Qasey Honey. Powered by Blogger.

CHEWY CHOC CHIP COOKIES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Beberapa hari yang lepas QH agak sibuk sedikit...tu yang tak dapat nak bersiaran...hari ni QH nak kongsikan lagi satu kukis raya...masih lagi dalam mood projek kuih raya tau...hehehe...

Kukis ni pon senang juga nak buat...pukul guna tangan je tak perlu mixer bagai...cuma kena rehatkan doh selama 1 jam dalam peti sejuk...yang ni QH buat kecik2 tu yang agak leper sedikit kukisnya...QH ada membuat sedikit olahan la dalam resepi...nanti boleh rujuk resepi kat bawah tu...

Resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita...terima kasih ye kak dan terima kasih juga kepada empunya resepi kukis ni...izinkan QH panjangkan resepi ni di sini pula...

Jom cuba!!!



CHEWY CHOC CHIP COOKIES
Sumber: Masam Manis
Resepi Oleh : Tengku Marceline Tengku Finn
Rujukkan : MasakApa Hari Ni


115 gm butter tanpa garam – QH guna Anchor
120 gm (1/2 cawan) gula halus putih
90 gm (1/2 cawan) gula perang / brown sugar
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen Vanilla
200 gm (1 1/4 cawan) tepung gandum – QH guna tepung redrose
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
300 gm (1 1/2 cawan) choc cip – QH guna mix choc chip (butterscotch/strawberry/white choc/chocolate)
Sedikit coklat butang untuk hiasan ~ jika suka – QH tak letak



Mula-mula anda satukan tepung gandum, baking powder dan garam halus dan ayak
Dalam bekas adunan, satukan butter , gula putih halus dan gula perang
Kemudian gaul rata dengan senduk kayu atau wisk sahaja.
Jangan adun atau pukul lama sangat ya, sekadar ia bergaul sebati aje
Kemudian masukkan telur dan vanilla
Adun rata – Azlita

Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi dan gaul rata
Kemudian masukkan choc cip dan adun sempurna
Sediakan loyang
Dengan menggunakan scoop ice cream anda scoop ke atas tray atau dulang pembakar tadi
Jarak-jarakkan kerana adunan akan mengembang
Letakkan hiasan choc cip atau choc button di atasnya
Simpan dalam peti ais selama 1 jam sebelum di bakar

Panaskan oven dengan suhu 180C
Oven perlu di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
Bakar selama 15 ~ 18 minit
Azlita masam manis bakar 15 minit sahaja
Jika anda suka ia sedikit rangup bakar dalam 18 minit - 20 minit.
Tapi bagi anda yang suka ia chewy dan lembab-lembab di dalam bakar 15 minit dah memadai

Baki adunan yang anda tak nak bakar boleh simpan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais dekat chiller aje ya bukan tempat beku.
Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap dan bakar


4 comments

adda syuhada said...

tergodanya tengok...

Qhaifa Nur said...

sedapnya biskut raya tu...
klau senang seronok membuatnya...

Unknown said...

alahai sedappnya QH pepagi tengok benda terus keroncong dtg
simpan dulu resepi nk cuba jugak nnt

Madam N said...

warna warni..cookies ni nampak best