SAMBAL UDANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Lamakan QH tak berkongsi resepi lauk pauk dalam blog ni...pada cuti yang lepas QH rajin sikit la main masak2 kat dapur tu...hihihi...adalah dua tiga jenis lauk yang QH masak...yang lain2 tu nanti QH akan update kemudian yer...
Oh yer sebelum terlupa...sebenarnya QH agak kurang berpuashati la dengan kualiti gambar dalam blog QH baru2 ni...semacam hilang lak skill photoshoot...tentu ada yang perasankan...tak tau la nak salahkan yang mana...mata QH ni ker...kameranya tu ker...dalam kamera bila tengok puashati...sekali bila transfer ke pc...hampeh...banyak yang blur2 pula...nak snap semula memang tak la...lauknya dah habis QH makan...hehehe...kalau rajin kena masak semula dan snap gambar...mungkin kamera QH tu kena hantar servis kot...maklumlah lama tak dibelai dan dijaga...hihihi...tentang kualiti gambar tu QH akan cuba untuk perbaiki lagi...kalau ada yang sudi nak bagi tips pada QH pon boleh...QH sedia terima teguran dan tunjuk ajar dari semua...
Ok berbalik kepada resepi pula...kali ni QH teringin sangat nak makan sambal udang...bila bercakap bab sambal ni...mesti nak yang pedas2kan...tak pedas rasa macam tak umphhh la...nah merah menyala sambal udangnya...kikiki...makan pula dengan nasi putih panas2...perghhh meleleh2 peluh...bertambah nasi tu la...QH kawal sikit makan...berdiet la kununnya...hihihi...
Kali ni QH menggunakan udang bersaiz besar sikit...sedap tau...isinya banyak dan kenyal2 gitu...hihihi...makan 2-3 ekor pon dah cukup...ye ker tu...hahaha...resepi ni QH main ikut sedap selera QH je dan letak bahan2 yang ada di rumah...main campak2 suka hati orang cakap...hihihi...jika ada yang teringin nak cuba...resepinya QH ada sediakan di bawah tu yer...kalau ada yang nak olah boleh yer...ikut pada selera dan citarasa masing2...pada QH resepi kat bawah tu dah cukup kena dengan selera QH...jadinya selamat mencuba dan memasak!!!
SAMBAL UDANG
Bahan2:
6 ekor udang saiz besar/XXL
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
3 sudu besar gula
Bahan tumis:
40 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas (potong dan rendam)
1/2 bungkus belacan ABC – bakar sebentar
10 bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang kacang panjang
1/2 biji lada bengala
1 biji tomato – belah 4/8
Gula secukupnya
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Tambahkan gula
dan gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng sebentar udang tadi hingga kulitnya
bertukar merah. Angkat dan ketepikan.
3. Kisar cili yang telah dipotong bersama belacan. Ketepikan.
4. Kisar pula bawang merah dan bawang putih.
5. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah
dikisar tadi. Lebihkan sedikit minyak supaya tumisan garing dan sambal tahan
lama. Tumis hingga garing dan naik bau.
6. Kemudian masukkan cili kering dan belacan yang telah dikisar tadi.
Kacau dan biarkan ianya masak hingga cili betul-betul garing dan terbit minyak.
7. Masukkan air asam jawa dan tambah garam secukup
rasa.
8. Kemudian masukkan gula secukupnya. Kacau rata. Nak sambal nampak
berkilat lebihkan sedikit gula.
9. Masukkan kacang panjang dan lada bengala. Kacau dan biarkan masak
sebentar.
10. Akhir sekali masukkan udang. Kacau dan biarkan sebentar. Tambahkan tomato. Matikan api dan angkat.
Post a Comment