Qasey Honey. Powered by Blogger.

KARI KETAM KERALA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Baiklah...permulaan awal mukadimah kali ni...QH nak menjawab dahulu soalan2 yang sering saja di tanya oleh pengunjung2 blog dan kawan2 FB yang lain...untuk menjawab soalan tu satu persatu...kekadang tu QH akan terlepas pandang jugak dan mungkin ade yang tertinggal...jadi QH jawab di sini aje yer...ngeeee

Ramai yang bertanya dimana QH membeli pinggan mangkuk atau cake stand yang seperti terdapat dalam blog QH ni...ok untuk pengetahuan semua...tapi kejap...takde la QH nak senaraikan pinggan tu beli kat mana...mangkuk ni pulak beli dimana...ni secara keseluruhan saja yer...sebab QH sendiri pon tak ingat kalau nak dilistkan satu persatu macam tu...hehehe...tempat yang biase QH pergi untuk cari pinggan mangkuk yang comel2 tu semua...QH biasa ke Sogo, Daiso, 100Yen, DIY, IKEA, Parkson dan kedai pinggan mangkuk kat sekitar Chow Kit...memang merata...sebab suka...hehehe...

Cake stand pula ade yang QH beli online...IKEA dan Sogo...ok untuk soalan ni rasanya sudah dijawab dengan sempurna kot...ada lagi soalan2 lain...nanti QH akan jawab pada entri yang lain pula yer...


Sekarang ni masuk bab resepi pula...untuk hidangan mata kali ni QH sedaikan resepi Kari Ketam Kerala pula...QH kategorikan resepi sebagai resepi rajin...hehehe...ada2 aje kan...sebab banyak step yang perlu disediakan...tengok pada resepi pon dah boleh agakkan...tetapi kalau ikut stepnya dan baca resepi tersebut dengan betul dan teliti...ianya akan menjadi mudah...pada QH la...orang lain QH tak pasti macam mana...hehehe


Resepi ini QH ambil dari blog Iza Akma@Singgahsana Kitchen...tapi ada la QH menambah sikit bahan dalam resepi ni...semuanya seperti di bawah tu...pada sesiapa yang mencuba resepi ni pasti akan berpuashati dengan hasilnya...memang sedap sangat...seimbang dengan rasa manis ketam itu sendiri...untuk peminat ketam mesti suka punya la...hihihi...QH pon tak dapat nak menerangkan secara detail macam mana rasanya tu...kena cuba sendiri...tak perlu lauk lain lagi pon takpe...semuanya dah cukup dengan hidangan ini...pada Iza terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi resepi ni...pada yang lain selamat mencuba resepi ini... ^_^


KARI KETAM ALA KERALA
Resepi asal Chef Rose

Bahan2
1 kg ketam
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris halus
4 biji tomato – dihiris (QH belah 4)
3 biji cili hijau – dihiris (QH potong memanjang)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
300 ml air @ secukupnya
sedikit santan pekat (QH letak 1/2 cawan santan)
garam secukup rasa
gula secukup rasa (jikaperlusahaja)
10 batang sayur bendi (QH tambah)
2 biji kentang – belah 4 (QH tambah)

Bahan Pes Rempah
1/2 cawan kelapa parut (QH letak 1 cawan)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ketumbar
3 tangkai cili kering (QH hiris dan dibuang biji)

Bahan Tumis Darat
2 sudu besar biji sawi
1 genggam kecil daun kari (QH letak 3 tangkai)
4 tangkai cili kering – dipotong serong (buang bijinya)
100 ml minyak masak


Caranya
Terlebih dahulu sediakan bahan untuk pes rempah
Sangai kelapa parut lebih kurang 8 minit atau sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan cili kering.
Teruskan menyangai untuk selama beberapa minit sehingga berbau harum.
Selepas itu, tumbukkan bahan tersebut sehingga menjadi kerisik dan pecah minyak. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan cili hijau.
Bila sudah laju sedikit, masukkan hirisan halia.
Teruskan menumis sehingga bangkit bau.

Masukkan bahan kerisik yang ditumbuk tadi bersama dengan 1 sudu besar serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk ketumbar (jika masa ini tumisan terlalu pekat dan kering, tambahkan sedikit air).
Teruskan menumis untuk beberapa minit.

* QH masukkan 2 cawan air kemudian masukkan kentang. Bila kentang sudah separuh empuk baru masukkan ketam dan sayur bendi.


Bila sudah harum, masukkan ketam dan balik-balikkan ketam tersebut agar serata dengan rempah tumisan.
Setelah ketam berubah warna, masukkan air dan hirisan buah tomato serta garam.
Bila sudah separuh mendidih, masukkan santan dan masaklah hingga kuah pekat atau ikut kepekatan yang disukai.
Rasakan garam dan tambahkan gula jika perlu sebab rasa manis ketam akan turun ke kuah (iza masukkan air anggaran 2 cawan...sebab iza nakkan lauk itu berkuah...santan pula iza guna santan kotak jer anggaran 1/4 cawan...kalau tak nak guna santan pun boleh sebab kuahnya memang dah pekat) (untuk air QH lebihkan sedikit bagi ianya lebih berkuah dan santan yang digunakan 1/2 cawan)

Sementara itu untuk menyediakan tumis darat, panaskan minyak dalam kuali yang lain.
Tumiskan bahan2 tumisan darat hingga harum. Kemudian tuangkan ke dalam kari tadi.


10 comments

Honey said...

Salam,

Sedapnya dear kari ketam. I tak pernah buat ketam masak kari. Selalu buat salted egg, masak lemak cili padi or rebus dengan serai aje.

Nanti nak cuba lah :)

Liza said...

mst sedap kan ketam ni, sbb banyak rempah kat dalam tu, ala2 kari pun ada...hihi

Shiela said...

Amboi sedapnyer yunk..

mama dee said...

Sedapnya ketam. Gambar pun cantik sgt. Saya suka juga beli pinggan mangkuk kat Daiso sebab comel2 :)

tun_telani said...

haish... stress nengok ketam... huhuhu.... last mkn 6-7 tahun lepas kot, makan sikit je, pastu telan antihistamin dgn banyaknyer.. still sesak napas, mujur xmasuk spital.. huhu

EJHarraz said...

AsSalam QH.
Kategori rcp rajin ya QH... hehe...ada2 jer QH ni. Mmg rcp ni agak remeh bnyk step nk buat tp berbaloi dan sedap... cukup semua rasanya... kan QH. Tkasih QH sudi mencuba :)

Sweet red cherry said...

bestnya menu..sedap tu QH..

perubatankhalifah said...

ketam..makanan kegemaran ku...
tengok menu dalam blog ni, rasa bersemangat lak nak buat.
lawa lah semua gambar yang kat dalam blog ni...
guna kamera apa yer ??
~blogspot : rawatankanser2013

rostina76 said...

nampak menarik resepi ketam ni. kros simpan dlu ye dlm draf.tq

Unknown said...

tak penah lagi buat ketam kari.. masak lemak sama ngan nenas penah

Assalamualaikum & salam perkenalan. Jemput singgah di blog http://www.kedaivitamin2u.blogspot.com. Di sini ada info supplemen keluaran Shaklee