Qasey Honey. Powered by Blogger.

3rd BLOGGERSARY QASEY HONEY





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Ya ampun...ni la akibat bila lama sangat tak singgah ke sini, buat tak tahu pada si 'dia'...pinggirkan si 'dia'...sampai ulangtahun blog pon boleh jadi terlepas...tak ingat...aduyaiii...rasa zalim tak bila buat perangai sebegini...tak bertanggungjawab betullah si empunya blog ni...siapa yer tuannya?? sila cari dia...patut tak empunya ini dikenakan apa2 tindakan...hehehe

ALHAMDULILLAH...syukur!!!
Qasey Honey sudah masuk tahun yang ke-3 pada 16 Okt yang lepas...TAHNIAH Qasey Honey...bangga sangat dengan si 'dia' ni...hehehe...sebab 'awak' mampu bertahan sehingga kini...sebab 'awak' masih lagi diperlukan...sebab 'awak' masih lagi dicari2 oleh pengunjung2 yang tidak jemu2 sudi singgah ke sini...walaupon 'awak' telah dipinggirkan oleh tuannya...hihihi




Itu memang QH akui...sekarang ni blog QH ni dah menjadi blog yang suam2 kuku...tidak seaktif dan serancak diawal kemunculannya dahulu...tetapi tetap ramai juga yang setia singgah ke blog QH yang sepi ini...TERIMA KASIH semua!!! tanpa pengunjung2 dan teman2 yang sentiasa beri sokongan, blog ini mungkin akan lagi sepi jadinya...QH sangat2 hargainya...nasib baik hantu tak boleh masuk ke sini...kalau tidak boleh jadi blog berhantu agaknya...hahaha...

mulalah tu nak merepek bagai si 'tuan'nya ni...maklumlah lama menyepi...menghilang ke mana tak tahu la...sibuk sangat ke?? hihihi...semua RINDUKAN QH tak...silalah jawab yer tau...bagi sedapkan hati sendiri...hehehe...sebab QH pon rindukan semua...rindu nak berceloteh...rindu nak tepek gambar masakan...rindu nak berkongsi resepi...rindu nak singgah ke blog teman2...senang cerita rindulah segalanya berkaitan dengan blog ni...dengan berblog ini banyak kenangan berperisa manis, masin, pahit dan masam semuanya bersatu...malahan jarak kita yang berbatu tu terasa amat dekat dihati bukan...



Walaupon blog suam2 kuku tapi tetap juga meninggalkan kenangan suka dan duka bersamanya...blog QH juga tidak terlepas dengan kejadian curi gambar masakan...malahan ade yang menguploadnya ke blog yang lain...bukan sekadar resepi dan gambar tetapi siap dengan sedikit kata2 dari QH diselitkan sekali dalam blog tersebut...bila terjadi perkara sebegitu memang kita sebagai empunya blog akan rasa terkilan, kesal, hampa, sedih dan macam2 lagi perasaannya...tetapi kejadian seperti itu kami para blogger tiada kuasa untuk menyekatnya...makin ditegah...makin dibangkitkan...makin diisukan...makin diluahkan rasa tidak puashati...semakin berleluasa pula kejadiannya...bab ini memang QH tak berminat nak ulaskannya panjang2...sebab kemudian hari pasti akan berlaku lagi...walau macam mana pon...QH ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH buat teman2 yang memberitahu pada QH jika terdapat gambar dari blog QH dicuri atau digunakan oleh orang lain...terima kasih dengan sikap keperihatinan anda semua...



Untuk tahun ke-3 QH berblog ni...tidak diduga sama sekali bila QH diberi kepercayaan dan peluang oleh pihak Kongsi Resepi dan MPH untuk menghasilkan buku masakan sendiri...dalam edisi Siri Blogger Masakan...bukan 1 atau 2, malahan 3 buku sekaligus yang perlu QH sediakan...disaat itu, setelah kata setuju diberikan...barulah QH terfikir...layakkah QH untuk semua ini...berbaloi ke nanti...kerana sedar diri, QH hanya seorang blogger masakan yang masih baru dalam bidang ini...sedangkan ramai lagi blogger masakan yang lebih lama dan berpegalaman...malahan juga QH tidak mempunyai bakat dan kebolehan seperti blogger yang lain...sedangkan apa yang QH buat semuanya ikut rasa hati sendiri sahaja...selalu menderhaka pada resepi...malah blog pon jarang2 untuk QH update...

tetapi jika rezeki itu telah tertulis dan ianya memihak pada kita...siapa kita untuk mempertikaikan dengan perjalanan yang sudah Allah SWT aturkan untuk kita...yang mampu kita sebutkan hanyalah rasa bersyukur kepadaNya...Alhamdulillah...



Maka terhasillah 3 buku Siri Blogger Masakan dari QH...iaitu SANTAI PETANG, KEK & PUDING dan NASI & MI...TERIMA KASIH kepada pihak Kongsi Resepi dan MPH yang telah memberikan QH peluang serta kepercayaan untuk menjayakan penghasilan buku resepi ini...in shaa Allah jika ada lagi peluang untuk projek yang seperti ini...QH bersedia untuk bekerjasama...

dengan kehadiran buku2 tersebut QH mengharapkan ianya mendapat sambutan dari teman2 semua...boleh dapatkan buku tersebut di semua kedai2 buku MPH seluruh Malaysia...di MyNews.com dan kedai2 buku yang mengambil bahagian...jika ada yang ingin membeli buku ini beserta dengan tandatangan QH boleh PM QH di FB atau emel QH di zie7680@gmail.com...in shaa Allah walaupon lambat QH akan berikan perhatian kepada permintaan tersebut...



Pada yang telah membeli buku2 QH ini...tentulah ucapan TERIMA KASIH yang dapat QH hulurkan...itulah tanda sokongan teman2 yang mungkin tak dapat QH balas dengan kata2...sangat2 terharu...bila dah beli buku2 tu dan nak tag QH di FB...QH tak kisah...QH 10x ganda akan menerimanya...^_^

Seperti yang QH sebutkan seperti di atas tadi...walaupon blog suam2 kuku...namun blog QH ini masih lagi dipilih untuk dijadikan rujukan untuk mencari resepi...pada semua ambillah resepi tersebut...hanya resepinya aja yer...resepi aje tau...QH izinkan seperti empunya resepi memberikan keizinan pada kita semua untuk mencubanya...cubalah sehingga berjaya dan jangan mudah berputus asa jika apa yang dicuba itu tidak menjadi seperti yang diharapkan...kena selalu mencuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik...in shaa Allah bila rajin mencuba skill tersebut akan bertambah baik...berimaginasilah dan gunakan daya kreativiti sendiri dengan resepi tersebut...jika tidak menjadi tolonglah jangan salahkan resepi tersebut...fikir semula dan cari dimana silapnya...kena percaya kerana para blogger tidak akan menipu...kami tak dapat apa pon jika berbuat begitu...tidak mendatangkan keuntungan pon kepada kami...



Jap nak membebel apa lagi yer...bukan senang nak tengok QH membebel sekerang ini...hehehe...rasanya macam cukup setakat ini dahulu kot...doa2kan yer semua supaya QH akan terus berblog seperti biasa...tiupkanlah semangat berblogging kepada QH...masih banyak lagi resepi yang ingin QH cuba dan kongsikan kepada semua...QH tak nak blog QH ini berkubur begitu sahaja...sekian dahulu untuk entri pada kali ini...in shaa Allah kita akan berjumpa di lain masa...terimalah salam rindu dan semanis gula dari QH!!!




10 comments

Gee® said...

Tahniaaaaah....!!!

MOMMYLIN said...

event jarang singgah... tetap suka singgah sini. tgk gmbr food je dah buat rasa lapar.

cheq da said...

Tahniah buat QH...patut lama menyepi..dah jd penulis buku rupanya

Nieda Ramly said...

tahniahhh. maintain gitu

Wattie said...

Tahniah Qh, aka tumpang berbangga.

inahar ali said...

Alhamdulillah..tahniah QH cayanngg!

Sweet red cherry said...

tahniah ya QH..tertunggu-tunggu kemunculan QH..sepi ja..^_^

mayangbakingmadness said...

tahniah qh...

Honey said...

Tahniah Qasey... semoga berterusan ya.

Unknown said...

Qh boleh x buat entri shoot gmbr guna kamera apa. Shoot yg sgt cantik