Qasey Honey. Powered by Blogger.

SALAM LEBARAN SEBAGAI TANDA INGATAN....



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Tinggal lebih kurang 2 hari lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita semua...selepas tu kita semua akan menyambut hari raya pula...sudah pasti tentu ramai yang dah mula bercuti sekarang dan sudah berada di kampung halaman mengambil peluang dan kesempatan yang tinggal ini untuk bersahur dan berbuka puasa dengan keluarga di kampung pula...in shaa Allah QH juga akan balik ke kampung malam ni...nak juga bersahur dan berbuka puasa dengan mak abah dan adik beradik yang lain...

dikesempatan ini juga team Qasey Honey ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat umat Islam amnya...tak kira walau dimana anda semua berada...sama2lah kita merasai kemeriahan sambutan Syawal yang bakal menjelma nanti...tidak perlu bermewah cukuplah sekadar bersederhana sahaja...yang penting raya nanti dapat berjumpa dengan ibubapa jika mereka masih ada lagi, adik beradik, sanak saudara dan juga kawan2...time raya ni la dapat habiskan masa lama sikit dengan merekakan...ambillah kesempatan tersebut...hargailah mereka sementara ada kerana belum tentu lagi Ramadhan dan Syawal akan datang kita dapat bersama2 menyambutnya dengan mereka...

Sudi kiranya untuk menerima sekeping kad raya digital dari team Qasey Honey sebagai tanda ingatan buat semua yang sudi singgah ke blog QH...itu sahaja yang dapat QH balas dan berikan sebagai tanda ingatan serta penghargaan buat semua pengunjung blog QH...nak gantung ker...letak kat blog ker atau FB ker dipersilakan...

Akhir kata dari QH...kesempatan yang ada ni...sekiranya terdapat kekilafan, kesalahan atau kesilapan, terasa atau terguris dengan kata2 di blog...QH ingin memohon kemaafan zahir dan batin...pada yang dalam perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi yang ingin dituju nanti...berhati2 la memandu...mudah2an kepulangan kita nanti disambut dengan gembira oleh keluarga di kampung...

In shaa Allah kita akan bertemu di lain siaran...terimalah salam sayang semanis gula dari QH...muahhhhh ^_^