SARDIN MASAK KICAP PEDAS
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Berhujanan pagi tadi di bumi KL hari ni...sejuknya masih terasa lagi...nasib baik la kerja kalau tak best ni berbungkus di rumah sambung tido...hehehe...
Tapi kebiasaannya hujan2 ni buat perut selalu lapar je kan...mulut ni nak mengunyah je kejenya...masak lauk sardin pon sedap jugakkan...makan pulak dengan nasi panas2...glupppp boleh bertambah makan tau...hihihi...
Bercerita pasal sardin ni...ehhh dah lama juga la QH tak masak dan makan sardin...sehingga la ke hari kejadian kerana terlalu menginginkan makan sardin maka terhasil la lauk tu di rumah...hehehe
QH masak simple2 je dengan cara yang tersendiri...yang pasti pedas tu kena ada...orang kata pembuka selera la...sardin ni QH masak kicap je pastu bagi pedas2 sikit tambah cili padi...cuma yang speselnya kali ni...entah sejenis rajin yang teramat ke...sardin tu QH toskan kuahnya dan ikan tu QH gorengkan dulu...nak nampak lauk tu lagi berseri dan banyak boleh tambahkan kentang macam yang QH masak tu...lagi satu telur dadar jangan lupa tu kombinasi terbaik setakat ni...hehehe...
ehhh dari tadi bebel jer...jom la semak resepi seperti di bawah tu yer...SELAMAT MENCUBA semua...
SARDIN MASAK KICAP PEDAS
Bahan2
1 tin besar sardin - asingkan kuahnya
2 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah 6
Bahan tumis
5 biji bawang merah
- dikisar
3 ulas bawang putih
- dikisar
1 biji bawang besar
- dikisar
2 sudu besar lada
hitam - dikisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga
lawang
3 kuntum bunga
cengkih
3 biji lada putih
2 biji buah pelaga
3 – 4 atau
secukupnya sudu besar kicap
Sedikit air
Gula dan garam
secukup rasa
1 biji bawang besar
– potong bulat
10 tangkai cili padi
– diketuk
Caranya
1. Kupas kentang, bersihkan dan dibelah enam. Panaskan minyak
dan goreng kentang tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama goreng sardin yang
telah ditoskan kuahnya. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, lada putih dan buah pelaga sehingga naik bau.
4. Kemudian tumiskan pula bahan2 yang telah dikisar tadi. Kacau dan tumiskan sehingga naik bau.
5. Masukkan pula kuah sardine dan kicap secukupnya. Kacau rata. Jika kuah pekat atau ingin berkuah tambahkan sedikit air.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
7. Masukkan pula cili padi dan bawang merah. Kacau rata.
8. Akhir sekali masukkan sardine dan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap.

Post a Comment