih tak terhingga pada empunya resepi…sayang ketat2

QH pon ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga pada kawan2 yang bersusah payah untuk menyiasat mengenai Qaseh Honey…masa tu memang ramai yang pm QH di FB…bertanyakan hal tersebut…untuk mendapatkan kepastian…sungguh QH sangat terharu dengan tindakan mereka…sayang ketat2 jugak buat mereka…kebetulan pulak masa tu QH tengah berehat dari berblog…tak sangka pula ade pihak yang mengambil kesempatan…malas nak ingat kembali isu tersebut…disebab beliau…kecoh la sekejap FB dan terdapat la salah faham antara Qasey Honey dan Qaseh Honey tu…tapi sekarang isu sudah selesai…Alhamdulillah…

sebenarnya QH memang tak kisah jika nama tu sama…tapi bersosial la dengan cara yang betul…terutama sekali yang melibatkan isu mencuri resepi…untuk blogger ianya perkara yang amat sensitif…jika suka dengan resepi tu…sebaiknya kita cuba la sendiri…bagaimana rupanya…itu cerita lain…sebab hasil air tangan setiap orang pasti berbeza…jadi kita kena terima la seadanya…teruskan usaha untuk yang menjadi ianya lebih baik…ok tutup cerita tersebut…


Untuk tahun ni QH belum mulakan dengan ape2 resepi lagi…oppsss…entah hilang mane agaknye mood tu belum datang lagi ni…jadi terpaksa la mengepos resepi tahun lepas yang tak sempat QH nak kongsikan bersama…resepi 4 bulan lepas tau…aduyaiii…mungkin cuti hujung minggu ni kot QH baru nak masuk dapur…hehehe…barang2 QH dah beli pada minggu lepas…harap2 cuti panjang minggu ni dapat la dimanfaatkan untuk mencuba resepi yang sekian lama QH simpan…hihihi…

Hmmm tanpa sedar…dalam kata ketandusan idea tadi nak berkarya…rupa2nya dah panjang pulak ceritanya…motif utama nak kongsi resepi aje pon…hahaha…tu la akibat lama sangat terperam…kan dah tertaip panjang2…hambikkk…hihihi…sesekali takpe kan…


Pembukaan entri tahun baru ni QH nak kongsikan dengan kek minion yang QH dah buat hampir 3 bulan yang lepas…kalau ade yang follow blog bff QH…Mamaleen tentu dah tengok rupa kek minion ni…kt FB juga QH dah tayangkan sikit gambarnya…cuma dalam blog baru dapat diupdate…kek ni ditempah oleh bff QH tu la…ni kali kedua dia menempah kek dari QH…mula bff QH ni nak kek minion berdiri atau duduk…tapi bile fikir semula payah pula nk bahagi2kan pada budak2 pulakan…jadinya dia memilih minion baring saje…senang nak potong keknya tu nanti…

Untuk kek minion ni…keknya QH gunakan kek oreo…resepi di bawah tu QH gandakan kepada 3 1/2 adunan…kemudian bahagian adunan kepada 2 bahagian…tuang adunan ke dalam loyang berbentuk bulat dan 4 segi bersaiz 8 inci…di bawah tu QH ade tunjukkan macam mane QH buat bahagian badan minion tu…jika berminat boleh mencubanya yer…tentu anak2 akan suka nanti…selamat mencuba


KEK OREO
Resepi Asal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis

Bahan2
250 gm butter
1 cwn gula
2 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
8-10 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)

Caranya
Campurkan butter, gula. tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan tuangkan ke dalam loyang yang telah digris dan diletakkan baking paper.
Tuang adunan ke dalam loyang berbentuk bulat dan 4 segi yang bersaiz 8 inci.
Bakar dalam oven dgn suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.


BUTTERCREAM
Bahan2
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Caranya
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang
Masukkan golden syrup perlahan2 dan pukul lagi hingga rata.
Bolehlah letakkan pewarna mengikut kehendak anda.
QH bahagikan buttercream kepada 2 bahagian. 1 diwarnakan dengan warna biru dan 1 lagi diwarnakan dengan warna kuning.

gambaran kek untuk membuat badan minion

Cara menghiaskan kek
Ambil kek berbentuk bulat dan dibelah separuh. Ketepikan separuh kek tadi.
Ratakan bahagian atas kedua2 kek tadi, iaitu kek berbetuk 4 segi dan separa bulat.
Kemudian kedua2 kek tadi hendaklah dibelah bahagian tengahnya kepada 2 bahagian.
Sediakan pelapik kek dan letakkan 1 lapisan kek berbentuk 4 segi.
Ambil pula 1 lapisan kek separa bulat dan camtumkan dengan kek 4 segi. Untuk mencantumkannya sapu nipis buttercream.
Kemudian ambil lapisan seterusnya dan buat seperti proses tadi.
Ratakan buttercream keseluruhan kek oreo tadi.
Ambil separuh kek bulat tadi dan bentuk 4 segi kecil untuk dibuat kaki minion pula. Sapukan buttercream.
Kemudian paipkan buttercream warna biru dan kuning keatasnya.
Ambil sedikit fondant, kemudian warnakan kepada warna coklat, kuning, grey dan hitam.
Bentukkan mata, tangannya dan kasutnya.
Untuk mencantumkan tangan dan kasut, cucukkan lidi dan cantumkan ke kek. Siap.  


11 comments

Izwa Kamaruddin said...

uhh..syok nyer..uhh..sedap nyer kek!

asyifamustaffa said...

Panjang lebar 1st entry tahun barunya...
Selamat kembali...comey kek...secomey org yg mmbuatnya....hehe...

Gee® said...

Rinduuuuuu sangat....

Sweet red cherry said...

salam QH..

lamanya baru timbul..hehe..apapun, selamat kembali ke dunia blogging..semoga terus berkongsi resepi dengan kami di alam maya ni..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, QH..
Amboiiihhhh.. lama sungguh menghilang ya.. hehehe..
terima kasih atas tunjuk ajar cara membuat kek tu ya, semoga bertambah rezeki QH nanti, aamiiinnnn.

Anonymous said...

Cantik.. Semuanye perlu kepada kesungguhan dan kreativ..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Rindu sgt dgn QH.. tengok semakin bambam tu... cantiklah kek tu QH boleh ditempah tu :)

Anonymous said...

adui qh kreatifnya

tgh pening skrg ni malas nak study dulu nanti2 boleh jadi rujukan, hebatlah qh

Unknown said...

Salam...QH nak buka bisnes ek? Makin bambam ke makin kurus? Kakpb pun slow juga update blog, nak menyinggah pun susah.

Wattie said...

Assalamualaikum & welcome back QH,
Cantik sangat kejadian kek minionyg QH buat, tentu suka sgt orang yang menempahnya. tu,

Psst :- Akak pun slow jugak berblogging skrg ni, habis kawan2 dah lari.....hehehe. Ada masa nanti in sha Allah nak aktif mcm QH juga

Anonymous said...

bookmarked!!, I really like your site!