Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM SUSU



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa khabar semua??
Semoga kawan2 dan pengunjung blog QH berkeadaan sihat hendaknya...

Hari ni QH nak kongsikan 1 resepi yang menjadi fenomena juga di FB dan blog2...macam suka pulak ekkk QH ni cuba resepi yang berfenomena ni...hehehe...kawan2 QH pon sudah ramai juga yang mencuba resepi ni...rugi tau pada yang belum mencubanya lagi...sedap dan lembut aje tekstur apam ni...pastu rupanya dah macam kek pon ada...hihihi...yang QH cuba ni...kemain mengebus saja rupanya...bila keluarkan daripada pengukus...kemain lagi dia punya naik...sampai lebih daripada acuan tingginya...nasib baik ianya tidak melimpah...kalau tak buruk rupanya...hihihi


Untuk resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita...terima kasih atas perkongsian resepi tersebut...terima kasih juga buat pemilik dan penyumbang resepi ni...jasamu akan QH kenang...sebab QH pon tak pasti siapa pemilik asal resepi ni...


QH buat 1 adunan...QH biasalah bila dah buat2 ni...kebiasaannya QH akan bawa ke opis...makan ramai2...tapi kalau ada yang nak buat setengah adunan pon boleh kalau tak ramai ahlinya atau baru2 nak mencuba, takut tak jadi ke apakan...bahan2nya senang untuk dibahagi separuh...

kebiasaan QH memang gemar dan cukup rajin untuk mewarnakan adunan dan menambah perasanya sekali...biar pening2 lalat nak merasanya...hehehe...QH buat 4 perasa yang berlainan iaitu epal, anggur, mangga dan coklat...nak biarkan plain pon boleh juga atau letak 1 perasa sahaja...terpulang pada citarasa bagaimana...

pewarna yang QH gunakan adalah dari Ameri...QH suka gunakan pewarna ni sekarang...sebab banyak kaler favourite QH (nampak tak beritahu siap2) hehehe...banyak pilihan pewarna kalau guna brand ni...rasanya sampai tak terpilih dah...rambang mata...

Baiklah QH akhiri dahulu entri untuk kali ni...in shaa Allah kita akan berjumpa di lain siaran pula yer...selamat mencuba semua...jangan berputus asa yer jika apa yang dicuba itu tidak menjadi...cuba lagi dan teruskan mencuba sampai berjaya...sekian...



APAM SUSU
Sumber : Kak Azlita@Masam Manis
Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : 
Nana Aboy

BAHAN2
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna Teal + Perisa Epal
Pewarna Electric Purple + Perisa Anggur
Pewarna Electric Yellow + Perisa Mango
Chocolate emulco


 CARANYA
1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam. 
2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan.
3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla.
4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih.
5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata.
6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi.
7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata.
8. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang disukai jika suka. Gaul rata.
9. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang.
10. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis.
11. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit.
12. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang.
13. Potong bila ianya telah sejuk.


* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam

5 comments

Najib Ariyan Ali Basha said...

terawal nampak nya tarikh entry nih.... tapi tak kisah... kek tu nampak memang sedap tapi kalau makan jer lah... nak buat memang tak reti...

Sweet red cherry said...

Cantiknya kejadian apam susu tu..nampak sangat sedap dan gebu la QH..

Unknown said...

sedapnya kaler macam2 rambang mata maktok ni QH

tun_telani said...

cantik sgt2...
tun dh lama queue bila ntah nk buat.. duk gugel jugak, resepi sama tp source lain2..huhu.. xtau mana asal apam susu nih

norhidana said...

aduhla cantiknhyer warna apam susu akak dh mcm kek mabel dh....