BISKUT MILKY OREO
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Bertemu
lagi semua…
Hari
ini sudah masuk Ramadhan yang ke 6 kan…
Sudah
terfikir2 ker nak masak apa petang ni untuk menu berbuka?? QH?? Masih setia
untuk ronda2 ke bazar yang berdekatan…hihihi…kebiasaannya takde la nak round 1 bazar tu...QH terus tuju ke gerai
yang sudah biasa dan tiap tahun memang gerai2 tu aja la yang memenuhi citarasa
QH…suka tengok orang2 yang berniaga ni...macam2 juadah ada...lagi 1 QH suka juga tengok gelagat pembeli yang pelbagai karenah...hehehe...masa2 ni la kita dapat tengok semua tu kan...nak tahu bazar mana yang selalu QH tuju?? QH lebih suka ke bazar Taman Melawati…bukan
tak nak masak sendiri tapi balik kerja pon dah rasa macam letih sangat…jadi
beli jer la apa yang patut…lagipon masa berbuka kita bukan boleh nak makan
banyak sangatkan…makan kuih2 dan minum air pon dah rasa kenyang…bulan puasa macam
ni jarang la nak makan yang berat sangat kecuali takde kuih2 tu…hehehe…baru la
akan berbuka dengan nasi terus…untuk bersahur pula lagi simple aja yang QH
makan…biasanya QH akan bersahur dengan roti ker, nuget2 ker, lempeng dan air
manis saja…cukup dah...tapi kalau balik kampung nak cari nasi la pulak kalau bersahur...hihihi...mungkin kumpul ramai2 tu boleh jadi berselera kot...
Ok
habis dah cerita bab berbuka dan bersahur tu…sekarang ni QH nak kongsikan koleksi
biskut raya untuk tahun ini... hehehe…ok tipu sebenarnya…biskut raya ni tahun
lepas lagi QH dah buat…cuma tak sempat aja untuk QH kongsikan di sini…hampir
setahun tu peramkan resepi ni…aduhaiii…^_^
Resepi biskut ini QH ambil dari blog Akma...terima kasih ye Akma sudi berkongsi resepi biskut ini...untuk coklat putih tu QH menggunakan brand Beryl's Gourmet...sebab ramai yang bertanyakan coklat brand ape yang QH guna...lagi 1 coklat brand ni senang nak dapatkannya...mana2 bakery banyak jual brand ni...
Baik la jika sudah berkenan dengan biskut raya ni...boleh la salin resepinya di bawah tu yer...selamat mencuba...
MILKY OREO
By:
Iza Akma SSK
Bahan A
130
gm butter
70
gm gula kastor
1/4
tsp esen vanila
Secubit
garam
Bahan B
170
gm tepung gandum
20
gm tepung jagung
20
gm tepung beras
20
gm cornflakes – kisar halus
20
gm serbuk badam – bakar dulu
20
gm badam nib – bakar dulu
20
gm serbuk oreo
1/8
tsp baking powder
Cadangan Hiasan:
Coklat
Putih - brand Beryl's Gourmet
Serbuk
Oreo
Caranya:
Pukul
bahan A hingga sebati.
Masukkan
bahan B dan uli hingga jadi doh. Biarkan selama 20 minit.
Canai
dan terap dengan acuan yang disukai dan bakar hingga masak.
Setelah
masak, biarkan sejuk.
Celupkan
dengan coklat putih dan terus tabor serbuk oreo.
Selepas
coklat kering bolehlah simpan dalam bekas kebas udara.
Tips SSK Mencairkan Coklat Putih:
Terlebih
dahulu didihkan air dalam periuk kecil
Potong
coklat kecil-kecil, masukkan dalam bekas tahan panas. Tambahkan sedikit
shorting. Timbang shortening yang digunakan adalah 10% daripada timbangan
coklat.
Setelah
air mendidih, kecilkan api. Jika perlu tutup api. Tapi saya biasa kecilkan
saja. Lepas itu letak bekas berisi coklat di atas periuk didihan.
Kaedah
ini dinamakan doubleh boiler. Perlu diingat, meletakkan bekas berisi coklat itu
hendaklah dilakukan tanpa menyentuh air tersebut. Kita hanya perlukan wap panas
air didihan itu sahaja untuk mencairkan coklat putih, berlainan dengan coklat
masakan.
Post a Comment