Qasey Honey. Powered by Blogger.

KANGKUNG GORENG SOTONG

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Sebelum memulakan bicara hari ni…QH ingin memohon maaf banyak2 pada semua kerana masih gagal untuk menunaikan janji QH untuk aktif berblog…sebagai manusia biasa QH hanya mampu merancang dengan pelbagai angan tetapi perancangan dariNya tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi seterusnya…In shaa Allah QH akan terus cuba dan mencuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa…

Sempena bulan Ramadhan ni...dikesempatan ini team Qasey Honey ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa buat semua umat islam tak kira dimana anda semua berada...




Ok memulakan langkah seterusnya…QH ingin kongsikan menu masak2 pula…cukup lamakan QH tak berkongsi resepi lauk pauk dalam blog ni…yang kerap QH kongsikan dalam blog ni..baking membaking la kan…hihihi…jadi kali ni kita bermain dengan sudip dan kuali pula…hehehe…

Bila bercakap bab masak memasak ni…sudah tentu kita akan rindukan sentuhan air tangan ibu kan…QH pon macam tu juga…kalau balik ke kampung mesti macam2 menu yang kita nak mak masakkan…memang cuci tangan betul…siap masak tinggal makan aje…hehehe…pada QH sehebat mana kepakaran kita dalam bidang masakan…tetapi sentuhan air tangan ibu tetap tidak dapat dilawan…bila berjauhan perasaan rindu terhadap masakannya membuatkan kita sering teringat2…kalau semua nak tahu…jika mak QH datang ke rumah…QH pon akan suruh mak yang masak…hihihi…




Berbalik pada resepi hari ni…resepinya memang dah biasa sangat…terlalu biasa…malah di kedai2 makan amnya…terlalu sinonim dengan sayur kangkung ni…kangkung masak ikan masin la…kangkung goreng belacan la…yang tentunya menjadi pilihan utama sebagai pelengkap hidangan…tapi takpe tak salah jika kita ingin berkongsi lagi…sebab QH rajin hari ni…maka QH tuliskan resepinya…kali ni QH tampilkan dengan versi lain pula iaitu kangkung goreng sotong…sayur kangkung ni boleh dipelbagaikan mengikut selera dan kesesuaian…mengikut selera masing2 la yer…pilihan QH nak letak sotong…sotong tu pula boleh dipotong ikut suka…nak masak sekor2 macam yg QH buat ni pon boleh…sotong tu nak dipotong kecil2 pon boleh…yang penting lazat dan menepati citarasa…nak enakkan lagi rasanya…kenalah letak Maggi® CukupRasa™...



bercakap mengenai Maggi® CukupRasa™ ni sebenarnya memudahkan lagi kerja2 memasak kita yang fungsinya sebagai bahan pelengkap masakan tanpa perlu menambahkan apa2 lagi bahan tambahan yang lain kerana ianya penambah perisa semua dalam satu...bila menggunakannya sudah pasti akan menjadikan masakan tersebut bertambah enak...terutama sekali bila masak sayur...sangat2 mengena...boleh dibuat umpan jika ada anak2 yang tidak gemar makan sayur ....hihihi...jadi ibubapa diluar sana boleh gunakan cara ini untuk mengalakkkan anak2 makan sayur...resepinya mudah dan jika anda nak mencuba…jom QH kongsikan seperti berikut…



KANGKUNG GORENG SOTONG

Bahan-bahan
2 ikat sayur kangkung
10 ekor sotong
2 keping tauhu basah – potong kecil dan digoreng
5 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar ikan bilis - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
1 inci belacan - dikisar (dibakar dahulu)
2 biji cili merah - dihiris
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
Gula secukup rasa
Air secukupnya

Cara penyediaannya
1.      Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2.     Masukkan sotong dan gaul sebati.
3.     Masukkan sayur kangkung dan lada merah. Tambah air secukupnya.
5.     Masukkan juga sedikit gula dan Maggi® CukupRasa™. Gaul rata sehingga daun kangkung layu.
6.    Akhir sekali masukkan tauhu basah yang telah digoreng. Gaul rata.
7.    Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

6 comments

anyss said...

assalamualaikum,
dua2 ambo suka, (sotong & kangkung)

mmmmm rindu gulai ayam mek, tapi tak sampai hati nak mintak mek buat. Doakan balik kg nanti, mek gulai ayam...nak cicah dengan roti ;)

Eny Abdullah said...

sedapnyaaa... nampak sotong tu

norhidana said...

lama akak menyepi, rindu nk tgk ntry akak pasal makanan... akak kn rajin share resepi...

kangkung sutun ni nampak sgt menyelerakan lah kak dgn sutun sekor tuh...
ingtkan mcm sutun kangkung yg kt kedai biasa tuh...

vimax said...

nice post

chedacheyu said...

Sotong dan kangkung 2-2 favorite.

KHALID said...

Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)