AYAM MASAK SAMBAL KACANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera
semua…
Ingat tak lagi QH pernah kongsikan
resepi sambal kacang ni…tak ingat takpe…boleh klik SINI…resepi yang lepas QH
letakkan tauhu goreng dalam sambal ni…kali ni bubuh ayam pula…sebab sedap dan
kena sangat2 dengan citarasa QH…maka masak la lagi…
Ayam tu QH tak goreng garing sangat…goreng
setengah masak…lagi sedap bila isi ayam tu juicy dan lembab2 macam tu…jadi
takde la isinya nanti keras dan kering…yang ni terpulang pada selera masing…kalau
suka ayam tu garing…boleh je nak buat macam tu…tak salah pon…pilihan di tangan
anda…hehehe
Resepi ni QH ambil dari blog Fayreen
Mizan...terima kasih berkongsi resepi yang sedap
ni...kali kedua tau QH mencuba resepi awak ni…memang sedap sangat…pada yang
belum mencuba tu…sila2kan la mencuba…in shaa Allah akan menepati selera nanti…ok
la macam biase resepinya QH sediakan seperti di bawah tu yer…SELAMAT MENCUBA!!!
AYAM MASAK SAMBAL KACANG
sumber: Fayreenmizan
Bahan2
4 keping ayam – dipotong 4
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk mengoreng
Bahan sambal kacang
250 gm kacang tanah
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
2 biji buah keras
2 sudu kecil gula melaka
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Penyediaannya
1. Mula sekali bersihkan ayam dan belah kepada 4
bahagian. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam tadi
sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan kacang tanah dengan sedikit minyak.
Pastikan kacang masak dengan sempurna
3. Apabila sudah siap digoreng, ketepikan. Toskan
minyak berlebihan kalau ada dan biarkan kacang sejuk sekejap kemudian baru
ditumbuk atau dikisar. Kisar kacang halus dan kasar kacang tersebut.
3. Seterusnya tumis bahan yang telah dihiris tadi
dengan sedikit minyak. Kemudian toskan dan kisarkan bersama buah keras sampai
halus.
4. Selepas itu, masukkan kesemua bahan yang telah
dikisar tadi ke dalam kuali dan didihkan.
5. Masukkan sekali kacang tanah dan air asam jawa.
Masukkan juga air supaya kuah sambal tak terlalu pekat.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan gula melaka
sikit-sikit sehingga mencapai kemanisan yang dihajati. Masukkan juga sedikit
gula dan garam secukupnya. Kacau rata.
7. Kacau-kacaukan kuah sambal ini dan biarkan masak
di atas api yang kecil sehingga pecah minyak.
8. Langkah terakhir masukkan ayam yang telah
digorengkan tadi. Kacau sehingga rata dan perasakan rasanya. Siap untuk
dihidang. (Tambah air jika kuah terlalu pekat)
Post a Comment