Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Sekarang
tiba mood untuk meroti pula...memang musim kot sekarang ni...mana tidaknya memasing
menayang roti yang dihasilkan sendiri di sana sini...kalau buka FB tu pasti
setiap hari ade je yang post gambar roti yang gebus gebas tu...tak percaya
tengok FB masing2 sekarang ni...hehehe...maunya tak jelas dibuatnya tengok
gambar2 roti yang sebegitu kan...hehehe...haruslahkan...
Jadi
apalagi...menyenaraikan diri untuk sama2 meroti la pulak...hihihi...kebetulan
memang teringin nak makan prosperity burger buatan sendiri...sebelum ni QH pon dah
pernah buat sendiri juga...tapi roti tu QH beli yang dah siap je...boleh tengok
di SINI yer...kali ni mood ade lebih rajin sikit...jadi rotinya buat sendiri...resepinya
QH ambil dari blog kak Azlita...resepi asalnya dari Kak Ros...terima kasih pada
Kak Ita dan Kak Ros kerana berkongsi resepi tersebut...
Kali
ni QH buat roti tidak menggunakan breadmaker (BM)...sebab meragam la pulak BM
tu bila dah lama tidak digunakan...kira2 dekat setahun lebih jugak la BM tu
tersimpan je...jadi QH uli roti ni menggunakan mixer jer...hampir dekat sejam
juga mengulinya...yang lain QH ikut seperti yang Kak Ros ajar tu...roti tu
menjadi dengan berjayanya...InsyaAllah jika dibuat dengan kasih sayang ^_^
Untuk
sos lada hitam pula QH masih memilih resepi dari MyResepi@AcikYarn...resepinya
memang sesuai dengan citarasa QH...jadi belum nak mencuba dengan resepi yang
lain buat waktu ni...kalau tengok pada resepinya...nampaklah banyak bahan yang nak
digunakan kan...tetapi bahan2 tu semua memang biasanya ada tersedia disetiap
rumah masing2...jadi tak pening kepala nak cari bahan2nya...tengok pula pada
cara nak memasak sosnya tu...nampak macam rumit je kan tetapi sebenarnya senang
sangat je masak tu tau...sekejap je dah siap masak...rotinya tak siap lagi tak
kuahnya dah siap dulu...sementara menunggu roti tu naik berkali2...QH siapkan
kuahnya terus...lepas tu masak daging burgernya pula...macam mana
senangkan...jadi jom beramai2 buat prosperity burger sendiri...pasti berpuas
hati dengan hasilnya...selamat mencuba yer...
Resepi asal Kak Ros Jintanmanis
Bahan2
250 gram tepung high protein atau tepung
roti
50 gram tepung gandum ~ ita tak letak tepung
gandum ita letak 300 gm tepung roti terus
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil) ~ tinggalkan sdkit utk
gliss pd roti
2 sudu besar marjerin atau mentega
100 ml susu segar
60 ml air suam ~ ita tak letak air suam, ita
letak 160 ml susu segar terus
1 sudu kecil bread improver - ita tambah
1 sudu kecil softener - ita tambah
Boleh juga sekiranyer nak letakkan water roux
Untuk Gliss
baki telur tadi+1 sudu kecil susu segar+beberapa
titik madu ~ kilat nnt roti tu
Caranya
Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli
sehingga menjadi doh. ( Jika Ada Bread Maker masukkan semua bahan dan pilih
menu Dough dan tekan ON je) tunggu sampai siap.
Kemudian masukkan mentega dan uli lagi sehingga
doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 1 jam.
Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk
dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic
tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan
uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut
Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan
bahagikan doh mengikut besar yang anda suka.
Jika ingin buat roti burger, bulatkan seperti
bun then tekan sedikit agar sedikit leper dr bun biasa.
Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang
empat persegi yang telah dilenser dengan mentega . Perap sehingga roti naik dua
kali ganda.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah. Sapukan
roti dengan bancuhan telur dan tabur bijan di atas doh roti burger , akhir
sekali bakar selama 18 ke 20 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah
masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
Untuk roti prosperty
Ita buat bentuk selinder. Satu adunan ni dapat 4
roti yang besar. Kalau nak kecil buat 5 atau 6.
Bila dah siap biarkan ia rehat sekejap hingga
dough naik 2 kali ganda
Kelar atas roti dengan pisau yang tajam
Sapukan glissTaburkan lada itam yang di tumbuk halus (QH
tambah biji bijan putih)
Kemudian bakar.
SOS LADA HITAM
Bahan2
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu) – QH
guna bawang holland
sebiji tomato (potong dadu) – QH
tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato – QH
guna sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut
selera
tepung jagung (standby) – QH letak
1 sudu kecil + sedikit air
Caranya
1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau
sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau
wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut
suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn
sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile
dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit
demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang
telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila
sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas. Ermmm sedap.
Bahan
Prosperity Burger
Roti burger secukupnya
Daging burger oblong Ramly (daging/ayam)
Sos lada hitam
Bawang Holland (dihiris bulat)
Daun salad
Cara penyediaannya
1. Masakkan daging burger di atas
pan sehingga masak. Tidak perlu terlalu garing.
2. Roti burger di potong 2 dan
bakarkan sekejap permukaan di atas pan.
3.
Ambil bahagian bawah roti dan letakkan daun salad.
4. Kemudian celupkan daging burger
ke dalam sos lada hitam. Letakkan di atas lapisan bawah roti tadi.
5. Susun bawang di atasnya dan
tutup dengan lapisan roti bahagian atas. (jika suka boleh tambah tomato)
6. Siap untuk dinikmati.
Post a Comment