MUFFIN COKLAT PISANG KUKUS
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Alhamdulillah dapat lagi QH bersiaran hari ni…walaupon
QH agak sibuk sedikit sekarang...tetapi oleh kerana QH telah sudah berjanji
bahawa pada tahun ni QH ingin kembali serius dalam dunia blogging…tetap juga QH
curi sedikit masa untuk menyediakan 1 entri untuk tidak mengecewakan para
pengunjung blog QH ni…
Ye la tanpa kawan2 dan pengunjung2 blog QH…apa
makna blog ni kan…terima kasih kerana masih setia bersama QH…in shaa Allah QH
akan sediakan pelbagai resepi yang menarik pada entri yang seterusnya…kalau ada
yang ingin mencadangkan apa2 resepi untuk QH cuba…silalah jangan segan untuk
buat permintaan yer…hehehe…tapi janganlah minta yang susah pulak...QH tak mahir
lagi...bersilat karang QH kat dapur nanti...hihihi...
Jom sembang pasal resepi hari ni pula...
sementara pengukus QH belum kemas lagi untuk di simpan di dalam kabinet...jadi resepi kukus mengukus aja lah yang keluar ni nanti...hehehe...sebab bila pengukus tu dah di simpan, memang susahlah dia nak keluar lagi...betul tak...malas nak buat seisi keluar masuk...keluar masuk pengukus tu...sebab kita ni bukan rajin mana pon...hihihi...
Jadi dah alang2 tu...QH banyak cari resepi yang berkaitan kukus mengukus aja sekarang ni...nanti lepas2 ni kita fikirkan style lain pula...hihihi...tapi buat masa ni QH belum ada mood lagi nak masak memasak...masak yang simple2 aje...asal kenyang...mood membaking yang mari dulu sekarang ni...hihihi
Nampaknya di dalam blog ni dah lamakan QH tak kongsikan resepi muffin...kali ni QH sediakan resepi muffin yang super lembut dan gebus gebas lagi...ni wajib cuba tau bagi peminat muffin...nak buatnya pon senang...cuma rajin dan malas aja lah...hehehe
Resepi ni QH ambil dari blog Kak Umie...terima kasih kak berkongsi resepi ni...izinkan QH memanjangkan resepi muffin ni di sini pula...kebetulan...sebenarnya bukan kebetulan...hihihi...tiap2 minggu beli pisang tapi tak buat2 ape2 pon...last2 makan gitu saja...hihihi...google2 jumpa resepi ni...resepi ni memang QH puas hati sangat...muffin seperti QH bagitahu tadi...teksturnya sangat lembut dan gebu...rasanya pula sedang elok...muffin ni QH tambahkan coklat chip di atasnya...untuk membuat muffin ni pula tidak perlu menggunakan mixer bagai...cukup hanya menggunakan whisk sahaja...kebiasaan untuk buat muffin begitu la keadahnya...mudah bukan...jadi untuk mencuba resepinya ni...resepinya seperti di bawah tu yer...
Resepi: Chef Hanieliza @
Buku 1 Hari 1 Resepi
Bahan A:-
Bahan A:-
·
2 cawan tepung gandum
·
2 sudu makan serbuk koko
·
1 sudu teh soda bikarbonat
·
1 sudu teh baking powder
·
1 sudu teh garam
Bahan B:-
·
1 cawan pisang emas ranum yang telah dilecek
·
1 cawan minyak masak (*akak guna minyak jagung) (QH pon guna minyak jagung)
·
1 cawan gula perang
·
2 biji telor (dipukul sedikit dgn garfu/whisk)
·
Coklat chip (QH tambah)
Cara Membuat:-
1.
Panaskan kukusan biar air mendidih. Sementara itu, ayak
dulu semua bahan A dan masukkan dalam mangkuk, kacau rata.
2.
Masukkan bahan B dan adun sebati.
3.
Sudukan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin.
4.
Kemudian taburkan coklat chip di atas adunan muffin tadi.
5.
Kukus di atas api yang besar selama 20 minit/hingga muffin
kembang. (QH kukus selama 25
minit)
6. Angkat dan biar sejuk di atas redai.
6. Angkat dan biar sejuk di atas redai.
Post a Comment