Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL KACANG TAUHU



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Salam Jumaat yang penuh barakah...

Apa khabar semua...dah masak belum tu...
rajin pulak nak masak2 sekarang...hehehe...mood nak membaking tu je belum sampai2 lagi...kalau dulu itu yang QH suka buat...

QH masak yang simple2 je...janji perut kenyang sudah dan yang paling penting sudah tentu la sedap...hehehe...kali ni QH tetiba teringin nak makan sambal kacang pula...tetapi dalam sambal kacang tu QH letak tauhu goreng...sedap tau...sebelum tu ada yang dah biasa atau dah pernah nampak tak resepi yang sebegini atau ini pertama kali...kalau pertama kali yang tu wajib cuba...sebab sedap sangat di makan bersama dengan ikan goreng garing2 dan juga telur masin...nampak tak terliurkan...kikiki



Sebenarnya bila buat sambal kacang ni...ada rasa seram2 sejuk jugak tau...apa pasal ekkk...ehhh nak tau ke...hehehe...paling risau bila nak buat sambal kacang tu haa bab mengoreng kacang...selalu sangat gagal bab situ...kadang terlebih goreng dah hangus...kadang mentah pon ada juga...bab mengoreng kacang ni la yang paling penting kena jaga...kacang 'fail' je...habis hancus musnah la sambal kacang tu nanti...memang kena hati2

Bila bab goreng kacang tu dah lulus...mudah dah kerja2 memasak seterusnya...maka siaplah sambal kacang itu dengan sempurna dan sedap...hihihi...resepi kali ni QH ambil dari blog Fayreen Mizan...terima kasih berkongsi resepi yang sedap ni...kali ni QH panjangkan ke sini pula...nak juga cuba resepi dari orang lain juga kan...resepi ni QH suka memang sedap...kena sangat dengan citarasa QH...tapi QH tak buat sambal kacang seperti biasa tu...QH ubah la sedikit dengan meletakkan tauhu goreng dalam resepi ni...lauk ni memang lauk kegemaran QH...pada yang ingin mencuba resepi ada di bawah ye...SELAMAT MENCUBA!! sila baca resepi dan penyediaannya dengan teliti tau...



SAMBAL KACANG TAUHU
sumber: Fayreenmizan

Bahan2
4 keping tauhu – QH tambah

Bahan sambal kacang
(QH masak separuh dari resepi di bawah)
- Kacang tanah (anggaran 7 - 8 genggam)
- 15 tangkai cili kering *
- 5 biji bawang merah *
- 5 ulas bawang putih *
- 3 batang serai *
- 1 inci halia *
- 1/2 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit
- 2 biji buah keras
- 1 ketul gula melaka - potong kecik-kecik 4 sudu kecil
- Sedikit air asam jawa
- Air
- Garam
- Gula


Penyediaannya
1. Mula sekali bersihkan tauhu dan belah kepada 4 bahagian. Lumurkan dengan sedikit garam. Gorengkan tauhu tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Gorengkan kacang tanah dengan sedikit minyak. Pastikan kacang masak dengan sempurna - tak mentah, hangus atau bertukar warna hitam sebab kalau kacang hangus, alamatnya pahitlah sambal kacang ni nanti. Kalau kacang masih mentah pulak, kuah sambal akan rasa pelik dan terus hilang kick. Pendek kata, inilah step paling kritikal dalam penyediaan kuah kacang. Bila dah siap digoreng, ketepikan. Toskan minyak berlebihan kalau ada dan biarkan kacang sejuk sekejap kemudian baru ditumbuk. 
Note : jangan tumbuk terlalu halus. QH kisar halus dan kasar kacang tersebut.

3. Seterusnya hiris kesemua bahan bertanda * dan gorengkan dengan sedikit minyak. Kemudian toskan dan blend semuanya sampai halus. Lepas tu, masukkan kesemua bahan yang dah dikisar tadi ke dalam periuk dan didihkan.

4. Masukkan sekali kacang tanah dan air asam jawa. Masukkan juga air supaya kuah sambal tak terlalu pekat. Bila dah mendidih, masukkan gula melaka sikit-sikit sehingga mencapai kemanisan yang dihajati. Masukkan juga sedikit gula. Akhir sekali masukkan garam. Kacau-kacaukan kuah sambal ni dan biarkan masak di atas api yang kecil sehingga naik minyak.

5. Langkah terakhir masukkan tauhu yang telah digorengkan tadi. Kacau sehingga rata dan perasakan rasanya. Siap untuk dihidang. (Tambah air jika kuah terlalu pekat)


3 comments

Izwa Kamaruddin said...

nampak sedappp!

Sue Izza said...

sedapnyaaaaa....dulu2kat asrama selalu mkn masakan ni.

norsadira said...

Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com