PENGAT TEPUNG GANDUM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Salam Ramadhan
ke-11…
Ni ada satu lagi
idea untuk iftar berbuka nanti…sebagai pembuka selera selepas seharian berpuasa…pembuka
selera kali ni adalah manisan…memang kita digalakkan dan sunah berbuka puasa
dengan yang manis2kan selain berbuka dengan buah kurma…
Kali ni QH nak
kongsikan salah satu makanan kesukaan QH iaitu pengat tepung…kalau balik ke
kampung selalu juga QH minta abah QH masakkan pengat tepung ni…bukan QH ye tapi
abah QH yang masak tau…hehehe…padahal senang je nak buat pengat ni tapi kita ni
sebagai anak…nak juga rasa airtangan abah…sesekali balikkan…mula la rasa nak
makan itu ini…alahai rindu la pulak…hmmm
Nak makan pengat ni sebenarnya bergantung pada seseorang jugak…ada yang suka dimakan panas…ada juga yang suka ianya dimakan sejuk…bagi QH pula…QH lagi suka pengat tepung ni di makan panas…dengan kenyal2 tepung tu kita gigit dan kunyah ermmm nyaman je rasa…laju tau makan boleh tambah2 lagi…
Bila tiba dah teringin sangat nak makan pengat ni…kenalah juga buat sendiri…takkan nak suruh abah dating ke KL ni semata nak masak pengatkan…hehehe…QH biase la dia…bila dia aje yang masak mula la macam2 idea dia keluar…hihihi…QH ni suka sangat mewarna warnikan makanan…sampai ke pengat tepung ni dia kaler2kan…makanan tradisi tetapi berwajah baru…ok la tu kan…orang kata ikut peredaran zaman…kununnya…hahaha…ok la seperti biasa resepinya QH sediakan seperti di bawah tu yer…selamat mencuba!!!
PENGAT TEPUNG GANDUM
Bahan A:
1 cawan tepung
gandum
Sedikit air kapur
Garam secukup
rasa
Air secukupnya
Pewarna merah
Pewarna hijau
Pewarna kuning
Cara membuatnya:
1. Gaul tepung
gandum, secubit garam dan air kapur. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga
mendapat adunan yang kental.
2.
Bahagikan kepada 3 warna. Warnakan adunan tepung tadi. Ketepikan.
Bahan B:
1 cawan santan
pekat
3 cawan santan
cair
1 cawan gula
melaka
Garam secukup
rasa
3 helai
daun pandan – disimpulkan
Cara membuatnya:
1. Panaskan
santan pekat, santan cair, daun pandan, sedikit garam dan gula melaka. Kacau
sehingga gula melaka cair.
2. Sudukan
sedikit demi sedikit adunan tepung tadi ke dalam campuran santan. Buat sampai
habis.
3. Masak pengat
sampai mendidih dan pekat. Matikan api. Boleh dihidang panas.
Post a Comment