Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua...
Akhirnya bersiaran juga QH
hari ni...rindu sangat2 dengan dunia blogging ni...tapi selalu saja tak sempat
untuk mengupdate...bertambah pula untuk berjalan ke blog lain...
Ok sebelum cerita hal2
lain...QH ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua pengunjung dan kawan2
yang telah bergelar ibu serta yang akan bergelar ibu nanti...tiada yang lebih murni daripada tugas dan peranan seorang ibu...tak lupa juga SELAMAT HARI
IBU buat mak QH Puan Khadijah binti Abu Bakar...
“Mak, kau telah melihat aku
tertawa...
Kau juga pernah melihat aku
menangis...
Aku mungkin tidak selalu
mengatakan hal ini...
tapi terima kasih untuk segalanya
dan aku mencintaimu...”
‘SELAMAT HARI IBU’
Mungkin ade yang
tertanya2...mengapa dan kenapa QH dah lama tak mengupdate blogkan...sebenarnya
blog QH ni ada masalah sikit...baru2 ni QH dapat message dari Google ade
seseorang yang cuba untuk menukar kata lalu akaun QH ni...hmmm kenapa la ada yang
berniat tidak2 macam tu dengan QH...entah apa lagi yang nak di skodengnya...nak
resepi...detail dah QH bagi..takde yang tersembunyi pon...macam mane QH
buat...macam itu
jugak la resepi yang QH kongsikan pada semua...
selain tu komen2 pula rupanya
selama ni semua masuk ke spam...entah2 ade komen yang QH dah terdelete
agaknya...sebab kalau kat spam tu...macam2 komen masuk...komen yang tak lojik
pon banyak...tak sempat nak baca satu persatu...patut la bila tengok
blog...takde sesiapa pon yang komen...tanggapan QH mungkin ramai yang dah lupa
dengan blog ni...sebab akhir2 ni QH jarang sangat ke udara...tetapi sebaliknya
yang terjadi...
waktu sekarang semuanya dah ok...harap lepas ni takkan terjadi
lagi perkara yang sebegitu...sebab QH sangat sayang pada blog ni...
untuk pengubat rindu...hari
ni QH kongsikan nutella pretzel brownies untuk semua...brownies ni memang sedap
sangat2...resepinya QH ambil Darla@Bakingdom...kesemuanya QH ikut macam resepi
yang diberi...cuma ada tambahan sikit aje...QH tambahkan biji apricot...ianya
sejenis kekacang juga...QH belinya di Bake Yin, KL...ternampak kacang ni di rak
terus ambil...rupanya tu pula macam biji badam tetapi saiznya tu kecil
sedikit...sedap dan ade rasa2 lemak...
di bawah brownies ni sebenarnya ada
dasarnya dari campuran serbuk pretzel...tetapi dalam gambar ni tak nampakkan...nak
tengok versi Darla boleh klik pada di SINI...pretzelnya boleh guna ape
saje...nak yang perasa original boleh...nak yang bersalut coklat ke...yang
pelbagai rasa pon boleh...ikut pada selera masing...atasnya tu pula nak susun
satu2 macam QH buat tupon boleh...nak susun rapat2 dan banyak2 pon boleh...ikut
pada selera sendiri...yang pasti brownies ni sangat sedap dan agak manis
sedikit...boleh kurangkan sikit penggunaan gula di bawah tu...QH sediakan dua
versi resepi...jadi pilih la mana yang senang...selamat mencuba semua...
Nutella
Pretzel Brownies
Makes 1 8×8-inch batch
Ingredients
FOR THE CRUST
1 1/2 cups pretzels
1/3 cup brown sugar
3 tablespoons unsalted butter, melted
FOR THE BROWNIES
1/2 cup (50 grams) unsweetened cocoa powder
1/2 cup (64 grams) all-purpose flour
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
1/2 cup (1 stick or 113 grams) unsalted butter
1 cup (200 grams) sugar
2 eggs
1/2 teaspoon vanilla extract
1/3 cup nutella hazelnut spread
More Nutella spread for frosting the brownies
Extra pretzels for garnishing
To make the crust: Preheat oven to 350 degrees. Lightly coat
an 8 x 8 inch baking dish with cooking spray; set aside.
Place the pretzels in the bowl of a food processor and pulse until
broken up into tiny pieces. Add the sugar and pulse until combined, then pour
in the butter. Continue pulsing until combined.
Press the pretzel mixture firmly into the prepared pan. Bake for
12 to 15 minutes, until the edges are golden and the crust feels firm.
While the crust is baking, make the brownies: In a medium bowl, combine
the cocoa, flour, salt, and baking powder; set aside.
In a medium saucepan, melt the butter. Once melted, remove from heat and
whisk in the sugar until combined.
Add the eggs, one at a time, mixing well after each addition. Stir in
the vanilla and Nutella.
Whisk in the dry ingredients until combined and pour the batter into the
prepared pan.
Bake for 35-40 minutes, or until a toothpick inserted in the middle
comes out with a few crumbs clinging to it. Allow brownies to cool for at least
45 minutes before frosting with nutella spread and garnishing with pretzels.
NUTELLA PRETZEL BROWNIES
Bahan2
Lapisan
dasar
1 1/2 cawan pretzel - dikisar
1/3 cawan gula perang
3 sudu besar mentega tanpa garam - cairkan
BROWNIES
1/2 cawan (50 gm) serbuk koko
1/2 cawan (64 gm) tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan (113 gm) mentega
1 cawan (200 gm) gula kastor – QH kurangkan ke 170gm
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1/3 cawan nutella – boleh tambah lagi jika suka
1 cawan kacang/biji apricot @ jenis kekacang yang disukai – dikisar kasar
(QH tambah)
Pretzel secukupnya
Caranya
Panaskan
oven pada suhu 180C (bergantung kepada kepanasan oven masing2).
Griskan loyang 8x8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan
dengan baking paper.
Sediakan bahan dasar brownies terlebih dahulu.
Kisar pretzel dan masukkan ke dalam bekas yang lain. Masukkan
gula perang dan gaul sehingga rata.
Kemudian cairkan mentega dan gaulkan ke dalam campuran pretzel
tadi.
Tuang campuran tadi ke dalam loyang. Rata dan padatkan
permukaan dasar tersebut.
Bakar selama 12 – 15 minit atau sehingga bahagian dasar
tersebut keperangan.
Jangan sampai hangit.
Sementara menunggu bahagian dasar tersebut masak, sediakan bahan untuk brownies
pula.
Satukan serbuk koko, tepung, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul
rata dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain cairkan mentega. Matikan api.
Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk sehingga rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
Masukkan pula vanilla dan nutella.
Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan
sehingga rata.
Terakhir sekali masukkan apa saje jenis kekacang yang disukai.
Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang crust tadi.
Susun pretzel di atasnya.
Bakar selama 35 – 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong. Boleh dihiaskan jika suka.
Post a Comment