Qasey Honey. Powered by Blogger.

CUCUR SAYUR RANGUP




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi...

Hari ni QH kongsikan menu ringkas je...bila2 masa sesuai sahaja untuk dinikmati...lagi2 bila tiba hari hujan mesti inilah yang dicari2kan...sebabnya sangat mudah dan senang untuk disediakan...yang paling penting ianya sedap dinikmati bersama minuman panas betul tak??? nak lagi sedap pencicahnya tu jangan lupa tau...hihihi...macam QH orang Johor mesti nak makan bersama sambal kicap...barulah kena dengan selera...nak makan bersama sos cili atau sos cili thai pon boleh...sedap juga...ikut pada selera masing2...




Ok cucur yang QH buat ni hasil main campak2 je dengan bahan2 yang sedia ada di rumah...buat untuk sarapan pagi...yang paling best cucur ni rangup diluar tetapi lembut di dalam...cucur ni boleh sahaja kita pelbagaikan bahan2 yang ingin digunakan tidak semesti mengikut resepi yang QH kongsikan seperti di bawah tu...kalau rasa nak tambah udang basah pon sedap juga tau...cuma kali ni QH memang sengaja tak letak...QH letak udang kering dan ikan bilis...tekak nak merasa jemput2 (bahasa orang Johor) zaman mak QH buat dulu2...dah duduk jauh ni kadang2 terkenang2 juga masakan mak kita kan...masakan ibu memang tiada tandingan!!!




CUCUR SAYUR RANGUP

Bahan2
2-3 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Air secukupnya
2 sudu besar udang kering – kisar 
2 sudu besar ikan bilis - kisar
1 biji bawang besar – potong dadu
2 tangkai lada merah – hiris nipis
2 pokok daun sup - hiris
2 genggam taugeh
1 biji lobak merah (size sedang) – disagat halus
3 biji kentang – potong dadu

Caranya
1. Gaul kesemua bahan2 sehingga rata.
2. Panaskan minyak yang agak banyak seperti menggoreng cucur.
3. Sudukan adunan ke dalam minyak dan balik2kan sehingga garing.
4. Toskan minyak dan hidangkan panas2 dengan sos cili ata sambal kicap. 


SAMBAL KICAP

Bahan2
15-20 biji cili padi
2 biji bawang kecil
2 sudu besar bawang goreng
2 biji limau nipis - perah ambil jusnya
Kicap secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Caranya
1. Kisar cili padi, bawang merah dan bawang goreng hingga lumat.
2. Campurkan kicap, garam dan gula secukupnya.
3. Perahkan limau nipis dan sesuaikan rasa. Siap



2 comments

LiNa_Pg said...

Assalam QH,
cucur udang ni mmg sedap...sesuai setiap ms..bf boleh, minum ptg boleh..Nampak rangup cucur QH ni..Kalau kak lina buat pilihan dia cicah sos jer la (readymade haha) kalau kedai kuah kacang kikii

Anonymous said...

Cantik bekas sos tu. Beli d mne ye