Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Baiklah...permulaan
awal mukadimah kali ni...QH nak menjawab dahulu soalan2 yang sering saja di
tanya oleh pengunjung2 blog dan kawan2 FB yang lain...untuk menjawab soalan tu
satu persatu...kekadang tu QH akan terlepas pandang jugak dan mungkin ade yang
tertinggal...jadi QH jawab di sini aje yer...ngeeee
Ramai
yang bertanya dimana QH membeli pinggan mangkuk atau cake stand yang seperti
terdapat dalam blog QH ni...ok untuk pengetahuan semua...tapi kejap...takde la
QH nak senaraikan pinggan tu beli kat mana...mangkuk ni pulak beli dimana...ni
secara keseluruhan saja yer...sebab QH sendiri pon tak ingat kalau nak
dilistkan satu persatu macam tu...hehehe...tempat yang biase QH pergi untuk
cari pinggan mangkuk yang comel2 tu semua...QH biasa ke Sogo, Daiso, 100Yen,
DIY, IKEA, Parkson dan kedai pinggan mangkuk kat sekitar Chow Kit...memang
merata...sebab suka...hehehe...
Cake
stand pula ade yang QH beli online...IKEA dan Sogo...ok untuk soalan ni rasanya
sudah dijawab dengan sempurna kot...ada lagi soalan2 lain...nanti QH akan jawab
pada entri yang lain pula yer...
Sekarang
ni masuk bab resepi pula...untuk hidangan mata kali ni QH sedaikan resepi Kari
Ketam Kerala pula...QH kategorikan resepi sebagai resepi rajin...hehehe...ada2
aje kan...sebab banyak step yang perlu disediakan...tengok pada resepi pon dah boleh
agakkan...tetapi kalau ikut stepnya dan baca resepi tersebut dengan betul dan
teliti...ianya akan menjadi mudah...pada QH la...orang lain QH tak pasti macam
mana...hehehe
Resepi
ini QH ambil dari blog Iza Akma@Singgahsana Kitchen...tapi ada la QH menambah
sikit bahan dalam resepi ni...semuanya seperti di bawah tu...pada sesiapa yang
mencuba resepi ni pasti akan berpuashati dengan hasilnya...memang sedap
sangat...seimbang dengan rasa manis ketam itu sendiri...untuk peminat ketam
mesti suka punya la...hihihi...QH pon tak dapat nak menerangkan secara detail macam
mana rasanya tu...kena cuba sendiri...tak perlu lauk lain lagi pon takpe...semuanya dah cukup dengan hidangan ini...pada Iza terima kasih banyak2 kerana sudi
berkongsi resepi ni...pada yang lain selamat mencuba resepi ini... ^_^
KARI KETAM ALA KERALA
Resepi asal Chef Rose
Bahan2
1 kg ketam
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 biji tomato – dihiris (QH belah 4)
3 biji cili hijau – dihiris (QH potong memanjang)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
300 ml air @ secukupnya
sedikit santan pekat (QH letak 1/2 cawan santan)
garam secukup rasa
gula secukup rasa (jikaperlusahaja)
10 batang sayur bendi (QH tambah)
2 biji kentang – belah 4 (QH tambah)
Bahan Pes Rempah
1/2 cawan kelapa parut (QH letak 1 cawan)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 tangkai cili kering (QH hiris dan dibuang biji)
Bahan Tumis Darat
2 sudu besar biji sawi
1 genggam kecil daun kari (QH letak 3 tangkai)
4 tangkai cili kering – dipotong serong (buang bijinya)
100 ml minyak masak
Caranya
Terlebih dahulu sediakan bahan untuk pes rempah
Sangai kelapa parut lebih kurang 8 minit atau sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan cili kering.
Teruskan menyangai untuk selama beberapa minit sehingga berbau harum.
Selepas itu, tumbukkan bahan tersebut sehingga menjadi kerisik dan pecah minyak. Ketepikan.
Panaskan minyak. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau.
Bila sudah laju sedikit, masukkan hirisan halia.
Teruskan menumis sehingga bangkit bau.
Masukkan bahan kerisik yang ditumbuk tadi bersama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar (jika masa ini tumisan terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air).
Teruskan menumis untuk beberapa minit.
* QH masukkan 2 cawan air kemudian masukkan kentang. Bila kentang sudah separuh empuk baru masukkan ketam dan sayur bendi.
Bila
sudah harum, masukkan ketam dan balik-balikkan ketam tersebut agar serata dengan
rempah tumisan.
Setelah
ketam berubah warna, masukkan air dan hirisan buah tomato serta garam.
Bila
sudah separuh mendidih, masukkan santan dan masaklah hingga kuah pekat atau ikut
kepekatan yang disukai.
Rasakan
garam dan tambahkan gula jika perlu sebab rasa manis ketam akan turun ke kuah
(iza masukkan air anggaran 2 cawan...sebab iza nakkan lauk itu berkuah...santan
pula iza guna santan kotak jer anggaran 1/4 cawan...kalau tak nak guna santan
pun boleh sebab kuahnya memang dah pekat) (untuk
air QH lebihkan sedikit bagi ianya lebih berkuah dan santan yang digunakan 1/2
cawan)
Sementara
itu untuk menyediakan tumis darat, panaskan minyak dalam kuali yang lain.
Tumiskan
bahan2 tumisan darat hingga harum. Kemudian tuangkan ke dalam kari tadi.
Post a Comment