Assalamualaikum dan salam sejahtera
semua…
Bertemu lagi...
Kali ni kena update laju2...QH agak sibuk sikit hari ni...tapi tetap menyempat ke sini dulu...kikiki...
Ada yang bertanya pada QH perlu ke menggunakan tepung Redrose dalam membuat biskut?? itu terpulang jika nak biskut yang lebih rangup boleh tukarkan tepung gandum ke tepung redrose atau letakkan separuh tepung gandum, separuh lagi tepung redrose...untuk QH pula ada resepi yang QH gunakan sepenuhnya tepung redrose...ade resepi pula QH campurkan...tetapi sekarang ramai yang menggunakan tepung redrose ni kalau buat biskut...tepung redrose kebiasaanya hanya dijual di kedai2 bakery...jika nak lebih faham mengenai fungsi tepung redrose ni sila baca info seperti di bawah ni...
Tepung rose sebenarnya mengandungi bahan tepung
jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun kita tidak perlu mengurangkan
penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak
dalam resepi sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang
diperbuat daripada tepung gandum. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan
menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung
Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies. Elok kalau dibuat Biskut
Almond London. (sumber dari blog Asam Garam)
Untuk resepi kali ni...QH ambil dari blog Kak Wan...terima kasih sekali lagi kak...sebenarnya nama asal biskut ni Biskut Famous Amer Chocolate Chips tapi QH ubah sikit...sebab QH ada buat olahan sikit pada resepi ni...QH tak menggunakan coklat Le Bourne seperti yang Kak Wan guna...mesti lagi sedap agaknya kan jika letakkan coklat tu...takpe lain kali boleh cuba kalau rajin...hehehe...boleh aja ke bakery cari coklat tu tapi takut kalau ke bakery bukan setakat coklat tu aja yang QH angkut...silap2 nanti penuh satu bakul...lain pula ceritanya...hehehe...jadi QH guna la bahan2 yang sedia ada saja di rumah...ikut mana yang sesuai...
Walaupon takde coklat Le Bourne tu...biskut ni tetap sedap dan rangup rasanya...Famous Amos pon kalah tau...hahaha...tak percaya boleh cuba...biskut ni QH gunakan garfu saja...lepas tu QH cucuk2kan dengan garfu biarkan ianya mengerutu sikit...QH buat kecil2 sebab biskut ni akan mengembang bila dibakar...kena jarak2 sikit antara biskut...jika berkenan dengan biskut ni...boleh ikut seperti resepi asal atau resepi yang telah QH olahkan itu...selamat mencuba...
BISKUT FAMOUS AMER CHOCOLATE
CHIPS
Resepi asal Chef Amer
Bahan A
200 gm mentega
50 gm shortening
70 gm gula pasir (QH guna gula
kastor)
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred A + 1 kuning telur gred A + 1 sudu besar susu cair
Bahan B – satukan
300 gm tepung gandum (QH campurkan
separuh dengan tepung Redrose)
10 gm serbuk koko
30 gm susu tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm chocolate chips (QH guna
butterscotch chips)
100 gm coklat susu – sagat (QH guna dark
choco chips)
80 gm almond flakes/almond nib (sangai dulu) (QH guna hazelnut)
60 gm cornflakes – ramas kasar (QH
guna 30 gm cocoa crunch + 30 gm krispies rice)
Caranya
1. Bahan A : Pukul
mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan susu cair, esen vanilla dan
telur. Pukul hingga sebati.
2. Bahan B : Ayak
tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Gaul bersama bahan2
lain di dalam mangkuk.
3. Masukkan adunan mentega dan gaul hingga menjadi doh yang
lembut. Ambil doh sebesar ibu jari dan susun di dalam pembakar. Jarak untuk
biskut mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C
selama 20-25 minit.
Post a Comment